Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Kemeriahan Sambutan Aidil Adha 1430 H

KAHERAH : Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir di bawah Biro Tabung Kebajikan, Kesenian Dan Riadhah akan menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430H pada 27 dan 28 November 2009 ini. Justeru pihak persatuan mengalu-alukan seluruh warga KPIPM yang berada di bumi Mesir untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Sebanyak dua ekor unta, tiga ekor kambing dan dua ekor kharuf akan dikorbankan pada hari raya pertama, manakala majlis rumah terbuka akan berlangsung pada hari raya kedua. Ustaz Fareez Izhar Bin Zainuddin, pengarah program sambutan tersebut ketika ditemui mengharapkan agar semua ahli Perak dapat memeriahkan majlis sambutan Aidil Adha pada kali ini. “Kami amat mengharapkan semua ahli KPIPM yang berada di sini baik pengajian Islam mahupun perubatan, Kaherah ataupun cawangan dapat hadir memenuhi Wisma A pada majlis tersebut” kata beliau. “Sumbangan tenaga sahabat-sahabat amat ditagih semasa program ini berlangsung. Kita akan sama-sama melapah, memotong daging dan m

KPIPM dan PMRAM

Generasi muda yang terpelajar adalah merupakan pelapis pemimpin masa hadapan. tidak dapt tidak segala pandangan dan pendapat mereka bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng.tetapi sebaliknya harus difikirkan secara releven untuk dilaksanakan. Begitu jugalah realitinya kini, apa yang telah berlaku terhadap seluruh mahasiswa al azhar di perlembahan nil ini. Kpipm juga menyokong DESAK iaitu sebuah organisasi yang dibentuk bagi mendesak Jabatan Penuntut Melaysia Kaherah ke atas tiga perkara untuk dilunaskan iaitu membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar, memohon maaf secara rasmi dan mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mhasiswa di Mesir. Seperti sedia maklum, pekara ini berlaku oleh kerana pihak Jabatan Penuntut telah menghantar surat pembatala untuk menggunakan dewan Al-Azhar bagi menjayakan majlis pembacaan kitab hadis disamping mendakwa PMRAM sebagai sebuah pertubuhan parti politik pembangkang. Ini sekaligus membuka mata ramai pihak bahawasanya mahasisw

Ramah Mesra Bersama Pengerusi Yayasan Perak Dato' Haji Nazdri bin Ismail

RABU - 18 November bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi ,Wisma Darul Ridzuan Hayyu Sabe’ telah diadakan Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi Yayasan Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi.Majlis dimulakan selepas solat Isya’ dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2009/2010 Al-Fadhil Ust Khairul Ashraf bin Mohd Khir. Diantara harapan beliau adalah mengharapkan hubungan pihak persatuan dan Yayasan Perak sebagai titik permulaan yang baik bagi memastikan kebajikan anak-anak Perak di Mesir ini terus dipelihara dari masa ke semasa.Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YB Dato’ Haji Nazdri bin Ismail seterusnya sesi soal jawab.Beliau dalam kalamnya menerangkan fungsi penubuhan Yayasan Perak sebagai salah satu agensi yang dapat membaik pulih kemudahan sedia ada terutamanya dalam memasikan kelangsungan taraf pendidikan rakyat Perak. Majlis ini diakhiri dengan penyerahan replika cek daripada YB Dato’ kepada persatuan d