Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Penjanaan Akademik Teras Kekuatan

KAHERAH , 26 Feb - " Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama" merupakan salah satu subtopik didalamucapan dasar Presiden PMRAM menunjukkan kepentingan akademik adalah aspek yang ditekankan oleh PMRAM. Sehubungan dengan itu, PMRAM mengharapkan kepada semua mahasiswa Islam untuk terus bersemangat menuntutilmu agar mampu menjana generasi ilmuwan berkualiti. Pengajian semester kedua bagi Universiti Al-Azhar telah bermula, teruskan berusaha untuk mencapai kejayaandalam memartabatkan ilmu semaksima yang mungkin. Aspek pendidikan adalah tunjang ketamadunan sesebuah bangsa apabila nilai pencapaian akademik cemerlang maka sudah pasti mampu melahirkangenerasi intelektual dan rabbani. Medium lapangan disajikan oleh PMRAM kini merangkumi segala sudut namun ianya akan terlaksana sekiranya mahasiswa Islam dapat memanfaatkansebaik mungkin peluang yang ada. Antaranya Madrasah Imam Syafie', Madrasah Saidatina Aisyah, Diskusi dan Pembentangan Kertas Kerja, K

Persoalan Lazim Mengenai PTH

Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal dengan akta pilihanraya, daftar pemilih dan Pengundi Tidak Hadir (PTH ). Harap soal jawab di bawah dapat membantu. Apa itu Akta Pilihanraya ? Bagi memastikan setiap gerak kerja pilihanraya terikat dengan undang-undang dan peraturan. sesiapa yang langgar, sengaja atau tidak sengaja, mereka boleh didakwa di bawah akta tersebut. Secara asasnya, setiap pendakwaan itu mesti terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang. Apa fungsi akta pilihanraya ini ? Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut: • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19) • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5) • Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981 • Peraturan Pilihan Raya (P

Polis Berjaya Menahan Penyeludup Senjata

Polis telah menangkap sekumpulan penyeludup yang membawa senjata, peluru, dan dadah di dalam kenderaan di lebuh raya Al-Korayemat, Helwan, Jumaat lalu. Polis berjaya menahan seorang suspek manakala yang lain berjaya melarikan diri dari tempat kejadian. Komander polis, Mejar Jeneral Hamdy Badein berkata pusat pemeriksaan polis di lebuh raya Al-Korayemat mula mengesyaki kenderaan tersebut apabila pemandu menukar arah jalan selepas melihat sekatan polis di hadapan. Kemudian kenderaan polis mengekori kenderaan tersebut dan memaksa pemandu berhenti untuk pemeriksaan. Hamdy Badein berkata sebanyak 40 senapang automatik, 3 senapang sniper, selaras multi-pistol automatik, 43 peti besi untuk senapang automatik, dan kira-kira 5000 peluru dan 47 paket ganja berjaya dirampas. sumber : map2care

Rejim Syria Bunuh 50 Orang Awam

Pasukan rejim Syria terus bertindak kejam membunuh 50 orang awam. Serangan ke atas kubu pertahanan mereka berterusan selama 22 hari berturut-turut. Pasukan rejim membuat pembakaran terbuka di Hama dan Aleppo, di mana beribu-ribu orang awam berkumpul. Serangan di kawasan kejiranan Homs, Baba Amr, bermula dengan letupan sporadis di kawasan-kawasan dalam bandar. Saksi memaklumkan seramai 22 orang telah terbunuh di kejiranan tersebut. Sumber lain melaporkan 23 orang telah terbunuh di Homs, 15 di Hammah dan kawasan kampung berdekatan, 8 orang di Aleppo dan 4 orang di Adelp. Mereka yang terbunuh dilaporkan termasuk 5 orang wanita dan 3 orang kanak-kanak. Jumaat lalu dilaporkan seramai 99 orang awam telah terbunuh apabila pasukan rejim menyerang kawasan perkampungan dan melepaskan tembakan ke atas orang awam yang berkumpul. Pasukan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah memindahkan 7 warga Syria yang cedera serta 20 orang wanita dan kanak-kanak. Sementara itu, Pasukan Pala

Polis Penjajah: Rempuhan Ke Al-Aqsa Akan Diteruskan

BAITULMAQDIS - Kata seorang pegawai polis penjajah, Niso Shuham di BaitulMaqdis(Al-Quds) hari ini bahawa rempuhan masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa akan diteruskan pada hari-hari akan datang. Niso menyifatkan rempuhan-rempuhan masuk seperti ini adalah 'kunjungan-kunjungan bebas'. ________________________________________ Baca lagi: Unit khas penjajah rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa Pelampau rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa ________________________________________ Dari sudut lain, Yayasan Al-Aqsa dalam garisan 1948(jajahan 1948/garisan hijau)   memberi peringatan berhubung perkembangan dari kenyataan seumpama ini. Yayasan Al-Aqsa dalam kenyataannya berkata, kenyataan ini membawa maksud tujuan yang bahaya. Tambahan pula, penjajah nekad meneruskan tentangannya ke atas Masjid Al-Aqsa sepertimana yang berlaku dalam dua minggu ini. Demikian itu, Yayasan Al-Aqsa menilai jika apa-apa perkara yang menimpa Masjid Al-Aqsa, penjajahlah yang mesti dipertanggungjawabkan.

