Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

MAKLUMAT TERKINI : Berhubung Permohonan Dermasiswa MAIPk

Adalah dengan ini pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM dimaklumkan bahawa permohonan Dermasiswa MAIPk bagi sesi 2010/2011 telah mula diproses oleh pihak jawatankuasa Dermasiswa MAIPk. Sehingga kini, maklumat yang diperolehi pihak MAIPk telah mula memproses permohonan pelajar Perubatan terlebih dahulu. Proses seterusnya akan terus dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan permohonan daripada kalangan pelajar Pengajian Islam dan Perubatan. Sebagai maklumat kepada setiap pemohon yang telah diproses permohonannya, tiga peringkat kelulusan yang telah diletakkan oleh peringkat MAIPk : 1. Lulus sepenuhnya. 2. Lulus bersyarat atau tangguh (pihak MAIPk masih menunggu pengesahan daripada pihak lain, jika pemohon ada memohon biasiswa selain daripada pihak MAIPk dan pengesahan syarat-syarat lain seperti tempat tinggal). 3. Gagal. Justeru itu, pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM mengharapkan agar setiap pemohon dapat mengambil perhatian terhadap perkara seperti ber

Kepimpinan Dan Ahli Saling Memerlukan

KAHERAH , 24 Jun - Ehya’ al-Jum’ah selagi lagi mengisi ruang rohani untuk kita bersama. Biarpun imtihan sedang berjalan rancak, namun kehadiran tetap membanggakan. Pentazkirah kali ini disampaikan oleh saudari Huzaifah binti Hassan. Penuntut tahun akhir, kuliah Syariah Islamiah, Kaherah. Nasihat beliau pada hadirin yang hadir, antara sebab kukuhnya sesuatu persatuan itu adalah pemimpin dan ahli saling bantu membantu. Pemimpin memerlukan ahli, begitu juga ahli memerlukan kepimpinan. “Maka fahamlah di sini, kita semua mempunyai peranan masing-masing. Kita semua ada posisi yang perlu kita gerakan. Yang paling penting tugasan itu selari dengan pandangan syara’.” Ucap beliau di dalam tazkirah tersebut. “Dunia sekarang ini tiada masa untuk bercakap banyak tetapi banyakkan berfikir dan terus bekerja”. Sambung beliau lagi. Pada sebelah pagi pula, tazkirah disampaikan oleh saudara Muhamad Saiful bin Mohamad Kamal. Beliau penuntut tahun satu, kuliah Lughah Arabiah, Kaherah. Beliau menyentuh di

Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan “sakaratul maut” . Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”. Ini jelas menunjukkan saranan agar kita mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam,kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan

Ilmu Tunjang Dalam Gerakan Dakwah

KAHERAH ,16 Jun - Ehya’ al-Jum’ah sekali lagi mengisi ruang santapan rohani buat kita semua. Pada kali ini, tazkirah disampaikan oleh saudara Muhammad Shazni bin Mazlan. Penuntut tahun satu perubatan al-Azhar, Kaherah. Beliau telah menyentuh mengenai asal kejadian manusia. Allah menciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah dan manusia selepasnya daripada nutfah . Nasihat beliau lagi pada hadirin yang hadir, “ Jiwa kita ini dekat dengan Allah, jika kita melupakan Allah maka kita telah jauh daripada Allah. Kalau kita jauh daripada Allah, maka nur illahi akan jauh daripada kita”. Di sebelah pagi pula, tazkirah Subuh telah disampaikan oleh saudari Nor Aishah binti Zolkafli. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Kaherah. “ Kesan maksiat pada diri akan menyebabkan sukarnya untuk mempelajari ilmu dan hidup sentiasa di dalam kegelapan ”. Pesanan beliau. “Kata imam as-Syafie, ilmu itu adalah cahaya, kerana itu ilmu tidak akan diperolehi bagi mereka yang melaku

