Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Ribat KPIPM: Peranan Umat Islam Selaku Khalifah

Kaherah, 21 Jun 2013 – Seusai sahaja imtihan fasa kedua ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan  Ribat Perdana. Program yang bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Perak Darul Ridzuan A itu dimulakan dengan alunan zikir munajat dan qiamullail secara berjemaah. Seterusnya program diteruskan dengan pengisian tazkirah subuh jemputan bersama Al-Fadhil Ustaz Abdul Mu’iz Muhammad, Mantan Presiden PMRAM 2009. Beliau telah berkongsi serba sedikit tentang tugas dan peranan umat Islam selaku khalifah diatas muka bumi ini dan menerangkan tentang kesyumulan Islam berbanding dengan agama lain. Beliau juga menyentuh tentang konsep kecintaan kepada Nabi yang sebenar-benarnya perlu dibuktikan dengan gerak kerja dan jihad.  “Menuntut ilmu itu wajib disamping mempraktikkan ilmu yang ada, Semakin berilmu seseorang itu, semakin taatlah dia kepada Allah S.W.T.” Ujar beliau. Program seperti ini bertujuan membentuk kefahaman dalam kesatuan dan i

Persediaan Menghadapi Ramadhan

Ramadhan,satu nasib tak serupa, peluangnya sama natijah berbeza, Ramadhan mereka, gemilang cemerlang, Mukmin berjasa di awal  zaman, Ramadhan kami malam terbuang, Muslim berdosa di akhir zaman. Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183) Suatu hari, tanpa diduga  kita telah menerima hadiah saguhati satu pakej  percutian ke Paris selama seminggu untuk 3 orang. Percutian itu disertakan bersamanya penginapan di hotel lima bintang, pakej makanan di beberapa buah restoran terkemuka, juga lawatan ke tempat- tempat menarik di sekitar Paris dan yang paling menggembirakan disertakan bersama kita wang poket berjumlah 3000 USD untuk dibelanjakan di sana . Kita sangat teruja dan gembira dengan hadiah tersebut.Bagi kita itulah salah satu peluang keemasan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Oleh yang demikian, kita mula merancan

Rintih Air Mata Umat

Tika bumi basah dengan darah Air mata tak tertumpah lagi Kesakitan dan penindasan menjadi satu Dimanakah pembelaan? Pandanglah dunia tua ini Umat Islam diinjak-injak Kesucian dirobek-robek Penghinaan tiada belas Saudara-saudaraku, Lihatlah penderitaan kami, Kami diseksa… Kami dipersenda… Kami… tak berdaya Mengapa kalian berdiam rasa, Kaku, mengunci bicara Sepi dari usaha Di mana bantuan kalian? Di mana doa kalian? Untuk kami Palestin Dan Syria. Oh Tuhan, Tolonglah umat ini! Teman-temanku Usah biarkan tangan kalian Tidak berjasa… Lantunkanlah doa Tebarkanlah usaha Bantulah mereka di sana Pelbagai cara sedaya upaya Saudara kita Seaqidah seagama… 7.14pm 28/2/2012 Biodata Penulis Nama penulis adalah Ustazah Azlina Binti Idris yang merupakan mahasiswi kuliah Syariah Islamiah, Tahun 4, Universiti Al-Azhar. Beliau pernah memeg

Tiada Kejayaan Datang Bergolek

Dalam surah ar –Ra’du ayat 11, Allah SWT berfirman yang bermaksud:   “Sesungguhnya Allah tidak akan  mengubah keadaan  sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri “ Hakikatnya, belajar di luar negara ini memang susah. Pembelajaran kuliah, keseluruhannya menggunakan bahasa Arab bagi mahasiswa bidang Pengajian Islam dan Bahasa Inggeris bagi mahasiswa Sains Kesihatan. Buku-buku kuliah, soalan peperiksaan dalam bahasa asing, juga rakan-rakan sekelas adalah rakyat-rakyat asing. Tidaklah dinafikan ada dikalangan kita yang mahir dan fasih berbahasa arab, namun majoriti daripada kita hanya pada tahap “cukup makan”. Oleh itu, perlulah kita berusaha untuk sesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Setiap kesusahan itu,pasti ada kesenangan. Jangan kita merasa letih dan berputus asa dalam menuntut ilmu. Jika merasakan susah untuk memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah semasa di dalam kuliah, maka buatlah persediaan awal sebelum belajar. Kebanyak

Erti Ujian Yang Sebenar

Apabila kita bertanya tentang ujian, maka setiap orang yang beriman pasti tidak akan lari daripadanya. Di sana terdapat beberapa jenis rintangan yang disebutkan di dalam al Quran, antaranya ialah ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian sanak saudara dan sebagainya. Perkara ini telah disebukan oleh Allah SWT di dalam al Quran Surah al Baqarah, ayat 155 yang bermaksud: “Dan Kami pasti akan menguji kamu seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu, mereka yang apabila ditimpa ujian, mereka mengucap “sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepadaNya kami kembali..” Dr Wahbah az Zuhaili menyebut di dalam Tafsir Munir (1/402) bahawa : a. Apa yang dimaksudkan dengan ketakutan itu ialah, sedikit ketakutan yang diuji oleh Allah SWT kepada orang yang beriman, ketika berhadapan dengan musuh. b. Kelaparan juga diuji disebabkan tanah yang tidak subur, atau dengan kata lain, diseba

Israk Dan Mikraj: Persinggahan Rasulullah S.A.W ke Masjidil Aqsa

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa yang perlu dijadikan pengajaran. Dengan faktor inilah umat Islam dapat menilai pelbagai hikmah disebalik peristiwa yang dikatakan luar biasa ataupun di luar jangkaan pancaindera manusia. Disebalik kesedihan Rasulullah yang menempuhi pelbagai liku-liku dalam perjuangan dakwahnya, maka Allah S.W.T menenangkan hati kekasihNya dengan membawa baginda melihat kekuasaan serta kebesaran Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Kesedihan yang dialami oleh Nabi Muhammad di dalam tempoh ‘tahun kesedihan’ jelas dihayati di atas pemergian sayap kiri perjuangannya, Saidatina Khadijah R.A dan bapa saudara kesayangannya, Saidina Abu Thalib. Namun kesedihan tersebut tidak pernah menjadikan semangat baginda luntur lantas masih tetap di atas landasan perjuangan membawa risalah tauhid serta rahmat ke seluruh pelusuk alam buana. Israk Mikraj merupakan satu anjakan paradigma bagi perjuangan Rasulullah S.A.W. Hakikatnya ia adalah suatu perj