Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Awas Warga Tempatan Menyamar Sebagai Anggota Keselamatan

(kereta milik suspek) Notis Keselamatan Terkini Diharapkan seluruh mahasiwa/wi Islam Mesir meningkatkan keselamatan diri masing-masing berhubung kes warga tempatan Mesir yang menyamar sebagai Anggota Keselamatan. Maklumat Suspek: dua orang berpakaian biasa dan seorang berpakaian polis (warna putih) Kereta jenis 'Sahin' (warna merah meroon tanpa nombor pendaftaran) Jika berlaku sebarang permasalahan boleh merujuk kepada :  Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir(KPIPM) 2011/2012, Saudara Mohammad Omar Bin Adam di talian, +20111-7869112, +20111-0313027 atau  Ketua Hisbah KPIPM 2011/2012 , Saudara Muhamad Firdaus Bin Aznan di Talian, +20111-2531054

Program Taklimat Imtihan Qabul Dan Hala Tuju Lepasan STAM Perak

Makluman kepada semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sesi 2012. Program Taklimat Imtihan Qabul (peperikasaan kemasukan masuk Universiti Al-Azhar) Dan Hala Tuju Lepasan STAM  akan di anjurkan oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Perak (ILMAM Perak) kepada pelajar lepasan STAM sesi lalu dan  calon STAM 2012 seperti maklumat berikut:   Tarikh            : 4 -5 Jun 2012 Tempat          : Taiping, Perak* Pendaftaran akan dibuka sehingga 31 Mei 2012. Bagi sesiapa yang berminat boleh membuat pendaftaran kepada  Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir(+6019-5474480) Ustazah Nurain Binti Yaacob (+6019-4938806) *Sebarang butiran program seperti masa, tempat dan lain-lain akan  dimaklumkan dari masa ke semasa.

Tawakkal

Bahang imtihan semakin panas. Kitab kuliah masih tersusun rapi di atas rak, belum terusik. Muqarrar yang diambil semakin bertambah. Al-Quran yang sudah dihafal baru setengah juzuk. Tapi masih ingat tak ingat. Tawakkal sajalah, Insyaalah boleh. Tapi beginikah cara tawakkal yang sebenar? Realitinya, inilah kebiasaan yang berlaku apabila tiba musim imtihan. Semua ini berlaku kerana sikap kita yang kurang mengkaji bagi setiap maklumat dan ilmu yang diperolehi. Tawakkal ialah menyerahkan segala urusan kepadanya, bergantung kepada dia dalam semua keadaan. Berlepas diri daripada daya dan upaya sendiri dan bergantung kepada daya dan kekuatannya tanpa mengabaikan usaha. Suatu peristiwa mengenai seorang lelaki, telah datang berjumpa Rasulullah SAW. Dalam keadaan menunggang kuda. Lelaki tadi bertanya: " Wahai rasulullah! Adakah aku perlu biarkan untaku dilepaskan begitu sahaja dan aku bertawakkal? " jawab baginda SAW. : " Ikatkanlah ia dan bertawakkallah" [1]  .

Berita Gembira Buat Seluruh Mahasiswa Pusat Bahasa Al-Azhar 2011/12

KAHERAH, 29 MEI 2012 -- Kerisauan yang melanda akhirnya terlerai juga. Pengarah Education Malaysia Egypt, Prof. Madya Dr. Hj Su’aidi B. Dato’ Hj Safei telah menyerahkan cek yuran pengajian mahasiswa Malaysia yang mengikuti Kelas Tamhidi Bahasa Arab (Markaz Lughah) di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Cek yuran ini telah diserahkan kepada wakil Markaz tersebut, Ustaz Tuni lebih kurang jam 11 pagi tadi (waktu tempatan) di Pejabat Pentadbiran Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis, Kaherah. Mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berjaya dalam Peperiksaan Kelayakan (Imtihan Qabul) ke Universiti Al-Azhar pada sesi 2011/2012 diwajibkan mengikuti Kelas Tamhidi Bahasa Arab selama setahun yang dikendalikan oleh Pusat Bahasa Universiti Al-Azhar , Kaherah. Yuran pengajian perlu dibayar bagi membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan yang bakal dijalankan pada bulan Jun hadapan. Beban yuran pengajian yang agak tinggi pada sesi kali ini yang dikenakan oleh pihak pentadbiran P

Pembukaan Konstantinople, Iktibar Buat Semua

Kota Konstantinople merupakan sebuah kota yang cukup kuat dikuasai oleh Empayar Kristian Byzantine. Kekuatan dan kekebalan Kota Konstantinople ini terbukti apabila 12 kali percubaan tentera Islam untuk menawan kota tersebut menemui jalan buntu. Walaupun begitu, semangat yang ditunjukkan oleh umat Islam untuk menundukkan keangkuhan Empayar Kristian Byzantine tidak pernah luntur sehinggalah akhirnya mereka berjaya menawan Kota tersebut pada 29 Mei 1453 di bawah bimbingan Sultan Muhammad al-Fateh. Sumber Kekuatan Kepada Kemenangan Kehebatan Empayar Kristian Byzantine seolah-olah suatu perkara yang mustahil untuk ditewaskan, namun berbekalkan dengan keazaman yang tinggi, perancangan yang rapi berasaskan penyelidikan sejarah yang mendalam, dan diikuti kerja berpasukan yang jitu maka segala-galanya tidak mustahil. Pemilihan strategi yang tepat pada waktunya dan keyakinan tinggi yang luar biasa kepada pertolongan Allah SWT menjadikan perkara yang seolah-olah mustahil itu mampu

