Sunday, December 28, 2008

Sambutan Aidil Adha 2008


Selesai sahaja solat Hari Raya Aidil Adha ,ahli KPIPM terus berkumpul di perkarangan rumah sementara.2 ekor unta ,seekor kambing dan seekor khuruf sedia menanti saat bilakah mereka akan dikorbankan.

Alhamdulilah penyembelihan pada pagi itu telah disempurnakan oleh Ust Ismail bin Nardin dan juga Ust Mohammad Azizuddin bin Aznan bagi unta manakala untuk khuruf dan kambing disempurnakan oleh Ust Khalil bin Yahya dan Ust Mohamad Amin bin Abd Rahman.

Gotong -royong melapah dijalankan setelah selesai sahaja penyembelihan. Kerjasama ahli KPIPM dalam menjayakan sambutan Aidil Adha pada kali ini amatlah dihargai.Sekitar jam 3.30 petang daging sudah mula diagih-agihkan ke rumah setiap ahli KPIPM di Kaherah.

Friday, December 26, 2008

Malam Perutusan Aidil Adha 2008


Menjadi pengamalan saban tahun ,di saat tibanya Sambutan Hari Raya sama ada I'dul Fitri ataupun I'dul Adha sudah tentu akan dibacakan perutusan oleh Badan Pengurus Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir di setiap Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa ( DPM).

Pada kali ini ,bagi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ( KPIPM) perutusan I'dul Adha daripada Presiden Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir telah disampaikan oleh Badan Pengurus Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir merangkap Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM Al-Fadhil Ust Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim.
.
Perutusan daripada Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir telah disampaikan oleh Al-Fadhilah Ustzah Siti Noorsaniyah Shapiin Ketua UnitKebudayaan,Kesenian dan Kemasyarakatan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM. Pihak KPIPM juga telah mengadakan sedikit jamuan majlis tamat pada malam itu.

Thursday, December 4, 2008

Ayuh, bertindak!

ROKOK

~ Asap yang keluar dari rokok mengandungi gas baracun.
Antaranya : Amonia ( pencuci lantai )
: Karbon monoksida-menurunkan kemampuan tubuh membawa oksigen yang menimbulkan risiko jantung.
: Tar-akan terbentuk pada paru-paru mengakibatkan kanser paru dan bronkitis


~ Tembakau berisi nakotin yang menyebabkan ketagih. Nakotin mempercepatkan denyutan jantung dan meningkatkan tekanan darah.

~ Additive tambahan untuk meningkatkan tahap ketagih.

PENYAKIT KEPADA PEROKOK :
MULUT : Berkurang aliran darah menyebabkan kulit kering dan berkedut.
MATA : Semakin banyak asap menyebabkan ketarak ( kanta mata menjadi gelap sehingga mengaburkan pandangan).
OTAK : Sukar berfungsi kerana nakotin mengubah fungsi otak
PERCERNAAN : Luka pada saluran pecernaan

Siptom Lain:
-MENGURANGKAN STAMINA BADAN
-NAFAS BERBAU BUSUK
-MENGALAMI KEROSAKAN GIGI.
-PENAMPILAN TIDAK MENARIK
-MELESUKAN FIKIRAN
-MENGGANGGU DAN MENYAKITI ORANG LAIN YANG TIDAK MEROKOK

HUKUM MEROKOK
HARAM menurut:
:. MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
:. DAR -IFTA MISRIYAH
:. PENGERUSI AJK FATWA AZHAR


TIPS –TIPS BERHENTI MEROKOK :
~ Azam dan kemahuan untuk berhenti. Cuba secara perlahan-lahan. Pilih satu hari untuk memulainya dan pilih untuk keesokkan harinya dan seterusnya.
~ Cuba menguyah chewing gum, gula-gula dan makanan lain.
~Cari rakan yang tidak merokok.
~Sentiasa bersemangat untuk bebas diri dari merokok.
~Banyakkan memakan buah-buahan dan minum jus buah kerana ia
mengurangkan ketagihan merokok.

Firman Allah :
“Dan belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan jangan menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik”

(Al-Baqarah : 195)

Sunday, November 16, 2008

Maklumat Lokasi Wisma Sementara


Pengislahan Wisma Darul Ridzuan bermula dari tarikh 1 Disember sehingga 6 bulan seterusnya. Dalam masa yang sama pembelian rumah baru dilakukan serentak oleh syarikat kontraktor. Untuk rumah sementara berada di lorong Markaz Nil imarah bernombor 19 tidak jauh dari Wisma Darul Ridzuan. sekiranya terdapat kemusykilan hubungi Yang Dipertua KPIPM 08/09 (Us. Muhammad Mujahid bin Mohamad Fadzil 011-7869112) atau Ketua Biro Perumahan KPIPM ) 08/09 (Us. Fareez Izhar bin Zainuddin 011-5455858).

Program KPIPM akan dilaksanakan di penempatan sementara termasuk program terdekat ini Sambutan Aidul Adha. Ibadah Korban tahun ini kita akan menumbangkan 2 ekor unta, seekor khoruf dan seekor kambing. Justeru itu di jemput kepada sahabat-sahabat untuk sama-sama bergotong -royong dalam meraikan ibadah korban tahun ini. Berkenaan Sambutan Aidul Adha boleh menghubungi (Us Muhammad Azizuddin bin Aznan 010-9574754).

Salam Aidul Adha diucapkan kepada seluruh ahli KPIPM di perlembahan Nil daripada barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM beserta HEWI KPIPM Sesi 2008/2009. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan sebenar.

Sunday, May 4, 2008

Salam Imtihan

Salam teristimewa buat semua,
Gandakan usaha kalian melumati ilmu. Bukan sekadar untuk imtihan didunia malahan bekalan menuju akhirat sana. Betapa susahnya kita menuntut ilmu pastinya disana tersirat kemanisan yang akan dikecapi di akhir nanti. Mahkotakan sabar dalam berjuang kerana kesabaran menjadi milik orang beriman. Mudah-mudahan kejayaan akan berpihak kepada kita insyAllah. ~Admin~

Allhumma najjihna fil imtihan fiddin fiddunya wal akhirah...amin

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...