Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

PENA AZHARI | DAULAH KECIL

 PENA AZHARI | DAULAH KECIL  Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له , وأشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله –صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه وسلم تسليما كثيرا. اللهم ثبتنا, واجعلنا هاديا مهديا. Firman Allah SWT : وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ١٠٥   Maksudnya :”Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan .” (Surah at-Taubah: ayat 105)        Sebuah ungkapan yang sangat signifi

TAZKIRAH JUMAAT | INFAQ, PENGORBANAN HAKIKI DALAM MEDAN DAKWAH

TAZKIRAH JUMAAT | INFAQ, PENGORBANAN HAKIKI DALAM MEDAN DAKWAH Jabatan Fasilitator, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2019/2020   Harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia hanyalah bersifat sementara untuk memenuhi keperluan harian serta rutin kehidupan selaku hamba Allah SWT. Adapun kehendak perlu dikawal dan diatasi dengan baik kerana ia sudah semestinya mempunyai tentangan hebat daripada musuh tegar dari diri seseorang manusia iaitu nafsu.   Namun, bagi pendakwah yang menjadikan hartanya sebagai 'bayaran' untuk berjual beli dan mendapat redha Allah SWT, sudah semestinya diinfaqkan kepada medan dakwah dan perjuangan Islam. Pendakwah yang sering menyumbang khususnya dari sudut harta di medan dakwah meletakkan tujuan besarnya dalam memastikan intipati dakwah dapat disampaikan kepada mad'u dengan lebih lancar, jelas dan memberi impak yang berkesan.   Islam menegaskan bahawasanya berjihad menegakkan agama Allah SWT perlu mencakupi pelbagai sudut dan kekuatan yang

TAZKIRAH JUMAAT | KEISTIMEWAAN FIKRAH ISLAMIAH

  TAZKIRAH JUMAAT | KEISTIMEWAAN FIKRAH ISLAMIAH Jabatan Fasilitator, Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2019/2020 Firman Allah SWT : إِنَّ ٱلدِّینَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ Maksudnya: Sesungguhnya agama   (yang benar dan diredhai) di sisi Allah hanyalah   Islam.   (Surah Ali-Imran : ayat 19) وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ Maksudnya : Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, dan di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. (Surah Ali-Imran : ayat 85)                Allah SWT telah memberikan pilihan kepada manusia samada memilih Islam atau kekufuran. Apabila Allah SWT tidak menerima orang yang mengambil agama selain Islam, maka di akhirat kelak dia termasuk dalam golongan orang yang rugi berdasarkan ayat di atas.                Agama Islam ialah agama yang akan kekal hingga hari akhirat. Sumber-sumber yang syarie iai