Monday, January 9, 2012

Peperiksaan Mula Rancak, Teruskan Berdoa



KAHERAH, 9 Jan - Peperiksaan fasa 1 bagi mahasiswa mahasiswi di pengajian Islam semakin rancak. Bermula dengan subjek Takhalluf pada awal Januari kemudian terus disusuli dengan subjek-subjek baru bagi setiap kuliah iaitu Syariah Islam, Usuluddin, Bahasa Arab dan Dirasat.
Peperiksaan fasa 1 ini berjalan serentak di seluruh cawangan bagi Universiti Al-Azhar, Mesir dan akan berakhir paling lewat pada akhir Januari ini.

Bilangan mahasiswa mahasiswi Islam yang menduduki peperiksaan fasa 1 ini dianggarkan lebih 5000 calon mewakili seluruh negeri.

Sebelum ini, PMRAM telah pun mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu mahasiswa/wi Islam dalam mencapai kejayaan dalam pencapaian akademik. Antara yang telah dilakukan ialah solat hajat dan motivasi perdana, kelas tambahan berpusat, bengkel kemahiran menjawab soalan, mengatur pembelajaran secara berkumpulan, pelancaran Kempen Membaca dan sebagainya.

Di samping itu, BKAN serta DPM juga telah mengadakan solat hifzi bersempena dengan peperiksaan dan pelbagai aturcara telah disusun untuk menghidupkan suasana pembelajaran antaranya melancarkan kempen Sifar Rasib dan Jom Ke Kuliah.

"PMRAM sangat optimis dalam membantu mencapai kejayaan di dalam akademik. Bahkan ia menjadi salah satu subtajuk dalam ucapan dasar Presiden mengenai kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Dengan usaha-usaha yang telah dijalankan sebelum ini, PMRAM meminta semua mahasiswa/wi Islam terus memanjatkan doa agar diberikan kejayaan," ujar Naib Presiden I, Mohd Faizzudin Ghazali.



Sumber :pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...