Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

KEMAS 09 Berjalan Lancar

KAHERAH, 29 JUN - Kembara Matruh dan Siwa yang telah dianjurkan bersama oleh Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Syibin, hari ini telah selamat pulang ke Kaherah. Program rehlah yang bermula pada 27 Jun ini, telah disertai seramai 29 orang peserta dan Adhoc. Program ini telah mensasarkan beberapa objektif utama, iaitu memperlihatkan kebesaran Allah SWT melalui keindahan ciptaanNya. Selain itu, program ini turut disertai oleh beberapa orang dari Kedah dan Kuala Lumpur, dan kebanyakannya dari Perak sendiri dan Syibin. Program ini bermula pada 27 Jun, dengan berpusat di Rumah Perak Sementara. Peserta mula tiba di perkarangan rumah Perak, pada malam hari sebelumnya lagi. Pada keesokannya, peserta bertolak seawal jam 7 pagi lagi. Setelah beberapa hari di Matruh dan Siwa, peserta bertolak pulang pada 29 Jun, dan tiba di perkarangan Rumah Perak Sementara pada jam 7.50 malam. Di kesempatan ini, Ketua Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah KPIPM, Us Muh

Bengkel Protokol Majlis Berjaya Dilaksanakan

KAHERAH, 25 JUN - Program Pemantapan DUAT sudah sekian lama dilaksanakan di dalam KPIPM. Alhamdulillah, pelaksanaannya yang teratur telah membuahkan hasil. Objektif Program Pemantapan DUAT (PEMANDU) adalah bertujuan melahirkan generasi pimpinan pelapis KPIPM, seterusnya sebagai latihan kepimpinan ahli. Hari ini, DUAT sekali lagi telah menganjurkan Siri PEMANDU yang berbentuk bengkel. Bengkel kali ini ialah Bengkel Protokol Majlis. Seperti biasa, setiap malam Jumaat, Biro Dakwah dan Tarbiah akan mengadakan bacaan Yasin dan Tazkirah. Pada malam ini, tazkirah telah disampaikan oleh Us Muhammad Azrul bin Ismail, wakil Badan Pengurus PMRAM. Tazkirah ini sebagai permulaan program bengkel ini. Setelah selesai Solat Isya berjemaah, bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Kemudian disusuli dengan Bengkel Protokol Majlis yang telah dibentang oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud, Mantan Badan Pengurus PMRAM, dan Mantan Yang Dipert

Penyerahan Dermasiswa 27 Jun Ini

KAHERAH, 25 JUN - KPIPM selama ini menjadi perantara dalam memudahkan urusan dermasiswa mahasiswa mesir. Alhamdulillah pada tahun ini, penyerahan akan dibuat dalam masa yang terdekat. Hari ini, Setiausaha Agung KPIPM, Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman telah menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Beliau telah dimaklumkan bahawa penyerahan dermasiswa akan dibuat pada 27 Jun ini. Beliau meminta kepada semua ahli KPIPM supaya memastikan surat daripada MAIAMPk sampai di rumah, untuk mendapatkan keputusan penyerahan dan kelulusan dermasiswa tersebut. Beliau berkata kepada Wartawan Blog bahawa surat yang dihantar oleh MAIAMPk tentang penyerahan tersebut menunjukkan bahawa penerima tersebut telah mendapat kelulusan untuk menerima dermasiswa pada 27 Jun ini. Manakala, sekiranya tidak menerima sebarang surat, diharap dapat menghubungi MAIAMPk terus untuk mendapatkan kepastian. Ruang rayuan masih belum dibuka lagi.

