Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Kembara Sejarah Membongkar Hikmah

Bahnasa, 20 April 2013 - Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah HEWI telah menyelia satu program yang diberi nama Jelajah Auliya’ Bahnasa sempena imtihan yang hampir tiba di bawah anjuran Ketua HEWI KPIPM sesi 2012/2013. Program ini bertemakan “Kembara Sejarah Membongkar Hikmah” telah disertai seramai 90 orang pelajar termasuk BKAN taakhi Johor seramai 14 orang pelajar. Terdapat juga penyertaan daripada BKAN Terengganu, Kedah dan mahasiswa daripada kuliah Ulum Islamiyah tajaan Amanah Raya Berhad. Jaulah ini dipimpin oleh musyrif penerangan iaitu Ustaz Ariff Adli bin Ibrahim daripada BKAN Selangor serta 2 pasangan mutazawwijin sebagai pengiring program. Dengan penyertaan dari BKAN luar, lawatan ini telah berjaya membawa objektifnya iaitu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli KPIPM khususnya dan PMRAM amnya.                  Pada jam 12.15 pagi, peserta jaulah telah berkumpul di hadapan Wisma A Darul Ridzuan untuk mendengar taklimat jaulah daripada pengarah dan unit disiplin. Per

Muzakarah Berkelompok Gabungan: Mengenang Kembali Khilafah Yang Dilupakan

KAHERAH, 19 April 2013 -  Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan diskusi kitab bagi Muzakarah Berkelompok Mahasiswa/wi Gabungan Tahun Satu. Diskusi kitab yang berjudul " أهدافنا أخطر قضايا المسلمين "pada kali ini telah dilakukan dalam bentuk forum yang menampilkan seorang moderator dan dua ahli panel. Program tersebut telah dikendalikan oleh Ustazah Nabilah Binti Mokhtar, mahasiswi Kuliah Bahasa Arab sebagai moderator dan Ustaz Mohd Faizal Bin Jaafar, mahasiswa Kuliah Syariah Islamiah serta Ustazah Nur Syuhada binti Hashifuddin, mahasiswi Kuliah Syariah Islamiah sebagai ahli panel.              Program tersebut telah membincangkan tentang tujuan-tujuan membina khilafah Islamiah yang telah dilupakan. Kedua-dua ahli panel memberikan ulasan yang sangat mendalam kepada semua yang hadir. Semua peserta yang hadir memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Semoga KPIPM dapat mengadakan lagi program seperti ini di mas

Usrah Gabungan KPIPM: Melahirkan Generasi Islam Yang Berketerampilan

Kaherah, 5 April 2013 – Bagi menjayakan Usul Mesyuarat Agung ke-46, KPIPM dengan jayanya mengadakan satu program diskusi kitab “ As-Syariatul Zaman Wa Makan” yang dibentangkan oleh Ustaz Arif Bin Yaziz, Mahasiswa Kuliah Syariah Islamiah Tahun 3, Universiti Al-Azhar.  Program ini telah menggabungkan kesemua usrah tahun satu  di bawah anjuran Jabatan Nuqaba’ Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Di antara objektif program ini ialah untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam kalangan ahli KPIPM meliputi ilmu fardhu ain dan bahasa arab. Mahasiswa didedahkan dengan pengisian berguna daripada pendiskusi sebagai persediaan melangkah ke medan dakwah islamiyyah.  Sambutan dan penyertaan daripada ahli KPIPM sangat menggalakkan. Pihak KPIPM  mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Seterusnya melahirkan mahasiswa yang berilmu dan berketerampilan. 

Pilihan Raya Mengikut Perspektif Islam

Pada asasnya kita memahami pilihan raya sebagai proses pemilihan pimpinan yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara. Namun hakikatnya, pilihan raya merupakan satu mekanisme kepada peralihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan). Tradisi memilih dan mengganti pimpinan hanyalah melalui kutipan suara majoriti atau pilihan raya sama ada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Cara ia dijalankan bergantung pada jenis pemerintahan sama ada pemerintahan republik, persekutuan ataupun beraja. Dalam kebanyakan sistem politik demokrasi, beberapa jenis pilihan raya boleh didapati, bergantung kepada lapisan pemerintahan atau sempadan geografi. Antara yang biasa ditemui adalah: 1.    Pemilihan Presiden 2.    Pilihan raya umum 3.    Pilihan raya utama 4.    Pilihan raya parti 5.    Pilihan raya kecil Tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam untuk menyertai pilihan raya selama mana mereka hanya meng