Peluang Terbaik Bagi Mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar

KAHERAH, 17 Jun - Mahasiswa matrikulasi Al-Azhar yang mengikuti Kursus Bahasa di Hayyu Sadis Universiti Al-Azhar akan melanjutkan pelajaran mereka di bidang yang telah mereka pohon sebelum ini. Ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa mereka akan dimasukkan ke Kuliah Ulum Islamiyah,Universiti Al-Azhar yang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Setelah pertemuan PMRAM bersama pihak pengurusan Al-Azhar maka inilah makluman yang berjaya diperolehi. Bagi mahasiswa yang berada di tahap pencapaian sederhana dan rendah ketika mengikuti Kursus Bahasa tersebut,mereka akan mengikuti Kelas Intensif Musim Panas. Untuk mahasiswa yang sudah menguasai pencapaian yang tinggi dalam Kursus Bahasa ,Matrikulasi Al-Azhar akan terus melanjutkan pengjian ke peringkat Sarjana Muda,Universiti Al-Azhar mengikut bidang yang telah dipohon sebelum ini . Begitu juga untuk mahasiswa baru sesi 2011/2012, mereka akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang dipohon dengan syarat m

Wacana Biah Solehah : Kesan Zikir Pada Otak

KESAN ZIKIR PADA OTAK '' Wahai anak Adam,jika kamu berzikir kepadaku di dalam hatimu nescaya aku akan mengingatimu dalam diriku,dan jika kamu berzikir di khalayak ramai nescaya aku akan mengingatimu dalam khalayak ramai yang lebih daripadanya,dan jika kamu menghampiri aku sejengkal,nescaya aku akan menghampiri kamu sehasta dan jika kamu menghampiri aku sehasta, nescaya aku akan menghampiri kamu sedepa,dan jika kamu menghampiri aku berjalan aku akan menghampiri kamu dengan cara berlari. (Hadis riwayat Imam Bukhari)" Hakikatnya otak manusia mempunyai kesan yang luar biasa terhadap zikir yang disebut oleh manusia muslim khususnya. Sebenarnya otak manusia mengandungi bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugasan tertentu yang berfungsi agar tugasan tersebut sempurna. Antaranya adalah : Aliran bio-elektrik yang berlaku di kawasan saraf otak mampu mengaktifkan seluruh kawasan otak manusia. Menambah te

Liqo’ Mahabbah Pimpinan KPIPM : Imtihan Bukan Penghalang

SHOUBRO , 10 Jun – Muhafazah Shoubro telah menjadi sasaran Liqa’ Mahabbah Pimpinan baru-baru ini. Liqa’ tersebut telah diadakan bertempat di markaz DPM Shoubro. Majlis ringkas itu bermula sejurus selesai solat Asar. Banyak perbincangan dan pertukaran pandangan semasa majlis berlangsung. Disamping melawat ahli KPIPM di Shoubro, para pimpinan juga dapat melihat sendiri masalah-masalah yang berlaku di kawasan mereka. Aspek kebajikan dan pendidikan juga tidak terlepas dari menjadi topik perbincangan. Sebelum majlis berakhir, beberapa penjelasan berkenaan isu-isu sekitar anak-anak Perak turut diberikan agar memastikan penerimaan info-info yang penting di semua peringkat. “ Semoga ziarah kali ini akan berterusan terutama ke muhafazah Shoubro untuk melihat sendiri masalah anak-anak Perak di sini”. Ujar saudara Amar bin Jusoff Khadid i yang juga merupakan Duta KPIPM di Shoubro. “Terima kasih pimpinan KPIPM kerana sudi hadir menjenguk kami di sini”. Tambah beliau lagi. Sebelum berpi

Ehya' al-Jum'ah : Al-Quran Perawat Penyakit Hati

KAHERAH, 10 Jun - Program Ehya’ al-Jum’ah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah sekali lagi mengisi ruang rohani. Kali ini, KPIPM mendatangkan pentazkirah jemputan daripada pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM Pusat iaitu saudari Nurul Nadhirah Bt Aw. Mohd Nor. Beliau adalah merupakan penuntut tahun dua Qiraat, Mansoura. Memegang jawatan sebagai Bendahari HEWI PMRAM 2011 merangkap HEWI angkat bagi PMRAM cawangan Perak (KPIPM). Beliau mengingatkan kepada seluruh mahasiswa akan kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai salah satu cara utama untuk merawat penyakit hati. Tambah beliau lagi, “ Setiap penyakit ada ubatnya, dan ubat untuk merawat penyakit hati adalah dengan mengingati Allah”. Seterusnya, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan lagi dengan mengadakan Qiamullail Perdana bersempena peperiksaan yang sedang dijalani. Program diakhiri dengan Tazkirah Subuh oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab Universiti