Perkhidmatan Membuat Rak Buku

Pihak Biro Perumahan KPIPM menyediakan perkhidmatan membuat rak buku Bagi sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan kepada wakil Biro Perumahan KPIPM        1           1.        Saudara  Muhammad Ikmal Bin Mah Ali di talian +20114-1738143 2           2.       Saudari Fathimah Binti Ahmad Roslan di talian +0115-5646912 "Keselesaan Anda Tanggungjawab Kami"

Jualan Baju Perak Dan Zikrayat 5 KPIPM Kini Di Pasaran

Jualan Baju Perak dan Zikrayat 5 KPIPM kini berada di pasaran Baju Perak : (Klik gambar untuk lebih jelas) Baju Zikrayat 5 : (Klik gambar untuk lebih jelas) Bagi yang berminat boleh mendapatkannya di  Kedai KPIPM  atau  menghubungi Saudara Muhammad  Mu’aaz Bin Ramli, Ketua Biro Ekonomi di talian +2011-5758982

Undian Anda Pilihan Bersama

Design 1 Biro Ekonomi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012 berhasrat untuk menghasil satu produk iaitu jaket. Terdapat empat design yang memerlukan kepada pilihan majoriti daripada anda. Jom undi sekarang. Pilihan anda kami nantikan. Undi di sini. Design 2  Design 3  Design 4  Hadapan

Permohonan Ithar : Hubungi Wakil Kami

Kepada ahli KPIPM yang berada di muhafazah, boleh terus menghubungi wakil KPIPM (mandub/ah) yang berada di muhafazah masing-masing bagi mendapatkan maklumat berkenaan Permohonan Tabung Ithar. Mandub Ikhwah Mandub Akhawat

Permohonan Ithar : Muat Turun Borang Ithar

Borang permohonan Ithar boleh dimuat turun di sini .

Permohonan Tabung Ithar : 24 Feb sehingga 1 Mac 2012

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, bahawa Lembaga Tabung Ithar KPIPM telah membuka permohonan Tabung Ithar bagi sesi kali ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin membuat permohonan, sila dapatkan borang permohonan dengan muat turun di blog rasmi KPIPM atau dapatkan daripada mandub/ah cawangan muhafazah masing-masing. SYARAT PEMOHON Pemohon mestilah ahli KPIPM. Mengisi borang yang disediakan dengan lengkap dan  ditandatangani oleh Ahli Majlis Perwakilan KPIPM. Kategori Pemohon :         - Pemohon yang menerima zakat atau bantuan dan telah membayar wang ithar.         - Pemohon yang tidak dapat zakat atau sebarang bantuan. Permohonan mestilah diluluskan di dalam mesyuarat Ahli  Lembaga Tabung Ithar. Tarikh permohonan: 24 Februari 2012 sehingga 1 Mac 2012

Pengerusi Lembaga Tabung Ithar : Kongsikan Bersama "Pinjaman" Allah S.W.T

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman  : “ Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. ”   (Al-Hasyr: 9)      Masih adakah orang yang sempat memikirkan kesusahan orang lain sedangkan diri sendiri juga dalam kesusahan? Masih adakah orang yang dalam kekurangan, memerlukan bantuan, atau tidak memiliki apapun kecuali cukup untuk keperluannya rela membantu  saudaranya yang juga memerlukan bantuan? Masih bersisakah orang-orang baik seperti itu, yang memenuhi keperluan orang lain sedangkan dia sendiri memerlukann

MSP '12 Peringkat Kaherah Ditunda Mac Ini

Muhasabah Separuh Penggal AJKT dan AJK HEWI KPIPM peringkat Kaherah ditunda pada bulan Mac 2012.  Nantikan!!

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil khusus buat Allahyarham Fareez Izhar Zainuddin. (Turut bersama keluarga Allahyarham dan tetamu dari Malaysia) Maklumat majlis adalah seperti berikut : Selasa 28 februari 2012 Selepas Solat Maghrib Dewan Syeikh Sya’rawi Wisma Darul Ridzuan A Anda semua dijemput hadir bersama.

Tanah ARMA : Masih Sah Milik PMRAM

KAHERAH , 23 Feb - Tanah ARMA seluas 2,212 meter persegi yang dianugerahkan oleh Almarhum Presiden Mesir, Jamal Abdul Nasir kepada PMRAM atau Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada tahun 1959 masih lagi sah dimiliki oleh PMRAM sehingga ke hari ini. Perkara tersebut disahkan dengan pengesahan surat akuan rasmi telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah bahagian Selatan Kaherah yang bertempat di Ramsis. Kandungan dalam surat tersebut menunjukkan tidak ada sebarang makluman penukaran hak milik tanah tersebut kepada mana-mana pihak seperti yang didakwa sebelum ini. Menurut Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden PMRAM, hasil daripada perjumpaan beliau pertengahan Januari lalu dengan pegawai tanah di jabatan tersebut, En Syaaban memberitahu bahawa dengan pembuktian surat akuan itu jelas menunjukkan PMRAM adalah pemilik sah tanah tersebut dari sudut undang-undang (qanun) Mesir sehingga ke hari ini. " Adapun sejarah PMRAM pada tahun 1960 sebagaimana yang tercatat berlaku per

Syiah al-Khomeiniah (Bahagian 1)

  Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat. Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini, [1]  ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan dan membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu. Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik. Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita. Al-Khomeini telah