Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Makluman Tarikh Tutup Permohonan Zakat

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, tarikh tutup permohonan zakat akan berakhir pada 28/12/2012. Sila hantar borang permohonan zakat anda sebelum tarikh tersebut bagi memudahkan proses   penghantaran borang. Seluruh mahasiswa/wi diharapkan dapat mengambil perhatian dengan perkara berikut : 1.         Sila kemaskini sistem dermasiswa online dengan lengkap sebelum tarikh diatas. 2.         Bagi sesiapa yang  mengalami permasalahan berhubung sistem dermasiswa online,  sila hantar NAMA PENUH dan NO KAD PENGENALAN   kepada Setiausaha Agung KPIPM. Sebarang masalah sila hubungi  Ustaz Mohammad Ainuddin Bin Mohd Ishak, Setiausaha Agung KPIPM sesi 2012/2013 di talian 0114-6626390 dan Ustazah Nor Atiqah Bt Hamdan, Setiausaha HEWI KPIPM Sesi 2012/2013 di talian 0114-1738859. MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

Solat Sunat Hifzi: Persiapkan Ahli Hadapi Imtihan

Gambar Hiasan Kaherah, 20 Disember 2012 – Program Ehya’ Juma’ah yang dikendalikan oleh Biro Dakwah Dan Tarbiah semestinya mendapat sambutan hangat di kalangan ahli KPIPM sendiri. Program yang saban tahun menjadi agenda mingguan KPIPM itu menjadikannya sebuah medium untuk mengumpulkan ahli KPIPM serta meneruskan sesi pentarbiahan. Bersempena dengan musim imtihan yang semakin hangat ini, KPIPM melalui program ini membuat satu insiatif iaitu solat sunat hifzi dalam usaha meningkatkan persiapan ahli KPIPM bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Solat sunat hifzi ini dilakukan dengan tujuan beribadah serta meningkatkan daya ingatan sepertimana hadith yang mengisahkan tentang Saidina Ali R.A. yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang lemahnya hafalan beliau. Kali ini KPIPM menjemput 2 orang anak Perak daripada Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra untuk mengepalai solat sunat hifzi iaitu saudara Muhammad Bin Zaba dan saudara Muhammad Khairul Hafizin.  “Deng

Bulan SAFAR : Antara Islam dan Jahiliyyah

Dalam menyelusuri kehidupan sehari-hari, jarang dikalangan kita mengambil berat tentang bulan-bulan Islam atau lebih dikenali dengan Bulan Hijrah. Keadaan sebegini secara halus akan menyebabkan kita lupa dengan hari-hari bersejarah dalam Islam sehingga rasa cinta dan sayang yang perlu ditanam kedalam hati-hati  semakin hari makin menghilang. SAFAR ( ﺻﻔﺮ ) dari sudut bahasanya membawa erti "kosong". Ianya juga bermaksud "tiupan angin". Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan ketika itu adalah waktu berangin. Dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti "bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang dan melakukan serangan serta menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka". PERISTIWA BERSEJARAH BULAN SAFAR 1. Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid. Ia berlaku sebelum Baginda s.a.w. dilantik menjadi Rasul. Khadijah antara individu yang menjadi tulang be

Program Motivasi Tingkatkan Semangat Kejayaan

Kaherah, 13 Disember 2012 - "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang), oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." ( surah At-taubah ayat ke 122) Sempena musim imtihan yang bakal tiba ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir bagi sesi 2012/2013 dengan julung-julung kalinya telah mengadakan sebuah Program Motivasi Kecemerlangan. Pada sesi kali ini, KPIPM telah menjemput beberapa tokoh mahasiswa daripada anak Perak bagi mengisi program motivasi tersebut. Antara tokoh tersebut adalah saudara Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Junaidi, mahasiswa Kuliah Perubatan Tahun 5 Universiti Kaherah, saudara Afifi Bin Ab

Motivasi Kecemerlangan Sempena Imtihan

Motivasi kecemerlangan sempena imtihan bakal berlangsung pada : HARI : Khamis TARIKH : 13 Disember 2012 MASA : 7.00 malam TEMPAT : Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A Kali ini menampilkan para panel yang hebat iaitu : -Dr. Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi-tahun 5, Universiti Kaherah (Presiden PERUBATAN 2012/2013) -Ustaz Muhammad Afifi Bin Abdullah-mahasiswa Darul Ifta' & M.A Bahasa Arab Ustaz Mohammad Omar Bin Adam-Graduan Usuluddin (Mantan YDP KPIPM 2011/2012) Ayuh sama-sama hadirkan diri. 

Membongkar Sejarah, Menyingkap Hikmah

Kaherah, 8 Disember 2012   -Bersempena dengan musim imtihan yang bakal ditempuhi oleh mahasiswa Mesir tahun ini, Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM telah menganjurkan jaulah maqam auliya’ di sekitar Kaherah. Antara objektif program adalah untuk mengambil ibrah daripada nasihat dan kisah hidup para auliya bersesuaian dengan tema program ‘”Membongkar Sejarah, Menyingkap Hikmah” di samping dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim dalam kalangan ahli KPIPM.  Program tersebut dijalankan selama 2 hari iaitu pada 1 Disember bagi siswa dan 8 Disember untuk siswi. Sedikit penerangan etika jaulah telah disampaikan oleh Unit Disiplin dan Keselamatan sebelum rombongan bertolak . Musyrif penerangan, Ustaz Ibnu Abbas Azizuddin menerangkan biodata dan kisah setiap maqam para auliya’ yang dikunjungi. Antara maqam auliya’ yang dilawati antaranya seperti maqam Imam Shafie r.a, Sayyidah Nafisah r.a, As-Syahid Imam Hassan al-Banna, Syeikh Ahmad bin Átoillah as-Sakandari r.a, wal