Dua Lagi Bayi Diberi Nama

ISKANDARIAH, 24 JUN - Dalam bulan ini, KPIPM telah menerima dua cahaya mata, dan seorang cahaya mata pada bulan lalu. Seorang daripada mereka dilahirkan di Kaherah, dan selebihnya di Iskandariah. Kedua-dua cahaya mata yang dilahirkan di Iskandariah itu, telah diberi nama Nurin Hani'ah binti Hamdi, bagi pasangan Siti Zalikha dan Hamdi bin Ali. Manakala seorang lagi diberi nama Nur Shahidah Nafisah binti Mohd Khairi, bagi pasangan Fatimah Zahra dan Mohd Khairi. Manaka di Kaherah pula, diberi nama Affaf binti Mohd Khairi, bagi pasangan Mohd Khairi dan Nur Syakirah. Alhamdulillah, ketiga-tiga pasangan ini telah diziarahi oleh Ahli Jawatankuasa HEWI di kesempatan mereka berada di sana sebelum ini. Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah juga sempat memberikan sumbangan ikhlas daripada KPIPM, ketika menjalankan ziarah tersebut. Wartawan blog berjaya menghubungi Yang Dipertua KPIPM, dan beliau mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pasangan tersebut. "Alhamdulillah, ketiga-

AJK HEWI Mengadakan Ziarah Ke Iskandariah dan Mansurah

KAHERAH, 24 JUN - Menziarahi ahli sudah menjadi rutin bagi kehidupan sebagai seorang muslim. Bahkan ia juga sangat digalakkan oleh Islam dan juga menjadi salah satu cara mengeratkan sillaturrahim. Pada 18 dan 19 Jun lalu, Ahli Jawatankuasa HEWI, telah mengadakan ziarah ke dua buah muhafazah. Muhafazah tersebut ialah Mansurah dan Iskandariah. Ziarah ke Iskandariah bermula pada 18 Jun lalu oleh 3 orang HEWI. Di sana, mereka sempat menziarahi 6 buah rumah mutazawwijin, Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Iskandariah dan beberapa buah rumah ahli yang lain. Ziarah di sana tamat pada 21 Jun lalu. Manakala Mansurah pula, bermula pada 19 Jun, seramai 4 orang HEWI yang lain. Mereka sempat menziarahi sebanyak 4 buah rumah mutazawwijin, Markas Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah dan 8 buah rumah ahli yang lain. Mereka bertolak pulang pada 21 Jun yang lalu.

Kunci Kejayaan Individu Muslim

Sebagai manusia dan makhluk ciptaan Allah semuanya menginginkan kejayaan. Tapi, adakah kita berusaha untuk mendapatkan kejayaan tersebut dan mungkin kejayaan itu sudah hampir dengan kita tapi adakah kita sudah berusaha supaya ia sentiasa mendampingi kita. Dan mungkin juga kejayaan itu sudah ada bersama dengan diri kita tapi kita tidak berusaha membuka kunci kejayaan tersebut . Jadi, untuk membuka kejayaan itu bukannya mudah, banyak kunci diperlukan. Antaranya adalah : - Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan rasulNya. - Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan. - Kunci syurga adalah mengESAkan Allah. - Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluknya. - Kunci kebaikan adalah kejujuran. - Kunci kehidupan hati adalah merenungkan ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa di malam di malam hari dan meniggalkan perbuatan dosa. - Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik. - Kunc

Majlis Tahnik Affaf binti Mohd Khairi

KAHERAH, 17 JUN - Kehadiran cahayamata bagi Ustaz Khairi dan Ustazah Syakirah, telah dimeriahkan lagi dengan Majlis Tahnik yang diadakan siang tadi. Majlis Tahnik yang diadakan kecil-kecilan tersebut turut dihadiri oleh YDP KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Majlis tersebut bermula pada jam 10.40 pagi dengan dimulakan dengan tahnik. Kemudian diakhiri dengan selawat. Pada akhir majlis tersebut, Us Khairi mengumumkan nama bagi anak perempuannya, yang diberi nama 'Affaf binti Mohd Khairi. Majlis selesai pada jam 12.15 tengahari.

