Wednesday, September 6, 2023

LAPORAN l PROGRAM PEMANTAPAN DU’AT (PEMANDU ‘23),

LAPORAN l PROGRAM PEMANTAPAN DU’AT (PEMANDU ‘23), 
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2022/2023

KAHERAH – Program Pemantapan Du'at 2023 (PEMANDU ‘23) dengan bertemakan "Dai Unggul Pemangkin Legasi Berwawasan" pada kali ini dijalankan pada 23 Muharam 1445 Hijrah bersamaan 10 Ogos 2023. Walau bagaimanapun, PEMANDU ’23 pada kali ini dijalankan dengan sedikit kelainan berbanding tahun sebelumnya iaitu menjadikan program ini program separa mega dan bukan bersiri.

Antara objektif yang telah digariskan dalam program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi ke arah pembentukan ikon muslim Rabbani, Selain itu, menerapkan konsep dakwah Islam yang syumul dalam mendepani masyarakat. Seterusnya, meribatkan tautan ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli.

PEMANDU ‘23 telah dibuka dengan Majlis Perasmian Program Pemantapan Du’at 2023 (PEMANDU ‘23) yang bertempat di Asrama Darul Aman 1, Awal Sabik dengan ucapan daripada pengarah, Ustaz Muhammad Nazreen Faris bin Zaini dan Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023, Ustaz Muhammad Syafiq bin Zahari. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Muhamad Amirul Syahmi bin Yusof selaku AJK Badan Penasihat KPIPM sesi 2022/2023. 

Terdapat beberapa slot di bawah program PEMANDU ‘23 yang telah dilaksanakan pada sesi kali ini iaitu slot 1, Bicara: Dakwah Generasi Millenial dan diteruskan dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB). Slot yang seterusnya ialah Bengkel Dai Muda beserta praktikal dikalangan ahli. Dan slot yang terakhir ialah Town Hall Dai: The Successor Of Islamic Legacy.

Pengisian slot 1, Bicara: Dakwah Generasi Millenial dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Aqli Hakimi bin Zulkipli selaku Penasihat BKPPPM sesi 2022/2023. Salah satu pengisiannya adalah menekankan cara dakwah kepada generasi baru dan aspek penting dalam pembinaan seorang dai kemudian diteruskan dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) iaitu kuiz online berdasarkan pengisan slot 1 yang telah dikendalikan oleh unit pengisian dan persembahan, Ustaz Muhammad Khairil Anam bin Mohamad Ridzuan.

Di samping itu, antara pengisian yang menarik ialah Bengkel Dai Muda yang disempurnakan oleh Ustazah Fadlin binti Abu Bakar Sidek selaku Timbalan Koordinator Pembangunan Insan MG BKAN sesi 2022/2023 secara One Man Show . Antara objektif yang ditekankan dalam bengkel ini ialah melahirkan peserta yang berani ke hadapan dalam menyampaikan mesej dakwah. Kemudian bengkel diteruskan dengan praktikal dikalangan ahli berkonsepkan Speaker Dakwah dari sudut pengucapan awam .

Seterusnya, PEMANDU ‘23 telah melaksanakan slot yang terakhir iaitu Town Hall Dai: The Successor Of Islamic Legacy yang disampaikan oleh pengisi-pengisi yang cukup hebat iaitu, Ustaz Hamdan bin Ariffin selaku Aktivis Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) sesi 2022/2023, Ustaz Ahmad Azri Fauzan bin Zoolcaphly selaku AJK Penasihat KPIPM sesi 2022/2023 dan Ustaz Abdul Wafi bin Ralib selaku Aktivis Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) sesi 2022/2023. Terdapat tiga aspek utama dakwah yang ditekankan sebagai mahasiswa ialah thaqafah dai, pendakwah millenial dan Gerakan Mahasiswa Islam.

Tidak dilupakan juga PEMANDU ‘23 telah diserikan lagi dengan jamuan dan cabutan bertuah bagi lima ikhwah dan lima akhawat. PEMANDU ‘23 kian melabuhkan tirainya seusai cabutan bertuah dengan majlis penutup yang disampaikan oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023, Ustaz Muhammad Syafiq bin Zahari pada jam 10.30 malam. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah khas untuk anugerah kumpulan terbaik serta pengumuman anugerah tokoh PEMANDU ‘23. Tokoh PEMANDU ’23 bagi ikhwah telah disandang oleh Ustaz Muhammad Basyir bin Nazri manakala tokoh PEMANDU ’23 bagi akhawat ialah Ustazah Husna Farzana binti Ismail. Akhir sekali, majlis telah diakhiri dengan persembahan nasyid daripada Usrah al-Wadi feat Usrah al-Muhazzirun.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan PEMANDU ‘23. Semoga gerak kerja yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredaan disisi Allah SWT. Insya Allah.

”Dai Unggul Pemangkin Legasi Berwawasan”

#PEMANDU23
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
”MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh:
Ustaz Faidhi Syazmir bin Jamilluddin,
Setiausaha (Promosi),
Program Pemantapan Du’at (PEMANDU ‘23),
Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2022/2023

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)  KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2022/2023 KAHERAH:-  Program Mesyuara...