Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

PERUTUSAN KEMERDEKAAN KE-59 YDP KPIPM SESI 2015/2016

[ Selamat Hari Kemerdekaan, Malaysiaku Tercinta! ] Assalamualaikum w.b.t الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Tanggal 31 bulan lapan '57 Merdeka..merdeka.. tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah...  [ Petikan lagu Merdeka oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad ]          Laungan Merdeka!Merdeka!Merdeka! akan kita dengari apabila jam berdetik tepat pukul 12 tengah malam 31 haribulan 8 pada setiap tahun. Tetapi sejauh mana kita sebagai rakyat Malaysia memahami serta menghayati roh kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar? Merdekakah kita?          Erti kemerdekaan yang sebenar dari sudut yang boleh difahami adalah bebas dari perhambaan, keterikatan, lepas dari dikenakan tuntutan, tidak bergantung nasib kepada orang, bangsa dan negara lain. Merdeka juga bermaksud bebas dari belenggu kelemahan peribadi dan keruntuhan moral, penyakit dan kemiskinan yang membingkai dan menghalang manusia dari mencapai darjat kemanusiaa

MAKLUMAN TARIKH PEMBUKAAN KULIAH SESI 2016/2017 UNIVERSITI AL-AZHAR

بدء الدارسة بجامعة الازهر 1 من شهر اكتوبر المقبل لحين استكمال باقي اوراق التقديم لطلاب الجدد "Bermula pembelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1 bulan Oktober , sekarang tengah siapkan kertas pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru." - Facebook : Al-Azhar University Jika anda tidak ingin belajar, tak seorang pun yang akan menolong anda. Sebaliknya jika anda memutuskan untuk belajar, tak seorang pun yang mampu menghentiikan anda "Tidak ada mata pelajaran yang sulit, kecuali kemalasan akan mempelajari mata pelajaran tersebut." InshaAllah, kuliah Universiti Al-Azhar bagi sesi pengajian 2016/2017 bermula pada 1/10/2016. Sehubungan dengan itu, pihak KPIPM mengucapkan selamat kembali ke kuliah dan teruskan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan. Berikut adalah mas'ul dan mas'ulah bagi setiap kuliah yang peringkat kami sediakan bagi memudahkan peringkat kalian untuk membuat urusan pengkuliahan : MAS'UL/MAS'ULAH UNTUK BAWA PELAJAR SELESAIK

MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA KPIPM SESI 2015/2016

MAKLUMAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2015/2016 "Integriti Membina Kualiti" BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

KENYATAAN BERSAMA YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI - Sambutan Hari Kemerdekaan Anak-Anak Negeri

KENYATAAN BERSAMA YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI Sambutan Hari Kemerdekaan Anak-Anak Negeri 24 September 2014. Perbincangan bersama yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron  selaku yang dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) bersama Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Anak Negeri bertempat di Wisma Sultan Muhammad ke V . Tujuan perbincangan diadakan adalah bagi menyelaraskan satu program secara bersama  bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan. Program yang bakal dilaksanakan ini adalah bertujuan meningkat kesedaran dan semangat patriotism dan kecintaan kepada negara menurut acuan Islam  dalam kalangan mahasiswa/wi. Selain itu juga, memupuk semangat ukhuwah dan kesatuan sesama ahli BKAN melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Semoga program yang bakal dilaksana ini memberi satu semangat kepada kalangan ahli yang menginginkan program yang dapat menyatukan ukhuwah di kalangan mahaiswa/wi di perlembahan Nil ini. HADIR, MUHAMMAD ARIF

KOMPAS'16 - "The Art of Dakwah"

KOMPAS'16 - "The Art of Dakwah" BAITUL RIDZUAN, 3 Ogos 2016, Rabu - Seiring dengan pembawaan dan usul KPIPM sesi 2015/2016 ; "Meningkatkan kualiti mahasiswa melalui penjanaan sumber tenaga yang berkemahiran dalam pelbagai bidang".  Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM di bawah kelolaan Jabatan Yang Dipertua telah menganjurkan satu program Kursus Asas Komputer & Adobe Photoshop (KOMPAS'16) bagi menjayakan usul tersebut. Kursus yang asalnya dibuka hanya kepada 30 orang peserta ini mendapat permintaan sehingga menjangkau bilangan 40 orang peserta. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada seluruh peserta mengenai permasalahan yang sering berlaku semasa penggunaan komputer dan cara penyelesaiannya. Juga asas bagaimana menguasai bidang penyuntingan grafik menggunakan perisian " Adobe Photoshop ". Pendaftaran dibuat seawal jam 8 pagi dan kursus bermula pada jam 9 pagi dengan pengisian pertama mengenai "Asas Komputer dan Cara

Makluman Pemangkuan AJK HEWI & AJK Penasihat KPIPM

Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa HEWI & Anggota Badan Penasihat  KPIPM sesi 2015/2016.  Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, jawatan Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah HEWI  dipangku sementara oleh Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI bagi tempoh kekosongan yang ada. Begitu juga bagi jawatan Anggota Badan Penasihat KPIPM, jawatan AJK Penasihat dipangku oleh Ustazah Nor Atiqah binti Hamdan bagi tempoh kekosongan yang ada.  BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"