Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

YDP Dijemput Memberi Taklimat Kepada Bakal Mahasiswa Azhar

27 MAC, IPOH – Setiap tahun, JAIPk akan menguruskan kehadiran mahasiswa-mahasiswa ke Mesir. Pada tahun ini, JAIPk telah mengadakan sebuah majlis taklimat peringkat pertama bagi pelajar-pelajar lepasan STAM dan SPM untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir. Di kesempatan yang ada, ketika Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil sedang berada di Malaysia, beliau telah dijemput untuk turut sama dalam majlis tersebut. Beliau telah diberi ruang untuk menjelaskan serba sedikit tentang keadaan pembelajaran di Mesir, dan beberapa hal berkaitan dengan persatuan. Kehadiran ibu bapa dan pelajar ketika itu sekitar 120 orang. Us Muhammad Mujahid juga menerima beberapa persoalan yang berkaitan, penjelasan dan sebagainya. Mengulas tentang majlis taklimat ini, Us Muhammad Mujahid memberitahu kepada wartawan blog, bahawa beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang cenderung untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, terutamanya di bidang agama. Beliau berkata lagi, kekurangan pelap

Pertemuan YDP dan Pengarah JAIPk

16 MAC, IPOH – Hari ini sebuah pertemuan telah diadakan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil bersama Dato’ Syeikh Mohd Nor Bin Mansur al Hafiz. Pertemuan dibuat sekitar jam 3 petang (waktu Malaysia) untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan dermasiswa untuk mahasiswa Perak di bumi Mesir. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mendapat penyelesaian bersama. Berdasarkan pertemuan yang dibuat, beliau menyarankan supaya anak-anak Perak di bumi Mesir dapat mendalami ilmu yang terdapat di sini. YDP menyifatkan bahawa pertemuan ini sangat bermakna untuk mengemukakan beberapa masalah supaya dapat diselesaikan bersama. Beliau juga berharap agar segala cadangan dan masalah ini dapat diselesaikan oleh MAIAMP dengan secepat mungkin.

Pelbagai Bahasa Dalam Bangsa

Bahasa adalah kunci kepada pelbagai ilmu, samada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Tanpa bahasa,kita tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang bersulam dengan makna dan juga tidak mampu berinteraksi atau berkomunikasi. Tanpa perinteraksian manusia, maka hidup ini tiada maknanya. Begitu mendalam maknanya yang telah Allah semai dalam sanubari kita, agar kita menjadi orang yang bertaqwa dalam pentarbiyahan jiwa, guna sebagai wasilah dakwah islamiah. . Oleh yang demikian, ramai dikalangan intelektual telah terpanggil bagi membincangkan soal ini.Antara topik yang diperbahaskan dalam hal ini adalah seperti pelbagai perbahasan dalam ilmu-ilmu lain. Contohnya tarif, pembahagian, pelopor, dan sebagainya. Mereka telah mencuba untuk mendefinisikan bahasa dari beberapa segi. Bahasa didefinisikan sebagai: . - Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan. . - Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep dakwah atau dakyah mereka ke dalam fikiran orang lain. . - Satu kesat