Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Usrah Indoor Games Peringkat Kaherah

Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM akan mengadakan Usrah Indoor Games (muzakarah berkelompok peringkat Kaherah). Program akan berlangsung di Wisma Darul Ridzuan A& B pada 29 & 30 Jun 2012 ini jam 8 pagi. Antara aktiviti-aktiviti menarik ialah table tennis, scrabble, chess, congkak. 29 Jun 2012 : aktiviti akhawat 30 Jun 2012 : aktiviti ikhwah Sama-sama kita eratkan jalinan ukhuwah di halaman riadhah ini.

Daurah Musim Panas Kembali Lagi

Di bawah Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM akan mengadakan Daurah Sempena Musim Panas pada 1-5 Julai 2012 ini. Nantikan kemunculannya mengisi musim cuti anda.

Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA) Kembali Lagi

Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA) Kembali Lagi ! kami mengalu-alukan sumbangan daripada seluruh ahli KPIPM di perlembahan Nil ini yang sudi menghulurkan sumbangan. Sumbangan boleh dihulurkan kepada wakil kami : Saudara Amar Arif : +201122909385 Saudara Sufi Hanifah : +201115459049 Saudari Farhana Ali : +201116421360 Saudari Nabila mokhtar : +201119784628 KRITERIA BARANG *Pakaian khas musim panas *Aksesori-aksesori *Jubah, kemeja, seluar dan lain-lain *Hendaklah barangan itu tidak rosak/tidak koyak/boleh digunakan lagi/bernilai

Perubahan Tarikh Summer Trip MEMORI '12 kepada 30 Jun Ini

Perubahan Tarikh Jaulah Akhawat KPIPM ke Mansurah dan Dumyat   Tarikh yang dijadualkan pada 7 Julai 2012 telah bertukar ke 30 Jun 2012 dengan sebab-sebab tertentu. Sehubungan itu, bagi mereka yang berminat boleh segera mendaftarkan diri sebelum 28 Jun ini. Sebarkan

تهنئة قلبية خاصة | Sekalung Tahniah Buat Dr. Mursi, Presiden Mesir

تتقدم الجمعية الملايوية بجمهورية مصر العربية بأحرى التهانى القلبية إلى السيد الرئيس : د. محمد مرسى وذلك بمناسبة فوزه فى الإنتخابات الرئاسية الأولى بعد الثورة 25 يناير رئيسا لــ جمهوريه مصر العربيه أكبر دولة عربية فى الشرق الأوسط . ونسأل الله العظيم رب العرش الكريم لكم دوام التقدم لصالح مصر والأمة العربية والإسلامية جميعا ولها تأثيرا عميقا فى تكوين دول الإسلامية الأخرى فى العالم. ونتمنى لكم التوفيق فى رفع راية الحرية والعدالة وفقكم الله وسدد خطاكم وإلى الأمام دائما -------------------------------------------------------------------------------------------------- Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan sekalung  tahniah buat Dr. Muhammad Mursi, yang diumumkan sebagai Presiden baru Mesir di atas kemenangan pilihan raya pertama kali selepas revolusi 25 januari. Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kebaikan untuk Mesir dan masyarakat arab serta seluruh dunia Islam. Semoga hasil kemenangan ini memberikan kesan yang besar kepada pembentukan nega

Diplomasi Menurut Perspektif Islam - Siri 1

Diplomasi merupakan hubungan dua hala yang dijalinkan oleh sekurang-kurangnya dua pihak untuk bertukar-tukar kepentingan/kebaikan secara bersama, sama ada kebaikan itu datang dari sudut agama, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Islam mengakui bahawa manusia itu adalah makhluk ciptaan yang lemah dan tidak mampu hidup secara bersendirian. Oleh yang demikian mereka memerlukan partner, rakan kongsi, individu-individu ataupun pihak-pihak lain yang dapat bekerjasama dalam memastikan keselesaan, keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka dapat dicapai dengan baik. Dalam mewujudkan jalinan kerjasama ini, Islam telah meletakkan beberapa syarat ataupun garis panduan agar hubungan yang dijalinkan ini tidak melanggari 5 maqasid yang telah ditetapkan oleh syarak bertujuan untuk menjaga agama, maruah/diri, akal, keturunan dan harta. Begitu juga dalam konteks kenegaraan, setiap negara bebas untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mereka sukai s

KEMBARA '12 Pasti Memukau Anda

Anda sedang memikirkan aktiviti di musim cuti ini?? Di bawah Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM akan mengadakan Jaulah ke Matruh dan Siwa pada 16-18 Julai 2012. Antara tempat-tempat menarik yang akan dilawati ialah muzium Rommel, Hamman Cleopatra, Pantai Agiba, Jabal Mauta dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik menanti anda di sana. Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti jaulah ini, sila daftarkan nama anda segera SEBELUM tarikh tutup pada 10 Julai 2012 . Pendaftaran hanya LE300.00 sahaja. Serahkan butiran diri anda kepada Zulhelmi bin Badiuzzaman di talian +201123210082. Penyertaan hanya dibuka kepada IKHWAH SAHAJA.