Ehya' Jum'ah : Kombinasi Ilmu Teras Kejayaan

KAHERAH, 10 Jun - Program Ehya’ al-Jum’ah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah sekali lagi mengisi ruang rohani. Kali ini, KPIPM mendatangkan pentazkirah jemputan daripada pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM Pusat iaitu saudari Nurul Nadhirah Bt Aw. Mohd Nor. Beliau adalah merupakan penuntut tahun dua Qiraat, Mansoura. Memegang jawatan sebagai Bendahari HEWI PMRAM 2011 merangkap HEWI angkat bagi PMRAM cawangan Perak (KPIPM). Beliau mengingatkan kepada seluruh mahasiswa akan kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai salah satu cara utama untuk merawat penyakit hati. Tambah beliau lagi, “ Setiap penyakit ada ubatnya, dan ubat untuk merawat penyakit hati adalah dengan mengingati Allah”. Seterusnya, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan lagi dengan mengadakan Qiamullail Perdana bersempena peperiksaan yang sedang dijalani. Program diakhiri dengan Tazkirah Subuh oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab Universiti

Pengambilan Minhah Syar'iah Kaherah Bulan Rejab

PENGUMUMAN Perhatian kepada seluruh penerima Minhah Syar’iah Perak (Kaherah), minhah bulan Rejab boleh diambil pada 15 dan 16hb Jun 2011 (Rabu dan Khamis). Bermula pada jam 10 pagi hingga 1.00 petang. Bertempat di Masjid Syarbini, Hayyu ‘Asyir . Sila pastikan anda membawa bersama passport dan no. minhah anda.

Makluman : Qiamullail Perdana

Assalamualaikum kepada semua warga KPIPM, KPIPM di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah akan mengadakan Qiamullail Perdana pada : Hari : Jumaat Tarikh : 10.06.2011 Masa : 2.30 pagi Tempat : Dewan syeikh Sya'rawi (Wisma Darul Ridzuan A) Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Moga-moga kita diberi kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Mumtaz Akhlak, Mumtaz Imtihan

Ada apa pada mumtaz? Andai ilmu tidak diamalkan. Apa guna dapat mumtaz? Andai akhlak diringan-ringankan. Realiti Realiti mahasiswa dan mahasiswi Islam kini kurang menitikberatkan kepentingan adab dan akhlak dalam kehidupan. Rata-rata mahasiswa lebih mengejar kejayaan sehingga terlupa bahawa akhlak perlu diutamakan. Akhlak Punca Kejayaan Seseorang itu tidak dikatakan berjaya sehingga dapat seiringkan dengan akhlak mulia,kerana akhlak penyempurnaan bagi ilmu yang dimiliki. Akhlak Rasulullah S.A.W Saidatina Aishah ketika menjawab persoalan seorang sahabat yang bertanyakan tentang akhlak Baginda Rasulullah s.a.w : “ akhlak baginda sepertimana al-Quran..” Faktor-faktor Kerosakan Akhlak: · Hubungan dengan Allah sangat hambar. · Hilang niat dan tujuan asal datang ke bumi Anbia’ ini. · Memperkecil-kecilkan amalan solat berjemaah. · Menonton filem dan mendengar lagu-lagu yang tidak ada moral and value . · Pergaulan tidak

Ehya al-Jum'ah : Peranan Kita

KAHERAH , 2 Jun - Ehya’ al Jum’ah sekali lagi mengisi ruang rohani kita bersama. Selesai bacaan Yaasin, disambung seperti biasa dengan tazkirah ringkas. Pentazkirah kali ini adalah saudara Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil yang merupakan pemangku pengerusi penasihat KPIPM pada sesi ini. Beliau juga merupakan penuntut Universiti al-Azhar tahun akhir, syu’bah Akidah Falsafah, Kaherah. Beliau menyebutkan berkenaan tentang kesedaran kita yang sedang menuntut di bumi Anbiya’ ini. “Hijrah pertama oleh umat Islam adalah berhijrah ke Habsyah. Seramai empat belas orang terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan selebihnya adalah kaum wanita. Tujuan hijrah untuk menyebarkan Islam”. Beliau cuba mengimbau sirah awal Islam. “Hari ini kita datang Mesir bukan hanya suka-suka tetapi matlamat kita untuk menyebarkan Islam di Malaysia kelak”. Beliau akhiri dengan berpesan kepada hadirin yang hadir. Majlis diteruskan dengan solat Sunat Hifzi yang diimamkan oleh saudara Muhammad Farid bin Safi