Wednesday, January 25, 2012

Tahniah Pasangan Mohd Sayuti dan Nurul Izzah Dengan Kelahiran Anak Pertama

(  Muhammad Jibril bin Muhammad Sayuti)


KAHERAH -25 JAN, Tiada lafaz yang mampu diungkap melainkan kalimah syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan zuriat bagi menyambung perjuangan Islam di muka bumi ini. Demikianlah yang dirasai oleh pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah dengan kelahiran anak pertama mereka pada Jam 3 pagi tadi.

Anak lelaki Kelahiran pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah selamat dilahirkan secara normal seberat 2.6 kg di Hospital Fatimah Az-Zahrah, Abbas Al-Aqqad, Madinah Nasr, Kaherah.

Wakil persatuan  saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM,  Saudari  Nurhafsah Binti Awalludin, Setiausaha Hewi , Saudara Muhammad Mujahid Bin Mohamad Fadzil , Ketua Unit Bait Muslim KPIPM serta isteri dan sahabat yang lain turut berada di Hospital bagi menyambut kelahiran anak pertama pasangan Sayuti dan Izzah.

Berdasarkan maklumat yang diterima, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada pagi ini.

“KPIPM mengucapkan tahniah kepada  pasangan Mohd Sayuti dan Nurul Izzah dengan kelahiran seorang putera pada hari ini, 25 Januari yang penuh bermakna bagi rakyat Mesir iaitu “Hari Revolusi Mesir”. Semoga ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi hari yang mendatang. InsyAllah. Ujar Saudara Mohamad Omar ketika dihubungi sebentar tadi. 

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...