Prinsip Kemanusiaan, Integrasi Antara Kebajikan & Kasih Sayang

Saban hari kebejataan isu kemanusiaan berterusan disiarkan melalui media massa samada elektronik, cetak dan seumpamanya. Dunia kini disajikan dengan kekejaman yang berlaku kepada umat Islam di Syria. Setiap saat dan ketika sudah pasti bilangan nyawa terkorban meningkat dan terus meningkat. Akal kewarasan manusia yang bertuhankan nafsu haloba kian merasuk jiwa lantas nyawa manusia seperti langsung tidak bernilai lalu dengan sewenangnya dijadikan mangsa ratahan kezaliman durjana. Saat ini anak-anak kecil pula dijadikan mangsa kekejaman mereka, sampai bila kita mahu meratap penderitaan mereka tanpa melakukan apa-apa tindakan. Kehidupan yang berlantaikan darah dan jeritan anak-anak kecil seakan menjadi hiburan bagi golongan angkuh ini. Peradaban manusia lenyap dihambat keseronokan dunia sementara, maka tidak dapat tidak kita perlu mengetahui intipati prinsip kemanusiaan untuk diekspresikan kasih sayang dan kebajikan dalam melestarikannya sekaligus menjadi satu momentum m

Di Mana Harga Generasi Pewaris

"Patah tumbuh hilang berganti", itulah pepatah  yang memberi erti bahawa perjuangan terdahulu pasti akan diteruskan oleh generasi akan datang. Harapan ini bukanlah gurauan biasa kerana umur dunia semakin tenat bahkan sudah menjangkau tua dan menuju noktah hentinya. Namun begitu apakah masih lagi bersisa harapan bahawa generasi mendatang  mampu mencipta sejarah tersendiri. Semakin tua umur dunia ini, semakin manusia tenggelam hala tuju kehidupan duniawi, seakan-akan tiada lagi kehidupan selepas ini. Suasana sekeliling mampu mengaburi neraca kewarasan manusia lalu membias segala keindahan dunia sehingga menjadi satu kebiasaan tanpa memikirkan hukum Allah SWT. Ternyata kenikmatan yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia tidak pernah disyukuri sehinggakan wujud segelintir golongan berbangga dengan segala kemewahannya. Hakikatnya semua itu sekadar pinjaman belaka namun bisikan keangkuhan menodai akal agar ingkar daripada tunduk dan patuh pada percaturan Allah SWT.

SMMS : Terkilan Dengan Penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012

Pemuda merupakan aset terbesar sesebuah negara. Masa depan negara perlu dinilai kepada keadaan pemuda hari ini. Jika baik pemuda hari ini, maka baiklah masa depan negara. Namun andainya rosak pemuda hari ini, maka gelaplah masa depan negara kelak. Pemuda perlu dibangunkan dengan sebaiknya berlandaskan kepada kehendak syarak. Ini amat penting bagi memastikan golongan pemuda memiliki daya tahan yang tinggi untuk memastikan mereka mampu berhadapan dengan pelbagai ancaman yang datang sama ada dari sudut mental, fikizikal dan spiritual. Kekuatan dalaman ataupun pegangan agama yang kukuh merupakan asas paling utama yang perlu dititik beratkan kerana ia merupakan tunjang utama yang dapat membentengi mereka daripada gejala yang tidak sihat. Oleh yang demikian acuan pendidikan terhadap golongan muda mudi perlu diteliti dengan sebaiknya agar dapat mencorak dan membentuk jati diri anak muda yang kental serta mampu bertahan daripada asakan -asakan yang boleh merosakkan mereka. Rea

Islam Dan Hiburan : Batasan Dalam Berhibur

Islam Meraikan Hiburan Yang Halal Hiburan merupakan suatu perkara yang diminati oleh manusia secara fitrahnya. Bahkan hiburan merupakan satu eleman dalam kehidupan. Adapun konsep hiburan itu berbeza-beza dan minat seseorang juga berbeza-beza mengikut kecenderungan masing-masing. Islam tidak memperincikan apa bentuk hiburan tersebut, ia terserah kepada kesesuaian individu, tempat dan masa yang sentiasa berubah-ubah. Apa yang pati hiburan adalah subjektif yang memberikan maksud sesuatu (perbuatan, benda dan sebagainya) yang memberikan kegembiraan dan menyukakan hati.[1] Maka hiburan tersebut adalah luas bentuknya samada dalam bentuk suara seperti nyanyian, gurindam, sajak atau perbuatan seperti tarian, berlakon, bersukan atau ia merupakan sesuatu benda / objek seperti alatan muzik, buku, alatan sukan dan sebagainya. Justeru, apa jua yang menghiburkan hati atau menggembirakan hati itu dipanggil sebagai hiburan. Sehubungan itu tujuan hiburan adalah menggembirakan hati, b