Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BKAN MESIR : ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 23 OGOS 2015 SUSULAN ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Sabtu bertarikh 22 Ogos 2015 di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Asri bin Mohd Salim, YDP Keluarga Pelajar-pelajar  Islam Perak Mesir  adalah bertujuan membincangkan tindakan susulan hasil perjumpaan YDP-YDP BKAN bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) pada 17 Julai 2015 bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan yang lepas. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut : 1) Merujuk kepada ucapan Yang Mulia Tuan Yang Terutama Dato' Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan ditauliah serentak ke Palestin, beliau telah menafikan keterlibatan BKAN dalam isu penyelewengan tersebut dan menyatakan kenyataan tersebut adalah bersifat umum dan tidak membabitkan BKAN.

Defisit Wang vs Defisit Iman

           Islam adalah satu-satunya ad-din yang diwahyukan Allah kepada  Rasulullah S.A.W untuk mengatur seluruh sendi kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan perekonomian manusia atau disebut juga sistem muamalat turut diatur dalam Islam dengan prinsip Ilahiyah . Bertepatan dengan pembawaan KPIPM sesi ini, sistem ekonomi satu unsur yang amat penting bagi meneruskan kelangsungan sesebuah persatuan dan komuniti umumnya. Rasulullah S.A.W sendiri telah menunjukkan qudwah terbaik dalam bidang ekonomi melalui perniagaan yang baginda S.A.W jalankan. Sabda Rasulullah S.A.W: “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan.” (HR Tarmizi)           Segala kegiatan perekonomian yg berlaku di dunia ini juga mengikut ketetapan dari Ilahi. Pelbagai sistem pengurusan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang kian mendesak. Al-Mudharabah, Al-Ijarah, Ar-Rahnu dan Al-Wadi’ah merupakan ant