Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Erti Seorang Kawan

Bila mana disebut kawan sudah pastinya kita akan terbayangkan kawan-kawan kita. Gelak tawa, suka duka dan segala kenangan bersamanya namun bukan mudah bagi kita untuk memilih kawan yang sebenar-benar kawan, dalam erti kata yang lain kawan yang sanggup berkongsi suka duka senyum tangis dengan kita. Kebanyakan yang ada hanya sanggup berkongsi suka namun duka segelintir saja yang sanggup bertumpang bahu. Hakikatnya untuk berkawan pun kena memilih. Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat sama bauan minyak wangi tersebut dan begitulah sebaliknya. Bukan mudah juga untuk memulakan ukhwah andai kita sendiri segan-segan menerima sebuah perkenalan. Usahlah diharapkan kasih sayang orang andai diri sendiri tidak mampu menghulurkan kasih sayang itu kepada orang lain. Bukankah Nabi telah menyebutkan bahawa “Almuslim akhu muslim” yang bermaksud seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain. Ini bukanlah makna kosong yang bisa kita ketahui secara biasa tetapi sabda

Hutang?

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli sesuatu barangan. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat. Da

Sejarah Pemikiran Kebendaan dan Perkembangannya

Sejarah perkembangan Pemikiran Kebendaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat : 1. Peringkat Pemikiran Kebendaan Dahulu 2. Peringkat Pemikiran Kebendaan Terkini Peringkat Pemikiran Kebendaan Dahulu : 1. Kebendaan Kurun Ke 18 2. Kebendaan Kurun Ke 19 3. Kebendaan Kurun Ke 20 Peringkat Pemikiran Kebendaan Dahulu 1. Menjelaskan cara pemikiran daripada Yunani yang dikategorikan sebagai paling bahaya kerana cara pemikiran mereka salah dan menyeluruh. 2. Antara aliran yang terkemuka ketika ini ialah : a. Aliran Ath Thobi'iyyah Al Muta'akhhirah b. Aliran Ar Rawaqiyyah c. Aliran Al Abqoriyyah Aliran Ath Thobi'iyyah Al Muta'akhhirah 1. Terbentuk setelah mengalami 4 perubahan, iaitu : a. Aliran Al Iyuniah i. Permulaannya adalah Aliran Al Iyuniah yang memikirkan kebendaan semata-mata. ii. Menolak secara jelas kewujudan perkara ghaib. b. Aliran Al Iliya'iyyah i. Aliran tersebut bertukar kepada Aliran Al Iliya'iyyah yang dikaitkan dengan Iliya', kawasan p

Mengenali Ajaran Sesat Akhir Zaman

Semakin hari, dunia kita mengalami bermacam-macam jenis perbuatan pelik manusia yang diistilahkan sebagai ajaran sesat. Ajaran sesat di seluruh dunia sudah lama muncul, kerana apa yang dikatakan sebagai sesat ialah mana-mana jenis pemikiran yang terkeluar daripada skop Islam. Atau dengan istilah yang lebih khusus, sejenis penyebaran pemikiran yang terpesong daripada akidah Islam. Pelbagai istilah dan perkataan digunakan untuk menyesatkan manusia hari ini, kononnya merekalah yang membawa ajaran sebenar. Apa yang boleh kita lihat di seluruh dunia, di sana terdapat beberapa ajaran-ajaran yang tersimpang dari kebenaran dengan jelas dan nyata. Golongan ini mendakwa bahawa mereka membawa Islam, sedangkan tersembunyi di belakang mereka gerakan Freemason, Sekularisme, Komusnisme dan sebagainya. Mereka meletakkan dan menokok tambah apa yang terdapat di dalam Akidah Tauhid, semata-mata untuk menghancurkan Islam. Contohnya : 1. Al Yazidiah Kumpulan sesat yang ditubuhkan pada 132 Hijrah ketika