Ribat KPIPM : Isu Umat Islam Dicakna Menuju Ramadhan

KAHERAH , 22 Jun – Sempena menyambut bulan Sya’ban yang mulia ini, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah mengadakan Program Ehya’ Jum’ah yang dikelolai oleh Biro Dakwah Dan Tarbiah KPIPM. Program yang melibatkan seluruh anak Perak yang menuntut di bumi Anbiya’ ini adalah bertujuan untuk melahirkan golongan mahasiswa yang berperibadi unggul seiring dengan usul yang dibawa oleh KPIPM pada tahun ini. Selesai solat Maghrib berjemaah, program yang bertempat di Wisma Darul Ridzuan A telah dimulakan dengan alunan burdah secara beramai-ramai. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Adil bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah KPIPM 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Ikmal Fikri Bin Mah Ali mahasiswa pengajian Syariah Islamiah tahun satu Universiti Al-Azhar Kaherah bagi mengepalai bacaan yaasin pada malam  itu. Selesai bacaan yaasin, program pada malam itu diteruskan lagi dengan penyampaian tazkirah oleh saudari Nur Shuhada Bin

Percanggahan Maklumat Mengenai Kematian Mubarak

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Mamduh Syahin kepada "CNN", berita kematian Mubarak adalah tidak benar. Kata beliau "Dia tidak mati seperti yang dilaporkan, tetapi kesihatan beliau semakin merosot dan dia berada dalam keadaan kritikal." Laporan ini bercanggah dengan Agensi Berita Timur Tengah yang mengatakan bahawa Husni Mubarak telah meninggal dunia selepas diserang strok dan dikejarkan ke hospital semalam (selasa). Sumber :   CNN Sumber :  map2care.blogspot.com

Menuju Cahaya

Di desa Aku terus hanyut dibuai angin-angin lama Hembusannya indah melekat di jiwa Bunyiannya indah menenangkan jiwa muda Ukhwah terasa walau baru berjumpa seketika  Di kota Bahangnya terasa walau di bawah tiupan gergasi tiga Hati gelisah walau menghadap yang Maha Esa Manusia berjalan tidak kenal siapa Menongkah jalan mencari redha manusia Kini aku musafir  merentas benua Ke bumi Mesir bertalaqqi dan membina jiwa Mencari yang hakiki untuk cicipan anak muda Negara Kita harapan masyarakat desa dan kota Tanamkan tekad pasangkan cita-cita Aku pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara. Disediakan oleh : el_zahra' Usuluddin, Kaherah Sumber :   kelappmram.blogspot.com

Tahniah Dengan Kelahiran Cahaya Mata Ketujuh

(sekadar gambar hiasan) KAHERAH, 19 Jun-KPIPM mengucapkan tahniah buat pasangan Ustaz Mohd Nasuha Bin Ismail dan Ustazah Fazidah Bt Daud, Kuliah Usuluddin,tahun dua, Kaherah yang menerima cahaya mata ke 7 semalam. Puteri  seberat 3.3kg itu selamat dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Ar-Rahmah Misr El-Jadidah pada tanggal 28 Rejab 1433H bersamaan 18 Jun 2012 pada jam 3.55 petang. Sehingga kini, seperti dilaporkan bayi masih berada di Hopital dan akan pulang ke rumah  tengah hari ini. “Kita mengucapkan syukur kepada Allah dengan memberikan nikmat zuriat seorang puteri kepada pasangan ustaz Nasuha, Semoga hidup lebih diberkati dengan kehadiran puteri kesayangan.” Ujar Saudara Mohammad Omar, YDP KPIPM ketika dihubungi.  Semoga zuriat yang dikurniakan menjadi srikandi buat agama.

