Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Penganjur Elak Dengar Suara Anak Perak

KAHERAH, 30 Jan – Satu majlis ramah mesra telah diadakan bersama wakil kerajaan Negeri Perak di Kaherah semalam. Namun, perkara yang amat dikesali adalah saudara Muhammad Hanif bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM tidak menerima sebarang maklumat rasmi daripada Pegawai HEP berkenaan kedatangan delegasi Negeri Perak ke Mesir. Delegasi tersebut difahamkan bertolak dari tanah air singgah ke Jordan dan mengadakan majlis ramah mesra bersama anak-anak Perak di Jordan. Majlis tersebut juga diuruskan oleh persatuan anak Perak sendiri iaitu Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ). Mengikut maklumat tidak rasmi yang diterima oleh Yang Dipertua, majlis tersebut akan diadakan di Hotel Intercontinental bersebelahan City Star Mall. Sebagai tanda hormat daripada persatuan yang diiktiraf oleh Menteri Besar Negeri Perak, Yang Dipertua telah pergi sendiri ke lokasi tersebut. Sesi bergambar delegasi negeri Perak bersama anak Perak Jordan Dan perkara yang amat meny

Isu Tampar : KPIPM Desak Tindakan EME

KAHERAH, 28 Jan -  Berikutan isu salah laku pegwai HEP Perak Mesir yang telah menampar salah seorang pelajar Perak baru-baru ini, KPIPM terus tegas dengan membuat tindakan susulan bagi membela hak mahasiswa. Wakil KPIPM iaitu saudara Muhammad Hanif bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM bersama mangsa iaitu saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad. Turut bersama Timbalan Presiden PMRAM, saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi serta beberapa orang AJKT dan Anggota Badan Penasihat, telah ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah(KBMK) bagi menemui pihak Education Malaysian Egypt. Setibanya di sana, kedatangan KPIPM disambut baik oleh Dato’ Suaidi Bin Dato’ Safei, selaku Pengarah EME dan juga wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mesir. Pada pertemuan tersebut, pihak KPIPM telah menyuarakan aduan serta berbincang berkenaan dengan tindakan yang perlu diambil oleh pihak EME dalam menangani masalah tersebut. Setelah perbincangan dibuat, pihak KPIPM mendapat respon yang p

KPIPM Mengalu-alukan Siasatan Isu Tampar Pelajar

KAHERAH , 27 Jan - Pada Jumaat lalu, Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Perak (ILMAM) dan Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) telah menyerahkan memorandum berkaitan salah laku pegawai HEP Perak kepada wakil pejabat Menteri Besar Perak. Rentetan daripada itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengarahkan seorang pegawai pergi ke Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tinjauan berhubung masalah tersebut. Di dalam memoramdum yang diserahkan oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Perak (ILMAM) dan Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) tersebut juga, mendesak agar mengambil tindakan sewajarnya kepada Pegawai. Antara yang dicadangkan oleh pihak Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ialah menamatkan serta-merta perkhidmatan Pegawai kerana berkelakuan tidak profesional dan melanggar etika sebagai seorang Pegawai yang ditugaskan menjaga hal ehwal pelajar Perak di Mesir. Namun perkara tersebut tidak akan dilakukan sekarang sehingga mendapat l

NGO Perak Cakna Hak Anak Perak Di Mesir

KAHERAH, 25 Jan – Pada 19 Januari yang lalu, kita telah dikejutkan dengan isu  Encik Abdul Muhaimin  Bin Abdul Majid, pegawai HEP Perak Mesir yang telah menampar seorang pimpinan pelajar perak di Mesir, Saudara Amar Arif Bin Ahmad Po‘aad.  Rentetan peristiwa itu, pihak KPIPM telah melaporkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk diambil sebarang tindakan. Antaranya, laporan telah dihantar kepada pihak Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak. Sebagai usaha pihak ILMAM bersama sebuah NGO Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung insiden yang berlaku. Dua NGO tersebut telah menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman. Wakil ILMAM Perak Ustaz khalil Yahaya juga berkata, “penghantaran memorandum ini sebagai tanda mahasiswa tidak boleh dipergulakan sesuka hati, tambahan pula penghantaran pegawai ini jelas hanya men

KPIPM Menyuarakan Aduan Kepada PMRAM Pusat

KAHERAH, 22 Januari 2013 -  Susulan dengan insiden isu salah laku pegawai Perak baru-baru ini, KPIPM optimis  bagi menanganinya. Wakil KPIPM iaitu saudara Muhammad Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM bersama mangsa iaitu saudara Amar Arif Bin Ahmad Po’aad diiringi Ketua Biro Kebajikan, Kesenian Dan Riadah KPIPM, saudara Muhammad Kamal Bin Faudzi  telah berkunjung ke pejabat rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM). Kunjungan ini bertujuan untuk melaporkan serta menyampaikan surat aduan hak mahasiswa bekenaan masalah salah laku pegawai Perak yang telah memukul pelajar Perak pada 19 Januari yang lalu. Setibanya di sana, wakil Badan Pengurus PMRAM iaitu Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi  bersama Presiden PMRAM saudara Abdul Aziz Bin Ali menyambut baik kedatangan wakil KPIPM. Pada pertemuan tersebut, wakil KPIPM telah menyerahkan surat  aduan berkenaan masalah salah laku pegawai sepe

