Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Ribat KPIPM : Menghayati Peristiwa di bulan Rejab

Kaherah 24 Mei 2013 - Program Ribat Perdana KPIPM pada kali ini telah bermula pada jam 2.30 pagi dengan bacaan zikir dan diteruskan dengan qiamullail bulanan secara berjemaah. Seperti kebiasaan, seusai solat subuh berjemaah program diteruskan lagi dengan pengisian tazkirah. Santapan minda pada pagi ini telah disampaikan oleh tetamu yang didatangkan khas daripada HEWI PMRAM 2013, iaitu Ustazah Salsabila binti Hashim, Naib Setiausaha HEWI PMRAM 2013 merangkap HEWI Angkat KPIPM pada sesi ini. Antara pengisian yang telah beliau sampaikan adalah berkenaan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika bulan Rejab. Antaranya seperti Perang Tabuk, Pembebasan Kota Al-Quds dan Israk Mikraj. Beliau telah menyentuh beberapa perkara mengenai perang Tabuk yang mana perang ini telah berlaku semasa musim panas dan di mana ketika itu ekonomi menjulang tinggi dan buah-buahan masak ranum. Namun, apabila tiba seruan jihad untuk berperang, para mukmin telah bersiap sedia untuk menyahut seruan itu kec

Pendakian Usaha dan Tawakkal

Sebahagian orang menganggap bahawa tawakal adalah sikap pasrah tanpa melakukan usaha sama sekali. Tawakkal Yang Sebenarnya Ibnu Rajab rahimahullah dalam Jami'ul Ulum wal Hikam menjelaskan: "Tawakal adalah benarnya penyandaran hati pada Allah 'azza wa jalla untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya baik dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepada-Nya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa 'tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata'." Tawakal Bukan Hanya Pasrah Tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata, namun juga disertai dengan melakukan usaha. Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Sebagaimana Allah s.w.t berfirman (yang ertinya): "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sigupi dan dari kuda-kuda yang ditambat un

Al-Marbawi: Ulama’ Nusantara Yang Menyinari Islam

Genap 24 tahun pemergian Al-Marhum Syeikh Idris Al-Marbawi, ulama’ Nusantara yang terkemuka suatu tika dahulu. Kegigihan serta ketajaman pemikirannya dalam membahaskan ilmu Islam, menjadikannya beliau salah seorang ulama’ yang sebaris dengan tokoh-tokoh ulama’ Nusantara terkemuka pada era tersebut seperti Tok Kenali, Syeikh Yasin Al-Fadani, Tuan Guru Abdullah Fahim, Sheikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Abdul Qodir Al-Mandaeli dan ramai lagi. Beliau dilahirkan di Mekah pada 10 Mei 1896, mempunyai kemahiran dan kefahaman yang jitu mengenai ilmu bahasa Arab, ilmu hadis, tafsir dan feqah. Pada usia 10 tahun, beliau mampu untuk menghafal 17 juzuk Al-Quran dan beberapa buah kitab. Beliau mengambil gelaran ‘Al-Marbawi’ bersempena dengan tempat asalnya iaitu Lubuk Merbau, Perak. Kegigihan Dalam Menuntut Ilmu Ilmu tidak akan dapat ditimba melaiinkan dengan usaha yang gigih. Kegigihan beliau dalam memartabatkan ilmu Islam perlu menjadi iktibar kepada diri kita. Pada awalnya, beliau me

Persinggahan Di Fasa Pengislahan Diri

Dalam mengorak langkah menuju mardhatillah , seringkali kehidupan kita diintai dengan cabaran dan ujian. Adakalanya kita tersungkur sebelum redha menjengah kamar hati kerana kita adalah manusia yang lemah. Dalam mencapai redha, mujahadah diri amat diperlukan dan langkah pertama bermujahadah adalah BERSEDIA UNTUK MENGISLAHKAN DIRI.      “Demi masa, sesungguhnya, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kesabaran” (Al-‘Ashr : 1-3)    Sebagai seorang Muslim, kita perlu belajar untuk menjadi hamba yang sentiasa sedar dan peka dengan hakikat hidup. Jangan mudah berasa selesa dengan kehidupan hari ini dan semalam kerana perjalanan kita sebagai hamba Allah masih jauh. Ambillah satu waktu untuk bermuhasabah diri. ‘adakah hari ini aku seperti sebelumnya?’ atau ‘adakah hari ini aku lebih teruk dari sebelumnya?’. Jika YA, sungguh! kita adalah

