Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

KENYATAAN YDP | SOLIDARITI KPIPM BERSAMA BKKIMM

KENYATAAN YDP | SOLIDARITI KPIPM BERSAMA BKKIMM Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan pelbagai nikmat dan rahmat kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda, Nabi Muhammad SAW yang diutuskan olehNya membawa rahmat kepada sekalian alam. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir merupakan sebuah persatuan pelajar yang membawa agenda kesatuan, kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak Melaka di Mesir. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1976, persatuan ini terus utuh menaungi seluruh anak-anak Melaka di Mesir. Namun tanggal 28 Disember 2010 merupakan detik hitam yang berlaku kepada Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, ketika mana pengiktirafannya sebagai sebuah persatuan yang menaungi seluruh anak-anak Melaka telah ditarik oleh Kerajaan Negeri tanpa ada sebab yang jelas. Tragedi hitam ini dirasai oleh Badan Kebajikan Anak Negeri serta membe

PENA AZHARI | MUMTAZ DI SISI ALLAH

PENA AZHARI | MUMTAZ DI SISI ALLAH  Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 الحمد لله الذي بيده الملك وهو على كل شيء قدير, أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, له الملك و له الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البدر الجى و سراج المنير, اللهم صلي وسلم و بارك على سيدنا و حبيبنا و إمامنا و قدوتنا محمد نبي الرحمة و شفيع الأمة, وعلى آله و صحبه ومن تبعه ونصره. Firman Allah SWT: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Az-Zariyat : 56] Salah satu daripada tujuan penciptaan manusia, bahkan tujuan paling utama kita selaku hambaNya adalah untuk beribadat kepadaNya. Ibadat bermaksud mengabdikan diri dengan tunduk, patuh dan merendah diri di hadapan Allah. Tunduk patuh kepada Allah pula bererti menurut segala suruhan-Nya samada yang termaktub di dalam Al-Quran atau yang disampaikan melalui

MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR

MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR Lembaga Tabung Ithar, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2019/2020 Firman Allah SWT: وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡهِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمۡ حَاجَةٗ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِهِمۡ خَصَاصَةٞۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ Maksudnya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [Surah

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2019/2020

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2019/2020 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020 Berikut merupakan pemakluman pemangkuan jawatan Anggota Badan Penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2019/2020:- 🔹Ustaz Hussaini bin Mohamed Hussain (Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2019/2020) +201140151395 Dipangku oleh: 💠Ustaz Mohamad Azri Rusydi bin Mat Zaki (Setiausaha Badan Penasihat KPIPM sesi 2019/2020) +201552104288 __________________________ 💠Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak (Ajk Badan Penasihat KPIPM sesi 2019/2020 ) +201100403093 📍Pemangkuan ini berkuatkuasa mulai 5 Disember 2019 Sebarang urusan berkaitan,sila hubungi pemangku bagi jawatan tersebut. #KPIPMkeluargakita #BersamaBersatuJayakanUsulYDP #BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN MAJLIS KESYUKURAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2019(MKAC'19)

LAPORAN | MAJLIS KESYUKURAN DAN ANUGERAH CEMERLANG 2019 (MKAC’19) JABATAN SETIAUSAHA AGUNG KPIPM SESI 2019/2020 KAHERAH, 26 November 2019 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah menganjurkan program Majlis Kecemerlangan dan Anugerah Cemerlang   2019 (MKAC’19) yang bertemakan “Ilmuan Cemerlang, Tunjang Integrasi Ummah” bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Program MKAC’19 adalah satu usaha Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2019/2020   untuk meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi serta graduan dan graduanita Perak yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan sesi lepas. Antara objektif lain adalah untuk memberi inspirasi dan contoh terbaik kepada anak-anak Perak lain untuk terus bersemangat bagi mencapai kejayaan bersama. Bahkan, melalui program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain khususnya bagi anak-anak Perak di bumi Mesir.            MKAC’19 telah berjaya mengumpulkan mahasiswa, mahasiswi, graduan dan graduanit

MAKLUMAN | PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1

MAKLUMAN | PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1 Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2019/2020 Firman Allah SWT: وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh (berjuang) di (Jalan) Kami, Kami akan benar-benar menunjukkan Jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan” (Al-Ankabut: 69) Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) adalah kesatuan anak-anak Perak di Mesir yang berperanan mempersiapkan mahasiswa-mahasiswa Islam yang berkualiti dalam menghadapi tanggungjawab di Malaysia kelak termasuk dalam aspek pendidikan. Berdasarkan firman Allah SWT di atas, dapat kita fahami bahawa perlunya sikap bersungguh-sungguh dalam setiap gerak kerja kita, supaya apa yang diminta dan dambakan dalam kehidupan diter