Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

MESRA'16 | Keberjayaan Tema "Pumpunan Kasih, Cerminan Ukhwah"

KAHERAH - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program yang dinamakan Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir (MESRA'16). MESRA'16 yang berkonsepkan "retro"  telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula dari 9 sehingga 14 Februari 2016 bertempat di Wisma Darul Ridzuan. Program yang bertemakan "Pumpunan Kasih, Cerminan Ukhuwah"  ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu memupuk semangat kesukanan dalam kalangan ahli, meluaskan capaian thaqafah anak-anak Perak dalam ilmu kontemporari, mencungkil bakat anak-anak Perak dalam pelbagai bidang dan kemahiran serta mengukuhkan silaturrahim dan semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.      MESRA'16 bermula pada hari Selasa, 9 Februari 2016 bersamaan 29 Rabi'ul Akhir 1437 H jam 9.00 pagi dengan aktiviti explor

DAURAH'16 | "KEMANTAPAN ILMUWAN TERAS NAHDHAH ISLAMIAH"

KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program ilmiah selama empat hari bermula dari 31 Januari sehingga 3 Februari 2016 di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang  diberi nama Daurah Fashlus Syita’ KPIPM (DAURAH ’16) diadakan bagi menambah thaqafah dan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan ahli KPIPM.            Program yang bertemakan ‘Kemantapan Ilmuwan Teras Nahdhah Islamiah’ ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada program kali ini iaitu memperkasakan medium sebaran ilmu turathi dan kontemporari kepada ahli serta memaksimumkan suasana ilmu di samping mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli KPIPM.            Program ini bermula selepas solat Subuh pada hari Ahad, 31 Januari 2016 seawal jam 6.30 pagi dengan Daurah Kitab Fiqh Mar’ah (Al-Ibanah wal Ifadhoh). Kitab ini dikupas oleh Ustaz Khairul Faris bin Abdul Aziz, Mahasiswa Tahun 4

PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk 2016 (PEMOHON KALI PERTAMA)

MAKLUMAN |  PEMBUKAAN PERMOHONAN DERMASISWA MAIPk 2016 PERMOHONAN DERMASISWA ZAKAT (FISABILILLAH) MAJLIS AGAMA ISLAM & 'ADAT ISTIADAT MELAYU PERAK BAGI MAHASISWA/WI PERAK PENGAJIAN ISLAM, SAINS KESIHATAN DAN LAIN-LAIN TELAH DIBUKA PADA : 15 FEBRUARI 2016 HINGGA 14 MAC 2016, KHUSUS UNTUK PERMOHONAN (KALI PERTAMA) Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat (Fisabillah) MAIPk telah dibuka. Bagi sesiapa yang ingin memohon : Sila layari : www.maiamp.gov.my/dermasiswa untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu para pemohon dikehendaki : 1. Mengemaskini borang online terlebih dahulu di laman web: www.maiamp.gov.my/dermasiswa 2. Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang online ini dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3. Sila cetak (print) borang permohonan online anda yang telah lengkap, kemudian lampirkan dokumen-dokumen berikut: (1) SALINAN SURAT BERAN

YDP-YDP BKAN | ISU KEGAGALAN PENDAFTARAN 138 ORANG PELAJAR KE MAAHAD QIRAAT

KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) ISU KEGAGALAN PENDAFTARAN 138 ORANG PELAJAR KE MAAHAD QIRAAT 1. YDP-YDP BKAN mengambil perhatian serius berkaitan isu kegagalan mendaftarkan 138 orang pelajar Malaysia ke Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra dan Mansurah. Justeru, satu pertemuan khas disusun pada petang ini dengan menjemput Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Shoubra, Muhammad Shahid Izzudin Bin Mohd Zulkafli untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan permasalahan ini. 2. YDP-YDP BKAN meneliti dengan dekat usaha berterusan pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah (KBMK) melalui Education Malaysia Egypt (EME) dalam menyelesaikan permasalahan ini. Namun, beberapa solusi yang dicadangkan oleh pihak KBMK dan EME kepada para pelajar dalam taklimat yang diadakan pada 31 Januari 2016 lalu dilihat membebankan para pelajar dengan jumlah kos yang perlu ditanggung. 3. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi DPM Shoubra, Mesyuarat YDP-YDP BKA

PROGRAM THAQAFAH | KENYATAAN BERSAMA YDP-YDP BKAN DI MESIR

[KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR] Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Jumaat bertarikh 05 Febuari 2016 di Wisma Sultan Muhammad Ke-V, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Iman bin Fadzil, YDP Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)  adalah bertujuan membincangkan gerak kerja secara bersama bagi kelangsungan aktiviti-aktiviti Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).   Mesyuarat telah mencapai kata sepakat untuk menganjurkan program bersama bagi meningkatkan pengetahuan (thaqafah) ahli khusus kepada mahasiswa baru (sesi kedatangan 2015/2016). Justeru, mesyuarat bersetuju untuk melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah program bagi menggerakkan program bersama ini sebagaimana berikut : Pengarah  : Muhammad Ezzani Bin Ismail (Ahli BKASM) Timbalan Pengarah  : Intan Nabihah Binti Suhaimi (Ahli MKKK) Maklumat lanjut berkaitan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.