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan Kemasukan Al-Azhar (Imtihan Qabul)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada sekalian makhluk. Seterusnya,dapat meneruskan kehidupan dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini. Sahabat bakal generasi Al-Azhar, Kami bagi pihak Keluarga pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) mengucapkan semoga berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan kemasukan Al-Azhar (Imtihan Qabul)kepada pelajar negeri perak yang akan mendudukinya. Seperti dijadualkan peperiksaan kemasukan Al-Azhar (imtihan qabul) bagi pelajar negeri Perak bersama negeri Kedah dan Perlis akan berlangsung pada 20 Jun 2012, Rabu yang bertempat di Kolej Islam As-Sofa Ampang, Selangor. Firman Allah SWT yang bermaksud:- “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan: "Kami telah beriman, sedang merekatidak diuji lagi? Dan sesungguhnya

Sabar Menempuh Dugaan

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun”  [QS Al-Baqarah: 155 - 156] Siswa siswi dirahmati Allah SWT, untuk mengatasi segala ujian dan cubaan ini, tatkala mendekati usia baligh manusia diberi dua kekuatan oleh Allah SWT. Kekuatan pertama ialah kekuatan hidayah untuk mengetahui kebenaran secara tepat. Manakala  kekuatan kedua adalah sabar sebagai pelengkap bagi kekuatan pertama yang akan membantu dan menampungnya untuk melawan  hawa nafsu dan godaan syaitan.  Sabar terbahagi kepada 3 bahagian: 1. Sabar terhadap perintah, dengan jalan mentaatinya. Sabar dalam ketaatan merupakan sabar terhadap tugasan  yang amat berat. Seseorang yang taat dan patuh memerlukan sabar dalam tiga keadaan : Pertama : Sabar sebelum ketaa

Hilangnya Mutiara Pejuang, Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman

7 JUN 2012 -Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman seorang murabbi yang melalui liku kehidupan dengan  sentiasa merasai kenikmatan ilmu tidak kira di bumi sendiri ataupun di tanah asing. Ketokohan kepimpinannya mula menyinar semenjak usia muda lagi dengan penglibatan beliau dalam organisasi. Dalam usia 15 tahun lagi, kepercayaan telah diberikan pada beliau apabila dilantik Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah sebagai Penolong Setiauasa . Kepimpinannya tidak hanya dilenturi begitu sahaja bahkan terus diasak kemampuannya sebagai pemimpin dalam Jawatankuasa Biro Kebajikan, Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada tahun 1961 dan telah bertukar nama kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada tahun 1971. Beliau juga pernah memegang amanah selaku Setiausaha Biro Pendidikan tahun 1962 dan pada tahun 1963, beliau diamanahkan menjadi wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa. Langkahannya pernah berlegar sekitar bumi Nabi Musa ini bukan hanya se

Ribat KPIPM Sempena Israk dan Mikraj

Ribat KPIPM  Qiamullail Perdana  Hari Jumaat  2 Sya'ban 1433 H / 22 Jun 2012 Jam 2.20 Pagi  Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A TAZKIRAH SUBUH  Sempena  Israk Mikraj , Ramadhan dan Isu semasa Umat Islam Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim  (Penasihat PMRAM 2012)

Penghayatan Israk Dan Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selaut kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, atas kurniaan nikmat Iman dan Islam, buat seluruh hambanya dalam melakukan amal ibadah dan ketaatan sehari-hari. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti Baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Sejarah Yang Dirakamkan Dalam Al-Quran Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami ber

Israk dan Mikraj : Perintis Bukti Ketaatan Hamba Kepada Pencipta

Sudah lumrah kehidupan seorang hamba untuk sentiasa melaksanakan segala suruhan dan perintah tuannya. Ini adalah dengan ketaatan yang sepenuhnya akan menjamin kehidupannya senang tanpa sebarang kesulitan. Namun begitu, andai sebaliknya berlaku sudah pasti akan wujud pelbagai kesulitan akibat keingkarannya dalam mematuhi perintah dan arahan. Tarikh 27 Rejab merupakan detik bersejarah bagi umat Islam kerana bermulanya satu pensyariatan kepada umat Islam. Pensyariatan tersebut ini terkandung dalam Rukun Islam kedua iaitu "Menunaikan solat lima waktu sehari semalam". Peristiwa Israk dan Mikraj seringkali menjadi kisah untuk diteladani apakah intipati dan ibrah yang boleh dijadikan sebagai peringatan kepada umat Islam. Apabila  kita menghayati segala pengalaman dilalui oleh Nabi Muhammad SAW sudah pasti akan menjentik minda dan akal untuk meyakini betapa kasihnya Allah SWT pada Rasulullah SAW. Segala kesulitan sepanjang menyampaikan dakwah, telah mengajar Bag

Perbincangan Mengenai Jika Pilihanraya Berlaku Pada Musim Haji

Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat. HUKUM MENGERJAKAN HAJI Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW : “Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.”   – Bukhari dan Muslim Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah