Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

CABARAN BERPEGANG DENGAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN

MINDA PIMPINAN : CABARAN BERPEGANG DENGAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN Cabaran yang bertali arus menimpa umat Islam hari ini bukanlah suatu yang baharu, bahkan telah dirasai terlebih dahulu oleh golongan-golongan benar yang ikhlas berpegang dengan Islam sejak zaman para Rasul lagi. Elemen yang perlu kita tadabbur di sebalik ujian terhadap umat Islam kini adalah bagaimana Allah S.W.T menyifatkan lumrah bagi orang beriman yang kehidupannya tidak pernah sunyi dari mehnah dan tribulasi. أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ  Maksudnya: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman," sedangkan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut : 2) ⭕ PERITNYA CABARAN Dasawarsa ini, umat Islam berdepan cabaran dan fitnah yang mampu menggugat keimanan secara halus tanpa kita sedar. Fenomena kesangsian dan keraguan terhadap ajaran dan solusi Islam sendiri semakin parah dalam kalangan umat. Lemahnya p

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM SESI 2017/2018 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰 Ustazah Nor Afiqah binti Ismail ( Ketua Biro Ekonomi HEWI KPIPM sesi 2017/2018 ) DIPANGKU OLEH : 🔰 Ustazah Zafirah Khalilah binti Zulkefly ( Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2017/2018 ) #BersamaBersatuJayakanUsulYDP BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2017/2018 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰 Ustaz Muhammad Abrorr bin Mohd Ishak (Timbalan Yang Dipertua KPIPM sesi 2017/2018) +2011125551562 DIPANGKU OLEH : 🔰 Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri (Yang Dipertua KPIPM sesi 2017/2018) +201100689202 / +201125422274 BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LGBT : KEMBALILAH KEPADA FITRAH

MINDA PIMPINAN LGBT : KEMBALILAH KEPADA FITRAH Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat illahi, Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan dengan cahaya petunjukNya mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah payah membawa risalah agama yang tercinta ini. Tanpa kesungguhan dan kesabaran baginda, sudah tentu kita tidak dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Seperti yang kita ketahui, gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual) menuntut hak dan kebebasan bagi mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Gerakan radikal ini mahu orang ramai lebih 'freethinker' dilahirkan . Justeru itu, mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuangkan dan menganjurkan programnya secara terbuka. Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan ‘‘Human Right” , Islam mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai
MAKLUMAN | PERLANTIKAN AJK KPR Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018 🔰 Dengan ini pihak KPIPM sesi 2017/2018 bersetuju melantik Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya : 🔴 Ustaz Muhammad Mu'azz bin Ramli sebagai PENGARAH KPR KPIPM sesi 2017/2018 🔴 Ustazah Zainatul Nazifa binti Abdul Wahab sebagai TIMBALAN PENGARAH KPR KPIPM sesi 2017/2018. 📍Sehubungan dengan itu, gerak kerja AJK KPR KPIPM sesi 2017/2018 akan bermula dalam masa yang terdekat Harap maklum. #BersamaBersatuJayakanUsulYDP BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
LAPORAN ASTAKA KASIH AIDILADHA 2018 (ASTAKA’18) Kaherah- 19 Mei 2018 hingga 24 Mei 2018, Keluarga Pelajar -pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena Raya Haji dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama Astaka Kasih Aidiladha '18 dengan singkatan ASTAKA '18. Program ini dibawah anjuran Keluarga Pelajar -pelajar Islam Perak Mesir dengan bertemakan : "Semai Kecintaan, Inspirasi Perjuangan". ASTAKA '18 telah bermula pada pagi 8 Zulhijjah 1439 H bersamaan 19 Ogos 2018 (Ahad) dengan Kelas Tafaqquh Fiddin yang mendiskusikan kitab "Is'aadul Bariyyah di Ahkamil Udhiyyah". Daurah Kitab ini membahaskan berkenaan Fiqh Korban sekaligus meningkatkan pengetahuan dan thaqafah sebagai persediaan sebelum menjalani ibadah korban. Pengisian in telah yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKPPPM sesi 2017/2018 iaitu Ustaz Muhammad Safwan bin Azzmi. Alhamdulillah, daurah kitab ini berjalan dengan la
LAPORAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN ISLAM 2018 (USAHAWAN'18) KAHERAH, Ogos 2018 – Keluarga pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di bawah anjuran Biro Ekonomi sesi 2017/2018 telah berjaya menganjurkan satu program yang julung kali diadakan iaitu Karnival Keusahawanan Islam 2018 (USAHAWAN’18). Objektif USAHAWAN’18 adalah mewujudkan platform untuk mahasiswa/si menceburi bidang perniagaan, melahirkan usahawan muda yang berdaya saing secara sihat dalam kalangan ahli serta dapat meningkatkan thaqafah ahli KPIPM dalam bidang keusahawanan dan pengurusan kewangan di bumi Mesir. Ianya juga merupakan satu sunnah yang amat dituntut dalam Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Jumu'ah ayat 10 : “Apabila solat telah selesai dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung". USAHAWAN'18 ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 11 Ogos 2018 sehingga 13 Ogos 2018 bertempat di perkara
LAPORAN JAULAH INFINITY OF EXPERIENCE IN SIWA & MATRUH 2018  (INFIRU’18) AKHAWAT KAHERAH,21 Julai 2018 – Keluarga pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) di bawah anjuran Ketua Hal Ehwal Wanita Islam seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI sesi 2017/2018 telah berjaya menganjurkan jaulah ke Siwa dan Matruh sempena cuti musim panas yang diberi nama Infinity Of Experience In Siwa & Matruh 2018 (INFIRU’18). Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli HEWI KPIPM selain daripada meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan meluaskan pengalaman ahli. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat ke 15: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlah Allah jualah tempat kembali kamu sesudah mati dibangkitkan hidup semula maka hargailah nikmatnya dan takutlah kemurkaanNya”. INFIRU’18 ini telah berjaya mengumpulkan ah