Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

KENYATAAN YANG DIPERTUA KPIPM TERHADAP ISU BKPJM

KENYATAAN YANG DIPERTUA KPIPM TERHADAP ISU BKPJM (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) [Surat Al-Anfal 45] " Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) ."      Hak mahasiswa merupakan hak yang perlu dipertahankan oleh semua pihak. Oleh yang demikian, isu penindasan hak mahasiswa merupakan isu yang perlu ditegakkan dan ia merupakan satu isu yang tidak wajar dilakukan oleh individu-individu yang mengaku dan membawa Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadah.      Sepertimana berita yang telah dihebahkan kepada kita iaitu Pejabat Rasmi Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah dipecah masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan segala barang dan aset BKPJM dibawa ke

ADA APA DENGAN 2 JANUARI 1492?

ADA APA DENGAN 2 JANUARI 1492 ?      Seperti yang telah tercatat dalam sejarah, Kerajaan Islam Bani Umaiyah pernah menaungi Andalusia (Sepanyol) pada abad ke-8 yang mana Islam menguasai hampir seluruh daerah di negara itu suatu ketika dahulu. Penaklukan Islam di Andalusia yang bermula pada tahun 711 itu berterusan dan mencapai puncak keberjayaan yang gemilang dengan peratus penduduk muslim di Andalusia sebanyak 80% pada tahun 900-an Masihi.      Namun, pada tahun 1000 Masihi berlaku perpecahan umat Islam sehingga Kerajaan-kerajaan Kristian (Reconquista) mula masuk menyerang Utara Andalusia mencantas satu persatu wilayah kekuasaan Islam termasuklah Kota Cordoba, Sevilla, Toledo dan lain-lain. Maka setelah itu, mereka menyerang pula Kota Granada yang mana merupakan kota terakhir yang masih di bawah kuasa Kerajaan Islam. Hal ini menjadi semakin kuat apabila King Ferdinand dari Aragon berkahwin dengan Queen Isabella dari Castile kerana menggabungkan dua kerajaan terkuat  di semena