Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN DI MESIR : ISU BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015 ISU  BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH      Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut : 1. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua BKAN. 2. BKAN memohon pihak kedutaan agar me

Ifthar Jama'ie 2015 : Bukti Kebersamaan Antara BKAN

Ifthor Jamaie 2015 : Bukti Kebersamaan Antara BKAN HAYYU ‘ASYIR : 11 Julai 2015 :- Suasana Ramadhan 1436H di Mesir terus meriah dengan penganjuran Ifthor Jamaie yang dianjurkan bersama seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), Pertubuhan Ikatan Lepasan  Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia dan Muslim Care Malaysia Society.      Program yang dimulakan pada 6.15 petang di Dataran Hayyu Asyir dengan slot Sembang Santai bersama Ustaz Muhamad Hakimi Bin Hussin, Mantan AJKT BKASM ini berjaya mengumpulkan hampir 900 orang warga Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa/wi dan Pegawai-pegawai Atase Pendidikan Negeri. Dengan kerjasama yang ditunjukkan menggambarkan bukti kebersamaan antara BKAN dalam memberikan khidmat kebajikan kepada ahli. Dalam masa yang sama, BKAN terus berusaha menerapkan aspek takaaful iaitu saling bantu-membantu sesama muslim sesuai dengan tarbiyyah Ramadhan yang menyeru kepada kesamarataan sesama muslim.      Penganjur turut membawakan kepada hadirin yang hadir sa

BADAR KUBRA : KEYAKINAN PUNCA KEMENANGAN

BADAR KUBRA:  KEYAKINAN PUNCA KEMENANGAN      Peperangan Badar Kubra banyak memberikan pengajaran serta pedoman buat umat Islam dalam menghayati erti Ramadan yang sebenar. Kesungguhan para sahabat ketika itu dalam mempertahankan agama dan negara dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman: (وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ) “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu) .”  [Surat Ali Imran : 123]      Sungguhpun kerajaan Islam di Madinah baru sahaja berusia dua tahun, namun perjuangan demi mempertahankan agama juga negara yang dibina hasil kesungguhan hijrah Rasulullah ﷺ tetap diteruskan. Walaupun dalam keadaan kekurangan dari sudut kelengkapan perang dan jumlah tentera