Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2015/2016

Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2015/2016.  Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, jawatan Bendahari Kehormat  dipangku sementara oleh Yang Dipertua (Unit Perhubungan Luar & Perancang)  bagi tempoh kekosongan yang ada. BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

FUTSAL MAHABBAH UBM KPIPM: TARIK MINAT ORANG BUJANG UNTUK BERPASANGAN

FUTSAL MAHABBAH UBM KPIPM: TARIK MINAT ORANG BUJANG UNTUK BERPASANGAN Kaherah, 24 Julai - Unit Bait Muslim KPIPM dengan jayanya melaksanakan aktiviti riadah Futsal Mahabbah yang mana disertai oleh ahli mutazawwijin dan ahli KPIPM yang masih bujang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik minat ahli KPIPM yang masih bujang untuk bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Turut hadir dalam program tersebut, Ustaz Munawer Bin Mohamed Noh selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak dan barisan kepimpinan KPIPM yang diketuai oleh Ustaz Khairul Hafiz Bin Razak. Aktiviti ini dimulakan dengan sepak mula perlawanan dan diakhiri dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Pengerusi Unit Bait Muslim KPIPM, Ustaz Muhammad Mu'aaz Bin Ramli dan ucapan daripada Ustaz Khairul Hafiz yang mewakili kepimpinan KPIPM. "Terima kasih kepada seluruh pihak yang menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat membina ukhuwah dalam kalangan mutazawwijin dan ahli KPI

KEMPEN "FREEDOM" | ISU SEMASA TURKI

ISU SEMASA TURKI TERKINI DI TURKI, beberapa jalan dan jambatan telah ditutup oleh pihak tentera tanpa memberikan sebarang sebab kepada penduduk Turki. Lapangan Terbang Ataturk telah ditutup dan semua penerbangan telah dibatalkan. Seluruh penduduk diarahkan untuk pulang ke rumah dan Medan Taksim dikosongkan. Jambatan Bosphorus Istanbul dan Jambatan Sultan Mehmet Fatih juga ditutup oleh pihak tentera. Di Ankara pula, ruang angkasa dipenuhi dengan jet pejuang dan helikopter serta terdapat bunyi tembak-menembak menurut laporan. Pihak ketenteraan di Turki mengumumkan bahawa mereka sedang mengambil alih Turki. Menurut Agensi Dogan, mereka mengeluarkan kenyataan, tindakan tersebut bertujuan untuk membaikpulih negara, hak manusia dan kebebasan. Namun begitu, mereka mengumumkan untuk menjaga kestabilan hubungan bersama seluruh negara lain. Tentera junta kudeta yang ditumpaskan Tentera kudeta ditumpaskan di kompleks Istana Presiden Turki Minoriti dalam Angkatan Tentera mensasarkan

MEMBENTUK GENERASI RABBANI DALAM MADRASAH RAMADAN

IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2016 (IHTIRAM'16) KAHERAH- Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena Bulan Ramadan dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama Ihya’ Tarbawi Ramadan 2016 (IHTIRAM ’16) . Program ini dibawah anjuran Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM sesi 2015/2016. Program ini juga berlangsung dengan jayanya selama sebulan bermula dari 5 Jun sehingga 5 Julai 2016  bertemakan “Madrasah Ramadan Membentuk Generasi Rabbani” dan juga melibatkan keseluruhan ahli KPIPM di Ardhul Kinanah ini. Antara objektif yang digariskan pada kali ini ialah meningkatkan thaqafah dan sahsiah yang terpuji, memantapkan nilai ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli dan melahirkan mahasiswa yang serba boleh dalam mempraktikkan cara hidup Islam melalui Madrasah Ramadan. IHTIRAM ’16 bermula dengan Malam Perasmian Ihya’ Tarbawi Ramadan 1437H yang telah diadakan pada hari Khamis 9 Jun 2016 bersamaan 4 Ramadan 1437H

Makluman Pemangkuan Anggota Badan Penasihat KPIPM

Pemangkuan Anggota Badan Penasihat KPIPM sesi 2015/2016.  Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, jawatan Pengerusi Badan Penasihat dipangku sementara oleh AJK Badan Penasihat (Ustaz Muhamad Hazim bin Mohd Halim) bagi tempoh kekosongan yang ada. BERILMU, BERAMAL, IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"