Ziarah Ustaz Khairi

KAHERAH, 12 JUN - Ziarah menziarahi adalah amalan yang dituntut di dalam Islam. Pada Program Muhasabah Separuh Penggal lalu, ahli KPIPM menekankan supaya amalan ziarah perlu dipertingkatkan di kalangan ahli KPIPM. Hari ini, Ahli Jawatankuasa Tadbir telah menjalankan ziarah mingguan ke rumah ahli seperti biasa yang dijalankan pada setiap Hari Jumaat. Pada hari ini, ziarah telah dijalankan ke rumah Ustaz Khairi, berbetulan cahaya mata yang baru diterimanya. Ziarah yang bermula selepas asar itu turut disertai oleh beberapa orang ahli, dan selesai sekitar maghrib. Ziarah yang telah dijalankan selama sebulan ini, telah dijalankan ke beberapa buah rumah di sekitar Kaherah. Alhamdulillah, ziarah ini mendapat sambutan oleh tuan rumah dan dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama ahli.

KPIPM Dikurniakan Dua Bayi Perempuan

KAHERAH, 12 JUN - Kelahiran di Bumi Mesir adalah satu keberkatan yang jarang diperolehi oleh semua manusia. Bumi tinggalan para Nabi ini, begitu banyak sejarah yang menceritakan tentangnya, sehinggalah ia juga diwarisi oleh ulama-ulama' sepanjang zaman. Pada 7 Jun, seorang bayi telah dilahirkan di Hospital al Imam, Mandarah, Iskandariah. Bayi yang seberat 2.5 kg ini menambahkan seri rumahtangga Ustazah Zalikah binti Othman, dan suaminya, Ustaz Ahmad Hamdi bin Ali. Ustazah Zalikha adalah seorang ahli bersekutu KPIPM, selamat melahirkan bayi perempuan tersebut pada jam 2.20 pagi. Segala seliaan tentang persalinan tersebut banyak dibantu oleh Unit Mutazawwijin Iskandariah. Manakala pada 10 Jun, seorang lagi ahli KPIPM menerima cahaya mata yang seberat 2.7 kg. Ustaz Khairi bin Abdullah dan isterinya, Ustazah Syakirah binti Mohd Ali menerima cahaya mata tersebut pada jam 10 pagi pada hari tersebut. Bayi perempuan tersebut dilahirkan di Hospital Taufiqiah, Abbas Aqqad, Haiyu Thamin.

Kelas Tafaqquh Semakin Rancak

KAHERAH, 8 JUN - Kelas tafaqquh telah bermula pada 27 Jun 2009 dengan dimulai dengan pengajian at Tibyan Fi Adabi Hamlatil Quran yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Azrul bin Ismail. Kemudian disusuli pula dengan pengajian kitab baru, Taqrirat as Sadidah yang disampaikan oleh Ustaz Shahrizan bin Hazime, dan Kitab Jauharah Tauhid oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil. Kelas pengajian tafaaquh masih berjalan seperti biasa sehingga hari ini. Manakala kelas pagi pula, diisi dengan pengajian Jauharah Tauhid dan kelas khusus untuk HEWI. Selain itu, kelas khusus untuk HEWI juga telah diatur di sebelah petang mengikut jadual tertentu. Ustazah Nurul Aimi binti Muhammad Razi, pemangku Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah HEWI, telah memberitahu wartawan blog bahawa pengajian untuk HEWI telah berjaya mengkhatamkan dua buah kitab, dan dalam proses pembacaan dua buah kitab lagi. Beliau berkata, kitab yang telah ditamatkan pembacaannya ialah al Mar'atu Bainal Fiqhi Wal Qanun oleh Ustaz

