Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

KEMPEN "FREEDOM" | GEMPA BUMI DI JEPUN

KEMPEN FREEDOM | GEMPA BUMI DI JEPUN Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2015/2016 KUMAMOTO: Satu gempa bumi kuat  berukuran 7.3 magnitud melanda wilayah Kumamoto, Jepun awal pagi tadi, kurang 24 jam selepas kawasan sama dilanda gempa yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan lebih 800 yang lain. Sekurang–kurangnya 18 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi terbaharu itu. Seorang jurucakap kerajaan di Wilayah Kumamoto, Takayuki Matsushita mengesahkan perkara itu dengan menyebut sumber polis dan jabatan bomba. Bagaimanapun siaran television NHK melaporkan sekurang-kurangnya sembilan maut dan 760 yang lain cedera. Sementara itu di beberapa kawasan terdapat kesan retak terbaharu akibat gempa bumi berkenaan. Agensi meteorologi Jepun turut melaporkan sebahagian penduduk mengalami kecederaan dan terperangkap di sekitar kawasan Kumamoto. Sumber : Al-jazeera, astro awani, bernama ......................................................

Kenyataan Bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir: "Beri Peluang Kepada Dr. Zakir Naik Buktikan Keindahan Islam"

Kenyataan Bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir: "Beri Peluang Kepada Dr. Zakir Naik Buktikan Keindahan Islam" 1. Berikutan isu provokasi terhadap Ceramah Dr. Zakir Naik yang bakal berlangsung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), kami Barisan Kepimpinan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir yang mewakili mahasiswa Islam di Mesir, kesal dengan tindakan tersebut. 2. Kredibiliti Dr. Zakir Naik sebagai pendakwah yang terkemuka dunia serta pernah menerima anugerah tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Antarabangsa itu perlu diberikan pengiktirafan penuh oleh pihak kerajaan Malaysia selaku negara yang mengamalkan keharmonian agama dalam masyarakat berbilang kaum. Sepanjang pengamatan umat Islam terhadap Dr. Zakir Naik dalam arena dakwahnya, belum pernah lagi beliau mencetuskan provokasi atau menghidupkan sentimen prejudis terhadap agama lain. Setiap hujjah yang beliau utarakan dalam ceramah-ceramah beliau ad

MSP '16 | "Introspeksi Memacu Pimpinan Berkualiti"

KAHERAH, 2 APRIL 2016 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2015/2016 di bawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Muhasabah Separuh Penggal 2016 (MSP '16). Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkemaskan perjalanan KPIPM , mengikat ukhuwah antara ahli dan pimpinan, serta membuka ruang kepada ahli untuk memberi cadangan dan muhasabah. Program ini berlangsung di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan dengan bertemakan “INTROSPEKSI MEMACU PIMPINAN BERKUALITI”.      Bermula pada jam 7.25 malam, Kaunter Pendaftaran Ahli KPIPM telah dibuka. Seterusnya, diikuti dengan menunaikan Solat Isyak secara berjemaah dan mendengar sedikit taklimat disiplin. Dengan bermulanya perarakan masuk AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2015/2016 ke dalam dewan, maka bermulalah Muhasabah Separuh Penggal 2016 secara rasminya.      Program ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dimulai dengan ucapan aluan dari Setiausaha Agung KPIPM, saudara Khairul Naim b

PERANAN PEMUDA ISLAM MASA KINI - Diskusi Kitab Tahun Satu

KAHERAH, 4 April 2016- Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM di bawah Jabatan Fasilitator telah mengadakan program Diskusi Kitab “Ahadafuna Akhtar Qodoya Muslimin”. Program yang diadakan ini khusus untuk mahasiswa mahasiswi Tahun Satu. Ianya bertujuan untuk menjelaskan kepada mereka tentang peranan, tujuan dan matlamat berada dalam medan dakwah. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil bin Abdul Rahim merupakan mantan Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah dan Setiausaha Agung KPIPM.      Setiap daripada kita selaku individu muslim mempunyai peranan yang besar dalam menangani bahaya anasir dan musuh yang cuba merosakkan umat Islam pada hari ini. Selain daripada itu, kita juga berperanan mengembalikan semula kefarduan  Islam yang hilang.      Antara kefarduan tersebut ialah undang-undang Islam telah ditukar dengan undang-undang ciptaan manusia. Tanah-tanah umat Islam juga telah dirampas  dan menjadi hak milik orang-orang kafir. Selain itu, wilayah dan khilafah islamiyyah perl

