Saturday, January 29, 2022

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA UNIT-UNIT SELIAAN JABATAN DAN BIRO KPIPM SESI 2021/2022

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA UNIT-UNIT SELIAAN JABATAN DAN BIRO KPIPM SESI 2021/2022
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2021/2022

Firman Allah SWT:
{ إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِی نَعِیمࣲ }
"Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti, benar-benar berada dalam Syurga yang penuh kenikmatan"
[Surah Al-Infitar : ayat 13]

Makluman kepada seluruh ahli, berikut merupakan direktori Ahli Jawatankuasa Unit-unit di bawah seliaan Jabatan dan Biro KPIPM sesi 2021/2022. 

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang ditaklifkan dapat disempurnakan dengan baik. 

🔘 Jabatan Yang Dipertua
▫️Badan Hisbah
▫️Lembaga Tabung Ithar

▫️Unit Bait Muslim
▫️Unit Penerangan dan Penerbitan 
▫️Unit KPIPM Crew

🔘 Jabatan Setiausaha Agung
▫️Pusat Sumber Tenaga (PESAT) 

🔘 Jabatan Bendahari Kehormat
▫️Unit Tabung Inisiatif Dana KPIPM (TEKAD) 

🔘 Biro Dakwah dan Tarbiah
▫️Jabatan Fasilitator 
▫️Pemantapan Du'at (PEMANDU) 
▫️Unit Biah Solehah  

🔘 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah
▫️Unit Kebajikan
▫️Unit Kesenian
🔘 Biro Pelajaran dan Ilmiah
▫️Unit Tafaqquh

"Keluarga kita, kitalah yang jaga"

#KPIPMKeluargaKita
#Keluargakitakitayangjaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Sunday, January 2, 2022

MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR



MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR
Lembaga Tabung Ithar, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2021/2022

Firma Allah SWT :

وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh "

[Surah al-Munafiqun : ayat 10]

Sejarah menceritakan kepada kita bahawa kaum Ansar sangat bahagia menerima kaum Muhajirin, hingga mereka berlumba-lumba untuk menerima setiap sahabat Muhajirin yang sampai di Yathrib (Madinah). Kerana para Ansar saling bersaing dan berlumba untuk dapat menerima sahabat Muhajirin hingga mereka harus diundi untuk menentukan siapa yang menang dan dapat giliran menerima tetamu Muhajirin. Ini terjadi hingga disebutkan bahawa tidaklah seorang Muhajirin bertemu Ansar kecuali dengan undian.

Ukhuwah, taakhi, cinta, dan ithar sejatinya syarat kebangkitan dan kemenangan, itulah strategi pertama yang ditempuh oleh Rasulullah SAW dengan mempersaudarakan sahabat Ansar dan Muhajirin dan membangun masjid tempat membina persaudaraan dan persatuan kaum Muslimin.

Risalah ini juga ditulis Imam Syahid Hasan Al-Banna dalam membangun komuniti dan gerakan yang kuat, menjadikan persatuan sebagai senjata.

Peringkat ukhuwah ada tiga dan yang tertinggi adalah ithar iaitu mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri walaupun dalam keadaan sangat memerlukan. Sifat Ithar merupakan nilai yang sangat sukar untuk ditemui dalam kalangan masyarakat kini. Dalam erti kata lain, Ithar bermaksud gaya hidup masyarakat yang tolong-menolong, bertimbang rasa, menghormati, bersimpati dan pemurah kepada golongan yang memerlukan pertolongan atau berada dalam keadaan kesempitan dan kesusahan.

Ukhuwah juga membangun umat yang kukuh. Ia adalah bangunan yang mampu menyatukan masyarakat mana pun. Ia lebih kuat dari bangunan materi, yang suatu saat boleh sahaja hancur diterpa badai atau ditelan masa. Sedangkan bangunan ukhuwah Islamiyah akan tetap kukuh. 

Rasulullah SAW bersabda:

“المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضًا”

Oleh itu, sukacita dimaklumkan Lembaga Tabung Ithar pada sesi kali ini membuka seluasnya kepada ahli KPIPM untuk menghulurkan bayaran wang ithar LE 100/RM 27 atau sumbangan semampunya. 

Oleh itu, KPIPM sebagai sebuah Badan Kebajikan Anak Negeri bertanggungjawab bagi memupuk rasa Ithar dan Tadhiyah yang dianjurkan oleh Islam agar mekar di dalam diri dan jiwa seluruh anak Perak di bumi Mesir.

Maka dengan itu, diwujudkan satu dana yang dinamakan Tabung Ithar dan diuruskan oleh ahli lembaga yang dilantik. Secara rasminya tabung ini telah dilancarkan pada 20 Februari 1998 oleh Presiden PMRAM, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali.

Saya selaku Pengerusi Lembaga Tabung Ithar KPIPM sesi 2021/2022 menyeru kepada seluruh ahli KPIPM agar kita sama-sama menyumbang kepada Tabung Ithar bagi membantu rakan seperjuangan kita yang menghadapi kesulitan atau kesusahan agar sedikit sebanyak kita mampu meringankan beban mereka dan menyuburkan nilai Ithar dalam diri kita semua.

Bayaran dan sumbangan boleh disalurkan kepada Bendahari Lembaga Tabung Ithar :

[IKHWAH]
🤵🏻‍♂ Ustaz Abdul Muiz bin Mohamad Razali  
🌐http://www.wasap.my/+201558456448
📞+201558456448

[AKHAWAT]
🧕🏻 Ustazah Auni Izzah binti Mohd Mohkheri
🌐http://www.wasap.my/+201554240630
📞+201554240630

Semoga Allah SWT menerima amal kebajikan kita walaupun kecil dimata manusia.

"Ithar Menyemai Keikhlasan"

Ustaz Muhammad Izzuddin Yassin bin Rizalman
Pengerusi Lembaga Tabung Ithar, 
Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2021/2022

#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...