Peristiwa Bersejarah Bulan Rejab

1. HIJRAH PERTAMA UMAT ISLAM Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) pada bulan Rejab tahun ke-7 sebelum Hijrah. Hal terbabit pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w. dan orang-orang mukmin ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan mendapatkan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Antara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Sayidina Uthman r.a. dan isterinya Ruqiah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya (Najasyi) dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya. Beliau tidak menukar umat Islam walaupun akan dijanjikan berupa segunung emas sebagai imbalan. Setelah Islam kembali kuat da

Dapatkan majalah rasmi KPIPM di pasaran sekarang!!!

Dapatkan majalah rasmi KPIPM di pasaran sekarang!!! Majalah The Fikr Edisi Double Fever Antara yang menarik: ~ Imtihan Dan Pilihanraya : Satu Ujian Atau Peluang? ~ Tahaluf Siyasi ~ Adab Kepada Pemimpin Dan Rakyat Harga: LE 3.50 Boleh dapatkan daripada wakil KPIPM di setiap cawangan. "Berilmu Beramal Ikhlas" "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Panduan Permohonan Melanjutkan Pengajian (Pengajian Islam) Di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir

Memandangkan ramai kalangan pelajar-pelajar Malaysia khususnya  pelajar lepasan STAM yang masih kabur tentang permohonan untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengajian Islam  di Timur Tengah khususnya di Mesir .Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengambil inisiatif  memberikan sedikit panduan sebagai satu pencerahan bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran di sini. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut: 1)       Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun 2)      Lulus Imtihan Qabul (IQ) 3)      Pengajian Qiraat Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun PERMOHONAN Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan y

Jaulah Auliya' Bahnasa: “Thaqafah didalami , Ibrah dihayati”

BAHNASA, 27 APRIL 2013 - Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah  KPIPM telah menganjurkan satu jaulah ke Bahnasa bagi ikhwah. Jaulah ini juga di anjurkan bersempena dengan musim imtihan yang hampir tiba ini.  Program ini bertemakan “Thaqafah didalami , Ibrah dihayati” telah disertai seramai  51 peserta daripada kalangan ahli KPIPM. Pada jam 11 malam bertarikh 26 April 2013 semua peserta jaulah berkumpul di sekitar Wisma Darul Ridzuan A. Setelah semua persiapan jaulah selesai dan bas tiba, peserta jaulah semua bergerak menuju ke lokasi bas di mahkamah berdekatan dengan Wisma.  Perjalanan bermula daripada Kaherah sekitar jam 12.50 pagi bertarikh 27 April 2013. Acara di dalam bas yang dikendalikan oleh Unit Pengisian dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Jelajah Auliya’ Bahnasa, Yang Dipertua KPIPM dan seterusnya taklimat dan doa yang dibacakan oleh Musyrif Jelajah kali ini, Mohd Firdausi Bin Mohd Fauzi. Perjalanan menuju ke sana telah mengambil masa hampir 4 jam . Kami

Ribat KPIPM: Ahli KPIPM Bersedia Menghadapi Imtihan

Kaherah 26 Mei 2013 - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Ribat Perdana dengan jayanya. Program dimulakan pada jam 2.30 pagi dengan bacaan zikir dan diteruskan dengan qiamullail bulanan secara berjemaah. Selesai solat subuh berjemaah, program diteruskan lagi dengan pengisian tazkirah dan motivasi bersempena imtihan yang akan menjelang tidak lama lagi. Santapan minda pada pagi tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz Bin Ali, Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013. Beliau telah berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman yang telah dilalui selama enam tahun keberadaan beliau di mesir. Beliau juga telah memberi kaedah belajar yang cukup berkesan kepada semua yang hadir. "Manusia ini sama sahaja tarafnya, yang diumpamakan sebagai seorang  asing, yang diibaratkan sebagai seorang pedagang  yang sedang mencari hala tuju untuk pulang ke kampung halaman." ujar beliau. Semua ahli yang hadir member