Wednesday, January 18, 2012

IKTIBAR HIJRAH : Asas Pembinaan Daulah



Pembinaan Daulah adalah salah satu daripada marhalah atau peringkat dalam berdakwah. Sebagaimana yang kita maklum, hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah pada bulan Safar membawa erti kelahiran sebuah Negara Islam yang pertama di bumi Allah ini, ia juga menunjukkan kepada kita pada ketika itu akan wujudnya pemerintahan Islam (khilafah)yang pertama di bawah pemerintahan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

                Sehubungan dengan itu, 3 Asas utama dalam menggerakkan gerak kerja dan tugas dalam pembinaan negara Islam yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w demi memastikan Negara Islam itu kukuh dan padu ialah:-

       1. Pembinaan Masjid

Kita perlu sedar bahawasanya masjid merupakan asas utama yang sangat penting di dalam sesebuah masyarakat dan Negara Islam. Setelah tibanya Rasulullah s.a.w di Madinah, baginda terus meletakkan batu sebagai asas pembentukan masyarakat Islam yang kukuh dan padu yang dianggotai oleh para Ansar dan Muhajirin yang berpaksikan Taqwa sebagai asas dalam pembinaan masjid di dalam diri mereka.

Allah berfirman di dalam Al-Quran

 لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ
فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih”. 
(Surah At-Taubah:ayat 108)

Tidak hairanlah bahawa masjid adalah asas pertama dan utama kearah pembentukan masyarakat Islam kerana dengan pembinaan masjidlah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, ‘aqidah dan syariatnya.

Diantara peranan yang besar yang kita boleh kita ambil dalam pembinaan masjid ini adalah :-

        1. Meluaskan roh persaudaraan dan ikatan mahabbah sesama Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh golongan Ansar dan Muhajirin

        2. Menyebarkan semangat persamaan dan keadilan dikalangan umat Islam di segenap lapisan. 
        
        3. Saling bantu membantu di antara golongan yang miskan dan kaya.
·          
        4. Meleburkan dan membentuk pelbagai ragam umat Islam ke dalam acuan perpaduan yang berpegang dengan ikatan Allah,hukum-hukum dan syariatnya.


      2. Persaudaraan  Sesama Muslimin

        Ikatan persaudaraan merupakan asas yang ke-2 dalam pembinaan daulahsebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mempersaudarakan di antara kaumMuhajirin dan Ansar  yang berlandaskan dengan aqidah Islamiah.

Sebagaimana firman Allah:-

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”.
(Surah al-Hujurat:ayat 10)

Imam Hassan Al-Banna menyebutkan berkenaan tentang Ukhuwah adalah :

“ Saya maksudkan dengan persaudaraan adalah jalinan hati dan ruh yang diikat dengan ikatan ‘aqidah. Ikatan ‘aqidah merupakan ikatan yang paling kuat dan paling tinggi. Persaudaraan adalah saudara iman , manakala perpecahan pula adalah saudara kufur ".

Kesimpulannya, kekuatan yang pertama sekali adalah kekuatan kesatuan. Tidak wujud kesatuan melainkan jika wujud rasa cinta dan kasih sayang. Tingkatan cinta paling rendah adalah tidak bersikap busuk hati dan tingkatan cinta yang paling tinggi adalah mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan dirinya.


     3. Perjanjian Umat Islam dan Non-Muslim

Asas ke-3 merupakan asas yang sangat penting yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W  dalam menentukan nilai perlembagaan Negara baru ini. Perjanjian ini dinamakan dengan“Piagam Madinah”. 

Diantara kepentingan Piagam Madinah secara ringkas adalah:-

         1-        Ianya sebagai model kerajaan Islam yang unggul.

         2-       Unsur Islam boleh digunakan dalam Negara pelbagai agama dan kaum.

         3-       Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.

         4-      Menunjukkan sistem ekonomi Islam yang memntingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.

         5-       Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.

         6-      Negara diwujud atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.

      Kesimpulan 

Akhirnya, 3 asas utama dalam membina daulah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat  adalah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk mengembalikan khilafah Islamiah yang kian lama sudah terkubur sejak tahun 1924 m. 

Tugas utama yang penting untuk kita lakukan pada zaman sekarang yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi adalah “BEKERJA”

wallahu a’lam.



Disediakan oleh :
Ustaz Ilyas bin Yusof
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Cawangan PMRAM
        

Disemak oleh :
        Felo MANHAL PMRAM

sumber : manhal-pmram

1 comment:

  1. KABAR BAIK !!! KABAR BAIK !!! KABAR BAIK!!!

    Halo semua, nama saya Mrs. Arya Theresia, saya dari Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya tentang bagaimana saya mendapatkan pinjaman dari MRS CHRISTY MORRIS LOAN FIRM karena begitu banyak pemberi pinjaman kredit palsu di sini di internet dan juga untuk memberi tahu Anda bahwa saya adalah korban penipu internet berkali-kali, jadi saya tidak kehilangan harapan sampai saya dirujuk oleh seorang teman ke pemberi pinjaman terpercaya bernama MRS. CHRISTY MORRIS yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp850.000,0000 dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan, saya sarankan CHRISTY MORRIS LOAN FIRM adalah yang terbaik dan saya berdoa Tuhan akan memberkati mereka dan menjaga bisnis mereka maju, Amin

    Jika Anda memerlukan bantuan tentang cara mendapatkan pinjaman, Anda dapat menghubungi saya melalui email: (aryatheresia750@gmail.com)

    Anda dapat menghubungi perusahaan secara langsung dengan pinjaman mereka
    Email: (christymorrisloanfirm@gmail.com)
    Terima kasih
    Arya Theresia

    ReplyDelete

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...