Perjuangan di Medan Dakwah : Ijtima’ Fasilitator siri II

KAHERAH , 4 Apri 2016 - Jabatan Fasilitator KPIPM sesi 2015/2016 sekali lagi berjaya mengadakan Ijtima’ Fasilitator untuk siri yang kedua. Program yang diadakan ini khusus buat semua fasilitator di setiap peringkat ikhwah mahupun akhawat. Beberapa pengisian telah disediakan khas untuk pembinaan ruh tarbiah dan perkongsian ilmu dan thaqafah buat para fasilitator  KPIPM. Pelbagai aspek telah diberi penekanan antaranya berkaitan dalil-dalil perjuangan dalam berdakwah dan rukun dalam berjemaah. Pembentangan berkaitan dalil perjuangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazim bin Mohd Halim yang juga selaku Pengerusi JATA KPIPM. Pembentangan tersebut berdasarkan kepada dalil di dalam surah Yusuf ayat 108. Firman Allah SWT yang bermaksud  : “ Katakanlah (wahai Muhammad) : Inilah jalanku, aku dan orang yang mengikutiku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan bukti dan keterangan yang jelas dan nyata. Dan aku menegaskan Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan per

UJIAN SEBAGAI GANJARAN BUAT HAMBA-NYA

UJIAN SEBAGAI GANJARAN BUAT HAMBA-NYA Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh  Allah SWT sebagai bala' (البلاء) serta fitnah (الفتنة). Menurut kamus Al Muhit (المحيط) kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. Sebagai hamba Allah SWT, kita tidak akan dapat lari daripada terus diuji oleh Allah SWT. Ujian yang mendatang bukan sahaja dapat menjadikan diri kita kuat malah dapat juga meningkatkan tahap keimanan seseorang hamba kepada Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam  Al Qur'an:- "...وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالخَيْرِفِتْنَةً،وَإِلَينَا تُرْجَعُوْنَ. " Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada kami-lah kamu semua dikembalikan" . [Al Anbiyaa':35] Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT menguji hamba-Nya dengan musibah pada satu waktu dan kemudiannya memberikan nikmat pada waktu yang lain u

“SIRAH DICAMBAH, LAHIR SRIKANDI KENAL ERTI TABAH”

KAHERAH- 19 Mac 2016 hingga 21 Mac 2016, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah  mengadakan jaulah ke Semenanjung Sinai dengan jayanya. Jaulah yang diberi nama ‘Road to Sinai 2016’ (RISE’16) bertemakan “Rest Your Mind, Rise Your Knowledge” ini telah dianjurkan oleh Ketua HEWI KPIPM dan di bawah seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM sesi kali ini. Jaulah yang berlangsung selama 3 hari ini berjaya mengumpulkan seramai 42 orang peserta dan terdiri daripada mahasiswi KPIPM sendiri yang hadir daripada pelbagai umur dan peringkat pengajian. HARI PERTAMA RISE’16 ini bermula dengan majlis perasmian pada jam 1.30 pagi yang bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman yang mana majlis ini diisi dengan ucapan daripada Pengarah RISE’16 serta ucapan perasmian daripada Ketua HEWI KPIPM diikuti dengan taklimat disiplin dan Solat Sunat Musafir secara berjemaah. Pengarah RISE’16, saudari Afifah Najihah binti Ahmad Khalil telah menekankan beberapa objekti