Monday, January 23, 2012

Hakikat Sebenar Malu



Daripada Abdullah bin Mas'ud  r.a, beliau berkata : Sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." Kami bertanya : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pemalu Alhamdulillah." Sabda Nabi : "bukan begitu" (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah : kamu menjaga kepala dan segala pancainderanya, perut dan anggotanya. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasan dunia. Oleh itu , sesiapa yang melakukan perkara tersebut , dia telah malu   dengan Allah dengan sebenar-benar malu. (Riwayat at-Tarmizi)

Dalam hadis ini, Rasulullah telah menjelaskan kepada kita hakikat sebenar malu dalam rupa paras yang unggul dan mithali. Sifat malu ini juga  tergolong dalam beberapa ciri akhlak mulia yang sangat ditekanknan dalam  5 item bi'ah solehah iaitu pembentukan syakhsiah. Jadi, bagaimanakah pelaksanaannya??? Ayuh kita susurinya....

1.MENJAGA KEPALA & PANCAINDERA
Menjaga seluruh kepala juga bermaksud menjaga  lidah, mata dan telinga daripada perkara yang tidak halal dilakukan, juga merangkumi minda yang menerima maklumat & menghasilkan isyarat. Contohnya menjauhkan diri daripada perbuatan “lagho” sebaliknya mendengar bacaan Quran dan menghadiri majlis ilmu.

2. MENJAGA PERUT  & ANGGOTANYA
Adakalanya ia dimaksudkan dengan sistem penghadaman manusia & yang berkaitan dengannya. Muhasabah diri kita sama-sama, adakah kita komitmen dengan sunnah dalam etika makan? 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minumam , 1/3 untuk udara.. Juga menjaga kemaluan daripada segala jenis  perbuatan yang boleh membawa kepada maksiat & jauhkan diri dari terlalu  banyak ketawa yang boleh mematikan hati.

3. MENGINGATI MATI & JASAD YANG HANCUR
Ini dapat membantu kita lebih bertakwa kepada Allah. Dalam surah az-Zariyat : 56, (dan ingatlah aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka menyembah & beribadah kepada-Ku)Antara  ibadah yang wajib dalam kehidupan seharian kita ialah solat. Ambil cakna dengan kualiti solat kita, adakah  solat kita lebih baik ataupun sebaliknya. Malah dituntut oleh Allah supaya solat di awal waktu & lebih afdhal secara berjemaah kerana  ganjarannya 27 darjat berbanding solat    sendirian. Mungkin kita tidak nampak betapa tingginya darjat tersebut, tetapi cuba kita bayangkan jika ada seseorang  yang ingin memberi  RM27 ribu, mesti ramai yang akan berebut  inginkan duit tersebut.. Semua  itu di sisi manusia, tapi 27 darjat daripada Allah jauh lebih bernilai dari itu.. Renungkan...

4. MENINGGALKAN PERHIASAN DUNIA
Ini bukan bermaksud Islam mengharamkan perhiasan dunia yang dikurniakan Allah, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah  perhiasan yang diambil secara haram atau digunakan untuk tujuan yang haram. Oleh itu, kembali ke atas kita supaya tidak melihat kepada mereka yang kaya raya & tidak berangan-angan terhadap kemewahan yang mereka miliki. Sentiasa mengingati  di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan  Allah tentang nikmat yang kita kecapi.

Kesimpulannya, mana mungkin sifat malu mempunyai kaitan atau mendorong kepada sifat-sifat keji. Tetapi malu kita biarlah malu bertempat seperti dalam hadis yang dinyatakan tadi. Marilah kita sama-sama hayati mutiara kata ini....

Sesungguhnya orang pemalu merupakan antara manusia yang paling kuat kekangannya, paling gagah berani membela kebenaran, dia tidak gentar terhadap cercaan orang yang mencela dalam memperjuangkan kebenaran.



No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...