Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

PERMOHONAN DERMASISWA BAGI MAHASISWA/WI PERAK TELAH DIBUKA

Makluman kepada seluruh mahasiswa/wi Perak, permohonan Dermasiswa Zakat Perak bagi sesi 2012/2013 telah dibuka. Bagi sesiapa yang ingin memohon, sila rujuk laman  http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/  untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan itu, bagi : Permohonan KALI PERTAMA anda perlu: 1. Membuat pendaftaran online terlebih dahulu di laman web: http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/ 2. Dinasihatkan kepada pemohon supaya mengisi dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3. Sila cetak (print )permohonan anda yang sudah lengkap, kemudian lampirkan dokumen-dokumen seperti berikut:                1. SALINAN PASSPORT DAN VISA PEMOHON.                2. SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON DAN SIJIL KELAHIRAN.                3. SALINAN SURAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR / PENGESAHAN KULIAH.                4. SALINAN SIJIL PENGAJIAN ( SPM /STAM/SYAHADAH THANAWI / SIJIL    

Makluman Pemangkuan Jawatan Presiden PMRAM

Adalah dimaklumkan bahawa ; Saudara Abdul Aziz bin Ali (Presiden PMRAM) 2012 , telah pulang ke Malaysia buat sementara waktu. Oleh itu, Jawatan beliau akan dipangkuoleh Saudara Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi (Timbalan Presiden PMRAM) 2012.  Jawatan pemangkuan ini mula berkuatkuasa pada 27 November 2012 sehingga kembalinya Presiden ke Mesir pada 17 Disember 2012. Sebarang permasalahan yang berkaitan dengan jawatan tersebut, bolehlah terus berhubung dengan pemangku yang dilantik. Sekian dimaklumkan, ''Memartabat Keilmuan, Memimpin kesatuan" Jabatan Setiausaha Agung, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012.

Bersama CEO Maipk: KPIPM bawa isu kebajikan ahli

Kaherah,19 Nov 2012- “Kecil tapak tangan,nyiru kami tadahkan.” Bersempena dengan kedatangan Dato Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Istiadat Perak, satu perjumpaan khusus telah diadakan antara barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM 2012/2013 dengan Ketua Eksekutif Maipk bagi membincangkan permasalahan serta kebajikan anak-anak perak di Mesir. Turut hadir pada malam tersebut ialah Encik Yusuf selaku Juruaudit Maipk serta Barisan AJK Penasihat KPIPM. Perjumpaan ringkas ini bermula pada jam 8.15 malam dengan sesi taaruf bersama semua yang hadir seterusnya kepada perbincangan seputar isu kebajikan anak-anak Perak. Dalam perbincangan tersebut, beberapa proposal telah diserahkan oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013, Saudara Muhammad Hanif bin Abdullah kepada pihak Maipk. Antara perkara utama yang dibawa oleh pihak persatuan dalam proposal tersebut adalah berkenaan isu kebajikan pelajar Markaz Bahasa yang mengambil Imtihan Qabul b

Bulan Muharram Dan Puasa 'Asyura

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : عن أبي هريرة عن النبي (ص) قال : "أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله الذي تدعونه المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة قيام الليل" “Sebaik-baik puasa selepas puasa pada bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu pada bulan Muharram dan semulia-mulia solat selepas solat fardhu (lima waktu) adalah qiamullail (berdiri malam untuk solat)”.   (Hadis Riwayat Imam Muslim) Daripada hadis yang diriwayatkan tersebut maka keluarlah beberapa perkara penting yang boleh diambil pengajaran dan faedah daripadanya untuk diamalkan. PUASA MUHARRAM ADALAH PUASA YANG TERBAIK SELEPAS DARIPADA PUASA RAMADHAN Ini menunjukkan diantara banyak-banyak puasa sunat yang kita boleh lakukan maka puasa sunat pada bulan Muharram itu adalah sebaik-baik puasa selepas daripada puasa fardhu pada bulan Ramadhan. Inilah puasa sunat yang lebih besar ganjaran dan janjian yang Allah taala akan anugerahkan kepada seseorang

Persiapkan Diri Menuju Transformasi

KAHERAH, 15 NOVEMBER 2012 - Program Ehya’ Jum’ah diteruskan lagi. Antara yang menarik pada kali ini, KPIPM  telah menganjurkan Qiamullail bulanan. Pada jam 4.00 pagi, agenda qiamullail dimulakan dengan alunan zikir dan disambung dengan solat sunat hajat, taubat, tahajjud dan witir. Program tidak terhenti setakat itu malah disambung pula dengan pengisian  tazkirah subuh jemputan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Timbalan Presiden  PMRAM 2012. Beliau telah berkongsi sedikit sebanyak tentang konsep istiqamah yang diperlu difahami oleh semua. Dalam membahaskan konsep tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan oleh mahasiswa dalam membentuk generasi yang berjaya. Beliau mengulas serba sedikit perbahasan tersebut berdasarkan karangan Dr. Majdi Hilali yang bertajuk ‘Falnabda’ Bi Anfusina’.“Istiqamah merupakan perkara yang mudah untuk dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.” Ulas beliau mengenai konsep istiqamah. Bersempena d

Kesungguhan Kunci Istiqamah

Senario kehidupan manusia yang diciptakan oleh  Allah SWT mempunyai pelbagai rentak dan situasi yang berbeza. Ini merupakan lumrah dan fitrah kejadian manusia juga sebagai makhluk yang diciptakan oleh  Allah SWT yang serba kekurangan dan kurang sempurna melainkan Allah SWT. Setiap insan mempunyai cita-cita dan matlamat hidup tersendiri. Tidak kira ia sebagai seorang muslim mahupun bukan muslim. Matlamat itu adalah target dan objektif utama dalam menggapai kebahagiaan di dunia ini. Sebagai seorang muslim tujuan sudah pastilah matlamat utama adalah untuk mencari keredhaan dan kemuliaan di sisi ALLAH SWT. Ia merujuk kepada asas penting diciptakan manusia dan jin ialah semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud “tidak Aku (ALLAH SWT) ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat dan sembah kepada Ku". Dalam kita beribadat serta melakukan perintah  Allah SWT mestilah kita melakukan bersungguh-sungguh dengan berdoa siang malam dalam kea