Thursday, June 11, 2020

LAPORAN PROGRAM CAHAYA RAMADAN DAN SINARAN SYAWAL 2020 (DHIYA'20)

LAPORAN PROGRAM CAHAYA RAMADAN DAN SINARAN SYAWAL 2020 (DHIYA'20)

KAHERAH - Pada 21 April 2020 hingga 25 Mei 2020, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena bulan Ramadan dan Syawal. Program tersebut telah diberi nama Cahaya Ramadan dan Sinaran Syawal 2020 dengan singkatan DHIYA’20. Program ini di bawah seliaan Biro Dakwah & Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian & Riadah KPIPM sesi 2019/2020 dengan bertemakan "Menuju Kilauan Farhatain”.

DHIYA'20 telah bermula pada 27 Syaaban 1441H bersamaan 21 April 2020 pada hari Selasa dengan Edaran Syantah DHIYA'20. Edaran ini bermula pada jam 9 pagi kepada anak-anak perak yang berada di sekitar Kaherah, Mesir. Program diteruskan dengan Perutusan Live DHIYA'20 iaitu pada 30 Syaaban 1441H bersamaan dengan 23 April 2020 pada 4.30 petang di Laman KPIPM oleh Ustaz Muhammad Fahmi bin Zakaria selaku Yang Dipertua KPIPM sesi 2019/2020.

    Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Antaranya ialah pengajian Tafaqquh Fiddin yang diberi nama Madrasah Ar-Rayyan yang mengupas kitab Misbahul Munir iaitu membincangkan tentang ilmu Tauhid. Kitab ini telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Ilmam bin Ismail, Kuliah Dirasat Wal Arabiah .

   Selain itu, terdapat juga aktiviti Sajian Ramadan iaitu pertukaran juadah untuk beberapa rumah yang terlibat. Seterusnya, terdapat juga Maui'zah Ramadan yang telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu tazkirah yang bertajuk "ماذا نريد من رمضان؟" oleh Ustaz Mohamad Farhan bin Mohd Ariff selaku Koordinator Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MG BKAN dan seterusnya pula telah disampaikan oleh Ustazah Siti Hajar binti Ahmad Daud, selaku Timbalan Penyelaras 2 MG BKAN yang bertajuk "Ramadan Anugerah Terindah". DHIYA’20 mengisi hari kebesaran di dalam Islam iaitu Hari Nuzul Quran dengan mengadakan Ceramah Nuzul Quran pada 10 Mei 2020 yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Salleh, selaku Pengarah Badan Hisbah, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2019/2020 dengan tajuk “Guide Us To The Straight Path”

    Di samping itu, DHIYA'20 juga telah mengadakan satu lagi aktiviti yang diberi nama Maidah Rahman iaitu Edaran Iftor khusus buat anak-anak Perak yang berada di sekitar Kaherah, Mesir yang dilakukan sebanyak empat kali iaitu seminggu sekali mengikut pembahagian rumah yang telah disenaraikan. 

   Tambahan lagi, turut diadakan dua pertandingan yang menarik pada Bulan Ramadan iaitu Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Khat serta dua pertandingan pada Bulan Syawal iaitu Pertandingan Videografi khusus bagi Ikhwah dan Pertandingan Fotografi pula khusus bagi Akhawat. Selain itu, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi rumah yang terlibat serta diedarkan moreh. 

    Pada 23 Mei 2020, Majlis Perutusan Syawal Live telah diadakan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang berlangsung pada jam 9 malam oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2019/2020, Ustaz Muhammad Fahmi bin Zakaria. Selain itu, Program DHIYA'20 turut dimeriahkan lagi dengan rancangan Layar DHIYA. Pelbagai rancangan menarik yang disiarkan di dalam rancangan tersebut. Antaranya ialah Perutusan Syawal DHIYA'20, Takbir Raya Aidilfitri daripada Barisan AJKT KPIPM sesi 2019/2020, Video Perbezaan Hari Raya Aidilfitri di Mesir & Malaysia, Tayangan Perdana, Cereka Raya yang bertajuk "Rindu", Video Peristiwa Perang Khandaq, Dapur DHIYA'20 dan Majlis Penutupan DHIYA'20.
 
  Aktiviti DHIYA’20 sudah hampir ke penghujungnya. Pada 2 Syawal 1441 H bersaaman dengan 25 Mei 2020, Majlis Penutupan DHIYA'20 telah dilaksanakan secara siaran langsung. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan. Antaranya ialah sembang santai bersama Pengarah, Perasmian Malam Penutup oleh YDP KPIPM, Tayangan Video Penutup dan Pengumuman Pemenang Pertandingan DHIYA'20. Untuk pertandingan cerpen di peringkat ikhwah, tempat pertama dimenangi oleh Ustaz Munir Izzam Ilyas bin Azmi , tempat kedua pula dimenangi oleh Ustaz Abdul Muiz bin Mohamad Razali, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ustaz Muhd Nur Hafiz bin Musri. Untuk pertandingan khat pula , tempat pertama dimenangi oleh Ustaz Muhammad Umair bin Muhammad Zakuan , tempat kedua dimenangi oleh Ustaz Khairul Naim bin Mohd Razali dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustaz Mohamad Nor Ikmal bin Mohamad Suhaimi . Bagi pertandingan video kreatif raya pula dimenangi oleh Bait Syarnubi dan Bait Syair.

  Kemudian, penyampaian hadiah bagi pertandingan cerpen di peringkat akhawat pula dimenangi oleh Ustazah Nur Amirah binti Alias, tempat kedua pula dimenangi oleh Ustazah Fatin Hakimah binti Marzlidin dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustazah Salwana Sofia binti Ridzwan. Untuk pertandingan khat, tempat pertama dimenangi oleh Ustazah Afiah Najidah binti Ahmad Khalil, tempat kedua dimenangi oleh Ustazah Nur Syafiqah binti Mohd Razali dan tempat ketiga dimenangi oleh Ustazah Nur Izzah Solehah binti Ridzwan. Bagi pertandingan fotografi pula dimenangi oleh Ustazah Nur Hilwana binti Daud, tempat kedua dimenangi oleh Ustazah Nabila binti Mohd Mokhtar, dan tempat ketiga Ustazah Nur Amirah binti Alias.
  Besarlah harapan daripada pihak kami, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2019/2020 agar program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli Perak di bumi Mesir. Segala kerjasama yang baik daripada semua peringkat sama ada secara langsung atau tidak langsung kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira.

“Menuju Kilauan Farhatain”
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh:
Muhammad Solihin bin Ahmad Azhari
Setiausaha Program Cahaya Ramadan dan Sinaran Syawal 2020 (DHIYA’20)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2019/2020.











MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...