Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Pengislahan Wisma Darul Ridzuan Mencatat Sejarah

KAHERAH, 9 November 2013 - Sekali lagi mencatat peristiwa dalam sorotan sejarah KPIPM, Wisma Darul Ridzuan A kali ini menjalani proses pembaikpulihan selepas kali terakhir dibaiki pada akhir tahun 2008. Perpindahan barangan penghuni wisma telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi sehingga malam. Akhawat berpindah ke Syaqah 5 Wisma B, manakala ikhwah pula berpindah ke 3 buah rumah sewa yang berada sekitar kawasan Sabi'. Segala urusan pembaikpulihan wisma ini adalah di bawah tanggungjawab Syarikat Al-Attal. Ucapan tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua barisan kepimpinan KPIPM, Pegawai HEP Mesir serta seluruh ahli KPIPM, ikhwah mahupun akhawat yang bertungkus-lumus dalam menjayakan proses gotong-royong serta pemindahan barang dari Wisma A. Tautan ukhuwah telah terzahir melalui bantuan seluruh ahli. Semoga ukhuwah antara semua ahli semakin kukuh dan diberkati Allah. "BERILMU, BERAMAL, IKHLAS" "MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"

Musim Sejuk Bukan Penghalang Untuk Ke Kuliah

Akademik merupakan satu pencapaian yang penting dalam kehidupan kita yang dinamakan pelajar. Dengan pencapaian akademik yang kita perolehi, akan  menentukan hala tuju hidup kita seterusnya ke manakah kita selepas ini walaupun sememangnya hakikat penentuan kehidupan pada kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t ada menekankan kepada kita akan suruhan untuk kita untuk menuntut ilmu. Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia') عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.  (ابن ماجه وغيره) Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya) Nabi s.a.w menyebut lagi dalam Darul Qutni mafhumnya : “Syaitan paling takut keat

Program Ramah Mesra Asnaf Ibnu Sabil MAIPk 2013: Kedatangan Bakal Mahasiswa Mesir

Ipoh, 4 November 2013 – Satu program telah diadakan baru-baru ini bersempena dengan kedatangan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke bumi Mesir tidak lama lagi. Program yang dinamakan Program Ramah Mesra Asnaf Ibnu Sabil itu bertempat Kompleks Islam Darul Ridzuan dengan tujuan memberikan pendedahan berkenaan dengan dermasiswa serta taklimat penerbangan. Antara yang berucap pada program tersebut ialah Ustaz Muhd Bakri Bin Li selaku wakil MAIPk dan wakil KPIPM di Malaysia, Ustaz Hakimi Bin Abdul Hamid. Kehadiran pelajar pada program tersebut amat menggalakkan iaitu sekitar 30 orang.   Wakil KPIPM, Ustaz Hakimi Bin Abdul Hamid memberikan ucapan. “BERILMU BERAMAL IKHLAS” “MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”