Kalam YDP : Pegawai Pukul Pelajar

KRONOLOGI  PEGAWAI PUKUL PELAJAR PERAK MESIR Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti  perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan. Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang i

KPIPM Meneruskan Agenda Tarbiah

KAHERAH, 17 JANUARI 2013  - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sekali lagi telah melaksanakan Program Ehya’ Jum’ah dengan jayanya. Antara yang menarik pada kali ini, KPIPM telah  menyajikan kepada semua ahli yang hadir pengisian rohani melalui  Tazkirah Duet. Tazkirah Duet tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Siti Salamah binti Hamzah, Graduanita Kuliah Bahasa Arab Universiti Al-azhar, Kaherah dan Ustazah Noriah binti Mohd Zahid, Graduanita Kuliah Usuluddin Tafsir, Universiti Al-Azhar Kaherah. Tazkirah tersebut mengupas sedikit sebanyak tentang kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar mencintai baginda dengan seluruh jiwa raga. Tazkirah tersebut juga mengkisarkan tentang peranan kita selaku mahasiswa dengan kezaliman yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang ditindas di Syria, Palestin, Rohingnya dan sebagainya. Mahasiswa adalah aset kepada negara untuk meletakkan kalimah Allah ditempat yang tertinggi. Pada keesokan paginyapula, bertem

Daurah Ilmiah Sempena Musim Sejuk KPIPM

DAURAH ILMIAH SEMPENA MUSIM SEJUK KPIPM Kitab : Risalah Al-Muzakarah bersama: Al-fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir 19-20 Januari 2013 | 8.00 pagi | Wisma Darul Ridzuan A (Buku ada dijual)

Ehya' Juma'ah KPIPM - Tazkirah Duet

EHYA' JUMA'AH KPIPM - TAZKIRAH DUET bersama: - Ustazah Salamah Binti Hamzah  (Graduan Kuliah Bahasa Arab, Al-Azhar) - Ustazah Noriah Binti Mohd Zahid   (Graduan Kuliah Usuluddin Tafsir Al-Azhar) Tarikh: 17 Januari 2013 (Khamis) Tempat :Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A Masa: Selepas Maghrib  Jom kita ke sana! “MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN” “BERILMU, BERAMAL, IKHLAS” Untuk maklumat di facebook sila klik  sini.

Listen - HEWI PMRAM Kesal Dengan Tindakan Sharifah Zohra

Segenap pelusuk masyarakat mengiktiraf bahawa golongan mahasiswa adalah aset berharga dan modal insan paling utama dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah Negara. Minggu ini Malaysia dihangatkan dengan isu penghinaan yang berlaku terhadap Saudari Bawani ketika beliau melontarkan soalan dan pandangan beliau dalam Forum “Seiringkah Mahasiswa dengan politik” yang telah berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ni. Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI PMRAM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Saudari Bawani atas keberanian beliau melontarkan soalan pendirian selaku mahasiswi. Kredebiliti mahasiswi yang terpancar melalui ketegasan beliau jelas menunjukkan bahawa mahasiswa mahasiwi berhak dan mampu bersuara. HEWI PMRAM amat kesal dan kecewa terhadap tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen yang menunjukkan ketidak-matangan beliau dalam berhadapan dengan suatu situasi yang bercanggah dengan pandangan  beliau yang menyekat Saudari Bawani dalam melontarkan pandangan dan huja

Antara Dosa Dan Keampunan Allah S.W.T

Kalimah taubat  membawa makna yang besar dalam hidup setiap insan di muka bumi ini, andai mereka benar-benar mengetahui hakikat taubat yang sebenar-benarnya. Taubat itu merupakan satu bentuk pengabdian yang tulus daripada seorang hamba kepada Penciptanya. Namun ramai dalam kalangan manusia yang masih lagi leka dan alpa daripada melaksanakannya. Andai diteliti, faktor terbesar mengapa mereka tidak mahu melaksanakannya adalah disebabkan mereka tidak yakin bahawa Allah S.W.T akan mengampunkan semua dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Mereka tidak tahu atau mungkin lupa bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.                     Firman Allah SWT :  “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji,atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.” (A

Himpunan Rakyat : Hukum dan Pendapat Ulamak

Sudah menjadi kebiasaan di dalam sebuah negara maju dan yang mempunyai rakyat berkesedaran tinggi menjadikan himpunan umum atau demonstrasi sebagai cara menyuarakan pendirian mereka. Lebih-lebih lagi berdemonstrasi dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi selagi berlangsung dengan aman dan tidak menyebabkan huru-hara dalam negara. Rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran tinggi tentang keadilan dan hak, mereka juga tidak ketinggalan mengadakan beberapa siri perhimpunan umum untuk menegur golongan pemerintah. Islam juga menyarankan konsep "amar makruf nahi mungkar" hatta kepada pemerintah sekiranya tidak berlaku adil. Persoalannya, adakah menegur pemerintah dengan cara ini dibenarkan dalam Islam? Atau cara ini ditegah hanya kerana diceduk dari pengamalan masyarakat Barat yang tidak beragama Islam? Persoalan ini harus segera dijawab lebih-lebih lagi ia sudah menjadi amalan masyarakat di kebanyakan negara lebih-lebih lagi di Malaysia. Pandangan ulamak tentang h