Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

KALAM RASMI YANG DIPERTUA KPIPM SESI 2015/2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, DIA-lah yang telah mengurniakan kepada kita dua nikmat terbesar dalam kehidupan iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menginfaqkan seluruh kehidupannya untuk meninggikan dan memperkasakan agama Allah SWT. Tidak dilupakan juga, kepada para sahabat Nabi dan insan-insan yang meniti jalan dakwah dan jejak langkah mereka di sepanjang zaman. Firman Allah SWT:   "Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): " Ya tuhan kami, jangan Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulny

RIADAH KPIPM : FUTSAL NIGHT 2015 "Malam Bersama Semua"

        FUTSAL NIGHT : MALAM BERSAMA SEMUA          Pada tanggal 15 okotber 2015 yang lalu, Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 (BTKKR) telah mengadakan program Futsal Night kepada seluruh anak-anak Perak Mesir bagi mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain di samping mengumpulkan anak-anak Perak di sekitar Kaherah dan juga muhafazah.           Malam Rabu tersebut telah menyaksikan kehadiran lebih 100 orang anak-anak Perak bagi menjayakan program Futsal Night anjuran BTKKR ini. Anak-anak Perak dibahagikan kepada 14 kumpulan yang disusun mengikut nama buah-buahan di dalam bahasa arab seperti tuffah, mauz, bittikh dan sebagainya.           Futsal pada kali ini tidak dapat meneruskan perlawanan separuh akhir dan akhir kerana kesuntukan masa. Jadi pemenang adalah mengikut kumpulan yang telah diberikan. Kumpulan A telah dimenangi oleh kumpulan Karoz dan naib johan, kumpulan Mauz, manakala bagi kumpulan B, johan kumpula

PEMAKLUMAN PEMANGKUAN AJK BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

PEMAKLUMAN PEMANGKUAN AJK BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

STRUKTUR ORGANISASI KPIPM SESI 2015/2016

STRUKTUR ORGANISASI KPIPM SESI 2015/2016 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN "

DIREKTORI : BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2015/2016

Anggota Badan Penasihat KPIPM Sesi 2015/2016 

DIREKTORI : AHLI JAWATANKUASA TADBIR & AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2015/2016

1) Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2015/2016 2) Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPIPM sesi 2015/2016 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

INDAH’15 - Penghayatan Sirah Aidiladha Menyulam Mahabbah Ahli KPIPM

KAHERAH- 23 September 2015, bersempena dengan perayaan Aidiladha, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah menganjurkan program Inspirasi Aidiladha 2015 (INDAH’15) dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri Perak. Program yang bertemakan “Hayati Sirah, Sulami Mahabbah” ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Ainuddin Bin Mohd Ishak yang bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Sebanyak 40 ekor kambing dan 3 ekor unta telah dijadikan korban pada tahun ini. Pada pagi hari raya pertama, ahli KPIPM bergegas ke Masjid Ibadurrahman, Hayyu  Sabei' bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama penduduk sekitarnya. Manakala di sebelah malamnya pula Ceramah Perdana di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiyah KPIPM sesi 2015/2016 diadakan bagi mencapai objektif yang dibawa oleh INDAH’15. Seterusnya, pada hari raya kedua, seawal jam 6 pagi ahli bergotong-royong menjalankan proses penyembelihan dan melapah sehingga masuk waktu solat jumaat. S