Sunday, January 1, 2012

Tahniah dan Takziah Kepimpinan PERUBATAN Sesi 2012/2013



KAHERAH, 1 Jan - Yang DiPertua, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), saudara Mohammad Omar bin Adam mengucapkan tahniah di atas pemilihan kepimpinan baru Jawatankuasa PERUBATAN sesi 2012-2013. 

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Memegang satu tampuk kepimpinan adalah satu perkara yang berat. Sekiranya disusun dengan perancangan yang baik dan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, insya Allah segalanya akan berjalan dengan baik. Sesungguhnya kepimpinan itu bukanlah tasyrifan (kemuliaan) namun ianya adalah satu amanah dan taklifan buat insan itu sendiri.

Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013

Timbalan Presiden 2 PERUBATAN sesi 2012/2013

Sekali lagi kami seluruh kepimpinan KPIPM mengucapkan tahniah kepada Saudara Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi, Mahasiswa tahun 4, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah dan saudari  ‘Aisyah Zahirah Binti Sukeri juga Mahasiswa tahun 4, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah yang telah memenangi Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden 2 PERUBATAN bagi sesi 2012/2013 pada Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN baru-baru ini. Semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.


MOHAMMAD OMAR BIN ADAM,
YANG DIPERTUA,
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR
sesi 2011/2012






No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...