Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Daurah Ilmiah in Winter Season '14 Menambah Thaqafah Ahli

KAHERAH,31 Jan – Daurah Ilmiah In Winter Season '14 anjuran Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari bermula pada 25 Januari sehingga 29 Januari 2014. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menambah thaqafah dalam kalangan anak-anak Perak khususnya serta bagi  mengisi masa cuti sempena musim sejuk dengan perkara yang bermanfaat. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan anak-anak Perak sendiri dan juga daripada ahli luar.                   Daurah Ilmiah membuka tirai dengan diskusi kitab Fathul Qorib (Bab Jinayat),yang disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Nazrul bin Nasir. Antara tajuk yang dibentang dalam bab jinayat ini adalahmengenai bab hudud dan cara pelaksanaannya. Bermula pada hari kedua sehingga hari keempat  disebelah pagi, Daurah Ilmiah diteruskan lagi dengan diskusi kitab Aqidatul Awwam yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Akmal ,diikuti p

RIBAT MAHABBAH HEWI Meribat Kesatuan Ahli

Kaherah,21 Jan- Buat julung-julung kalinya HEWI KPIPM di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah HEWI KPIPM sesi 2012/2013 telah mengadakan Ribat Mahabbah HEWI. Program Ribat Mahabbah HEWI KPIPM ini telah diadakan di Dewan Wisma Darul Ridzuan B bermula jam 10 malam sehinggalah jam 3.30 pagi. Antara objektif yang telah digariskan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli HEWI serta barisan pimpinan serta mengumpulkan seluruh ahli selepas selesai imtihan fasa satu. Selain itu, program ini dijalankan adalah untuk memperbaiki individu serta muhasabah diri terutamanya dari sudut dalaman atau rohani kepada yang lebih baik bagi membentuk individu generasi pembawa islam yang cemerlang. Detik 10 malam, program dimulakan dengan sedikit tayangan video khas daripada Biro Dakwah dan Tarbiah HEWI KPIPM dan selepas itu diteruskan dengan slot muhasabah yang telah dikendalikan oleh Ustazah Norul Aimi Bt Mohamad Razi dan Ustazah Suyaibatul Aslamiah Bt Saad yang diberi tajuk Islah Nafsak

Anda Berhutang??

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli sesuatu barangan. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akh

Makluman Lanjutan Tarikh Permohonan Dermasiswa MAIPk 2013/2014

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat Perak bagi sesi 2013/2014, tarikh bagi permohonan akan dilanjutkan sehingga tarikh 22 Januari 2014. Diingatkan kepada pemohon untuk segera melengkapkan permohonan secara online serta salinan dokumen yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan. Sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila rujuk: 1) Setiausaha Agung KPIPM – Ustaz Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak (01146626390) 2) Setiausaha HEWI KPIPM – Ustazah Nor Atiqah Binti Hamdan (01141738859) 3) Pembantu Tadbir Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak Egypt  – Ustaz Abdul Munaim Bin Nordin (01147886907) "BERILMU BERAMAL IKHLAS" "MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"