Tuesday, May 15, 2018

NAKBAH PALESTIN : 70 TAHUN HAK UMAT ISLAM TIDAK ADA PEMBELAAN

Nakbah Palestin : 70 Tahun Hak Umat Islam Tidak Ada Pembelaan

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar.
Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Antara sebab kita perlu mempertahankannya kerana hak dan sejarah ketamadunan Islam di sana iaitu, masjid Al-Aqsa sebagai simbol keizzahan umat Islam yang perlu dipertahankan dengan sebaiknya. Peristiwa Isra' dan Mikraj juga merupakan salah satu sejarah lampau yang ditinggalkan oleh nabi SAW demi memuliakan tanah Palestin ini. Nabi SAW ketika itu mengimamkan solat kepada anbiya AS di malam peristiwa Isra' dan Mikraj..

Dimanakah bantuan dan pembelaan umat Islam dalam menggembalikan bumi Palestin di tempat yang sebenar? Sejauh manakah kita peduli dan cakna akan mereka? Usah menunding jari, para musuh Islam sanggup bersengkang mata memikirkan pelbagai strategi demi membenamkan semangat kesatuan umat Islam di dunia. Umat Islam kini, lebih cakna dengan tarikh bilanya Final Champions League atau World Cup berbanding tarikh ini. Mereka lebih selesa duduk di tahap yang kondusif berbanding dalam keadaan kritikal berfikir.

Ayuh umat Islam, bangkitlah daripada lenamu yang panjang!! Elakkan daripada memperjuangkan hal-hal kepentingan peribadi yang boleh menjatuhkan keizzahan Islam. Sama-sama kita berusaha serta mengembleng tenaga membantu untuk menggembalikan tanah suci Palestin kepada rakyatnya yang tercinta. Cita-cita ini tidak boleh digerakkan hanya dipundakkan kepada pihak tertentu namun memerlukan seluruh jentera dan kekuatan umat Islam digerakkan demi mengembalikan semula hak umat Islam yang dicabul oleh mereka yang durjana. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita semua dalam memperjuangkan risalah kebenaran Allah SWT.

"Manifestasi Informasi, Aspirasi Visi"

#BersamaBersatuJayakanUsulYDP

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Monday, May 7, 2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI
KPIPM SESI 2017/2018
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018

Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut :

🔰 Ustazah Zafirah Khalilah binti Zulkefly
( Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2017/2018 )

DIPANGKU OLEH :

🔰 Ustazah Nur Amni binti Abdl Hamid
( Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2017/2018)

#BersamaBersatuJayakanUsulYDP

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)  KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2022/2023 KAHERAH:-  Program Mesyuara...