Strategi Diri

Setiap orang ada cara dan gayanya dalam menghadapi sesebuah situasi begitu jugalah yang perlu ada dalam setiap diri seorang mahasiswa/wi Azhari. Dalam erti kata yang lebih mudah untuk difahami ialah “Strategi”. Tambahan pula dalam fatrah untuk menghadapi peperiksaan sudah tentunya akan ada pelbagai cara sama ada dari segi pembelajaran, membuat nota, pembahagian masa dan study group. . Pentingnya strategi ini adalah supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekaligus dapat mengelakkan daripada tekanan ketika peperiksaan semakin hampir. Selain daripada itu ,dengan adanya strategi melatih diri untuk bijak dalam membuat perancangan. . Sepertimana untuk membina sebuah bangunan yang besar mana mungkin ianya dibina tanpa dirangka pelan terlebih dahulu kerana dengan berdasarkan rangkaan pelan itulah yang dapat membantu sepanjang pembinaan bangunan tersebut bukan itu sahaja strategi juga mendorong pemikiran untuk merealisasikan sesuatu dengan lebih kreatif dan kreatis. .

Dua Wakil MAIAMPk Mengikuti Kursus Mufti

KAHERAH, 5 JUN - Pada akhir Bulan April lalu, KPIPM telah dihadiri oleh dua orang wakil MAIAMPk yang mengikuti Kursus Mufti di Darul Ifta Mesir. Mereka berdua yang sedang menginap di Rumah Tamu Kuala Lumpur, mengikuti kursus ini selama tiga bulan. Kedua-dua orang tersebut ialah Ustaz Haris Fadhilah bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, dan Ustaz Suffian bin Abdul Latif, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah. Wartawan Blog menemui Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. Beliau berkata bahawa KPIPM mengalu-alukan kedatangan mereka ke Bumi Mesir. Bahkan KPIPM juga bersedia untuk memberikan sebarang kerjasama dengan mereka. Beliau berkata lagi, bahawa KPIPM akan menyediakan ruang waktu untuk mengadakan majlis ramah mesra bersama mereka selepas peperiksaan, dan mengikut kesesuaian waktu.

Isu Keselamatan, Tanggungjawab Bersama

KAHERAH, 1 JUN - Isu keselamatan yang terjadi sejak kebelakangan ini, semakin merunsingkan banyak pihak. Baru-baru ini Wartawan Blog telah menerima laporan bahawa terdapat kejadian di Hayyu Asyir. Wartawan Blog telah menghubungi Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil untuk mengulas tentang Isu Keselamatan ini. Beliau menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Muiz, tentang perkara ini. Beliau menyatakan bahawa PMRAM meminta kepada semua ahli supaya membawa passport ke mana-mana sahaja. Tambahan pula, mereka yang masih belum memperbaharui passport mereka. Selain itu, beliau menambah lagi bahawa setiap individu diminta supaya tidak berjalan keseorangan walaupun di waktu siang. Bawalah teman bersama. Beliau mengingatkan pihak mahasiswi terutamanya agar tidak keluar rumah tanpa sebarang keperluan. Manakala di waktu malam, mahasiswi sememangnya tidak dibenarkan keluar sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Us Ahmad Ariffin bin Zak

Perancangan Program Fasa Akhir KPIPM

KAHERAH, 31 MEI - Musim Peperiksaan akan berakhir tidak lama lagi, dan KPIPM sedang bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti seperti biasa yang dijalankan selepas peperiksaan. Wartawan blog telah menghubungi Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil, selaku Unit Perancang dan Panatia untuk mendapatkan maklumat tersebut. Beliau berkata bahawa pada fasa akhir ini, KPIPM merancang untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada thaqafah dan ukhuwah, sejajar dengan tema yang dibawa oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sendiri, “Julang Thaqafah, Bakti Dicurah”. Antara yang dirancang ialah Kelas Tafaqquh yang akan bermula pada 20 Jun ini, insya Allah. Beliau berkata bahawa Kelas Tafaqquh diadakan pada sebelah malam, supaya dapat memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pengajian di Masjid al Azhar. Kitab yang diajar akan dimaklumkan kemudian. Beliau menambah lagi bahawa sepertimana yang dirancang, Jaulah Ahli Jawatankuasa yang masih berbaki beberapa cawangan lagi