Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

KEYBOARD: ATURAN JARI YANG EFEKTIF MEMBINA UMMAH YANG PRODUKTIF

KEYBOARD: ATURAN JARI YANG EFEKTIF MEMBINA UMMAH YANG PRODUKTIF           Dunia dakwah dinihari kian menuntut para penyerunya menguasai pelbagai sudut kemahiran yang tidak hanya terhad pada kemahiran pengucapan awam atau membaca kitab sahaja. Hal ini disebabkan keluasan medium dakwah itu sendiri yang mana ianya seriringan dengan pembangunan teknologi yang kian membiak bagai cendawan tumbuh selepas hujan seperti teknologi komputer dan perisian-perisian berbentuk kontemporari. Tuntas, kemahiran yang turut menjadi tuntutan ke atas pendakwah hari ini adalah ilmu dan kemahiran penulisan ilmiah dan Islami. Wadah penulisan ini sebenarnya telah lama menjadi cabang dalam medan menyebarkan dakwah ini sepertimana yang dapat kita lihat betapa banyak buku-buku berkaitan thaqafah dan dakwah telah berada di pasaran. Tokoh-tokoh ulamak dahulu juga telah meninggalkan kepada kita tulisan-tulisan mereka sebagai medium mereka menyebarkan syiar Islam yang mana ia dapat dikekalkan sehingga ke hari i

NISA' SPORT DAY | العقل السليم في الجسم السليم

LAPORAN NISA' SPORT DAY KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2014/2015 RABU, 18 MAC 2015 - Ketua Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah menganjurkan satu aktiviti sukan di bawah seliaan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah HEWI KPIPM sesi 2014/2015  yang dinamakan "Nisa' Sport Day". Aktiviti sukan ini telah berlangsung bermula jam 1.30-4.00 petang dan bertempat di Padang Nadi Zahra’, Haiyu ‘Asyir . Tema yang dibawakan pada program kali ini ialah " " العقل السليم في الجسم السليم  dan ia bersesuaian dengan matlamat penganjuran iaitu bagi meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan yang menatijahkan keaktifan berfikir dan kecerdasan akal dalam meneliti dan menghadam ilmu yang dipelajari. Seluruh ahli HEWI yang terlibat telah berkumpul dan bertolak dari kawasan penempatan (Mahkamah Haiyu Sabie’) pada kira-kira jam 1.00 petang dengan menaiki sebuah bas. Aktiviti sukan ini dimulai dengan Majlis

AZHARIAH GENERATION JANA MAHASISWI BERTHAQAFAH

KAHERAH,20 MAC - Jabatan Fasilitator Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015  telah mengadakan aktiviti Muzakarah Berkelompok Gabungan di peringkat mahasiswi KPIPM yang berkonsepkan “Azhariah Generation ”. Aktiviti ini melibatkan penyertaan dari setiap kumpulan Muzakarah Berkelompok (akhawat) yang mana setiap MB diberi tugasan untuk diselesaikan dalam tempoh satu minggu. Antara tugasan yang ditaklifkan ialah penghasilan kertas kerja “Wanita Sayap Kiri Perjuangan”, Powerpoint berkaitan Khulafa’ ar-Rasyidin, buku skrap berkenaan gerakan-gerakan Islam, video dokumentari tentang tempat-tempat menarik di Mesir, dan infographic berkenaan Perubatan Islam. Setiap kumpulan MB telah memberikan komitmen terbaik dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Aktiviti dan tugasan ini tidak lain adalah demi menjayakan usul Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-48 iaitu  “Mengupayakan mahasiswa/ mahasisiwi  Perak untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan thaqafah”. Antara objek

KPIPM FUTSAL NIGHT : Bukti Kesatuan Ahli KPIPM

KPIPM FUTSAL NIGHT RABU, 18 Mac 2015 : Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 (BTKKR) telah mengadakan program Futsal Night yang bertempat di Zahra' Sahah II kepada seluruh anak-anak Perak Mesir bagi mengeratkan ukhwah antara satu sama lain di samping mengumpulkan anak-anak Perak di sekitar Kaherah dan juga muhafazah. Malam Rabu tersebut telah menyaksikan kehadiran lebih 90 orang anak-anak Perak bagi menjayakan program Futsal Night anjuran BTKKR ini. Program yang dijadualkan bermula pada jam 7 malam terpaksa ditangguh sehingga jam 8.30 malam akibat ketiadaan bekalan elektrik di kawasan Sahah Riadi 2, Zahra’, Kaherah. Sebelum perlawanan dimulakan, kesemua anak-anak Perak dibahagikan kepada 10 kumpulan yang disusun mengikut nama pahlawan-pahlawan Melayu lama seperti Tun Perak, Dato’ Sagor, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Kumpulan yang melangkah ke peringkat seterusnya ialah kumpulan Tok Janggut, Dol Said, Dato’ Maharaj

KPIPM Vocational Day 2015

KPIPM VOCATIONAL DAY ‘15 KAHERAH, 14 MAC 2015 : KPIPM Vocational Day 2015 di bawah seliaan Timbalan Yang Dipertua (Unit Penerangan dan Penerbitan) dan Biro Perumahan KPIPM sesi 2014/2015 telah berjaya diadakan. Program kemahiran berlangsung  di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Wisma Perak Darul Ridzuan.  Program yang bertemakan ‘Smart Learn, Smart Skill’ ini adalah bertujuan untuk melahirkan ahli yang berkemahiran di samping mencungkil bakat ahli. Program ini juga memupuk kesedaran dan keyakinan ahli untuk berdikari dalam menangani masalah teknikal rutin. Antara bidang-bidang kemahiran yang diketengahkan  dalam kursus ini adalah pengetahuan tentang asas keselamatan , kemahiran dalam bidang perpaipan, elektrik, teknikal pemasangan PA System dan pembesar suara dan penyuntingan video (Sony Vegas). Program yang bermula seawal 7.30 pagi ni dimulakan dengan dangan pendaftaran peserta dan menerima peserta sebanyak 45 orang ahli di kalangan Ahli KPIPM ikhwah dan akhawat. Seterusnya p

SEKILAS MASA HADAPAN

MASA HADAPAN , ramai orang mampu menduga, malah ramai juga yang cuba mentafsirkannya. Namun, tidak ramai yang  berusaha merealisasikan apa telah diduga dan ditafsir itu. Tidak kurang juga yang hanya menunggu dan berpeluk tubuh menanti setiap detik yang berlalu, membiarkan masa itu pergi umpama berlalunya daun yang hanyut dibawa arus. “ Sesungguhnya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat dan Dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.” (Surah Luqman : 34) Andai ditanya kepada anak kecil apa itu masa hadapan, pasti terbayang oleh dirinya ketika itu sedang bergelar seorang doktor atau mungkin juga seorang pensyarah. Andai ditanya kepada seorang mahasiswa, boleh jadi tergambar akan dirinya yang sedang menggenggam k