Monday, December 27, 2021

LAPORAN | MAJLIS RAMAH MESRA MAHASISWA ANAK PERAK

LAPORAN | MAJLIS RAMAH MESRA MAHASISWA ANAK PERAK
Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir

KAHERAH, 23 DISEMBER 2021 – Telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Mahasiswa Anak Perak bersama Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya, Timbalan Speaker DUN Perak merangkap ADUN Kubu Gajah yang dianjurkan oleh Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Majlis ini juga disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Laman KPIPM.

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengukuhkan tautan ukhuwah Islamiah dalam kalangan anak Perak sekaligus mengeratkan silaturahim anak Perak dan Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya serta menambah baik pengurusan dan kerjasama KPIPM dengan pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak.

Majlis ini bermula pada jam 7.00 malam dengan kehadiran mahasiswa/wi anak Perak ke dewan. Seterusnya diikuti dengan perarakan masuk Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya diiringi Pegawai Atase Negeri Perak, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi dan Yang Dipertua KPIPM sesi 2021/2022, Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar. Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid Asma' al-Husna, lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.

Majlis disajikan dengan bacaan al-Quran surah Ali-Imran ayat 102-106 oleh Ustaz Muhammad Uzair bin Muhamad Zakuan. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua KPIPM sesi 2021/2022, Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar, ucapan Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi serta diteruskan lagi dengan kalam taujihat dan amanat daripada Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya.

Majlis diserikan lagi dengan sesi soal jawab bersama Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya dan sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya oleh Yang Dipertua KPIPM diiringi pengarah majlis, Ustaz Muhammad Nur Ikhwan bin Shamsuddin.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya bersama para hadirin. Pihak Atase Pendidikan Negeri Perak dan barisan pimpinan KPIPM serta seluruh mahasiswa anak Perak mengucapkan jutaan terima kasih buat Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya dan rombongan tetamu untuk beramah mesra dengan anak Perak di sini.

Semoga majlis ini menjadi satu suntikan semangat buat semua mahasiswa anak Perak dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak demi kebaikan bersama.

#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitalahJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"





Saturday, December 18, 2021

MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO KPIPM SESI 2021/2022











MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO KPIPM SESI 2021/2022
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2021/2022

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ

Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan (al-Infitar : ayat 13)

Makluman kepada seluruh ahli, berikut merupakan direktori barisan ahli jawatankuasa biro-biro di bawah KPIPM sesi 2021/2022. Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang ditaklifkan dapat disempurnakan dengan baik.

"Keluarga kita, kitalah yang jaga" 

#KPIPMKeluargaKita 
#Keluargakitakitajaga 
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"










KENYATAAN RASMI | BERMULA KELAS TUTORIAL MAIPk


KENYATAAN RASMI | BERMULA KELAS TUTORIAL MAIPk
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2021/2022

Bismillahirahmanirrahim.

Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Negeri Perak, adalah dimaklumkan bahawa kelas tutorial MAIPk telah bermula pada 16/12/2021.

1. Pihak KPIPM menyeru kepada seluruh anak Perak untuk sama-sama hadir ke kelas tutorial yang sedang berjalan sebagai persiapan menghadapi imtihan Al-Azhar tidak lama lagi.

2. Bagi mahasiswa/wi selain anak Perak yang berhasrat untuk menyertai kelas tutorial ini, diminta untuk menghantar surat permohonan kepada Encik Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim, Penolong Atase Pendidikan Negeri Perak.

3. Diharapkan semua mahasiswa terus bersemangat dalam membuat persiapan menghadapi imtihan.

Sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila hubungi :
🔰 Atase Pendidikan Negeri Perak
📍 Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi
www.wasap.my/+201098569800
📞 +201098569800

🔰 Penolong Atase Pendidikan Negeri Perak
📍 Encik Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim
www.wasap.my/+201024824523
📞 +201024824523

🔰 Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2021/2022
📍 Muhammad Syafiq bin Zahari
www.wasap.my/+201554718250
📞 +201554718250

🔰 Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah HEWI KPIPM sesi 2021/2022
📍 Nik Aufa Fudhla binti Nik Ahmad Saikhan
www.wasap.my/+201501890412
📞 +201501890412

Bersama kita jayakan kempen #StriveTogether

Muhammad Syafiq bin Zahari
Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022

#KPIPMKeluargaKita 
#Keluargakitakitajaga 
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Thursday, December 16, 2021

KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1


KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2021/2022

Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh (berjuang) di (Jalan) Kami, Kami akan benar-benar menunjukkan Jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Al-Ankabut: ayat ke 69)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan sebuah kesatuan yang menaungi anak-anak Perak di Mesir sejak tahun 1964. Kesatuan ini sebuah keluarga yang sentiasa berperanan dalam menjaga kebajikan ahli dalam segenap aspek juga berperanan mempersiapkan mahasiswa-mahasiswa Islam yang berkualiti dalam menghadapi tanggungjawab di Malaysia kelak termasuk dalam aspek pendidikan.

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, dapat kita fahami bahawa perlunya sikap bersungguh-sungguh dalam setiap gerak kerja kita, supaya apa yang didambakan dalam kehidupan diterima, diredhai dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Justeru, bersungguh-sungguh adalah intipati yang penting untuk berjaya dalam kehidupan dan yang paling penting ialah mendapat keredhaan, kecintaan dan kasih sayang pencipta sekalian makhluk, Allah SWT.

Seperti sedia maklum, sesi pengajian fasa satu bagi sesi 2021/2022 kini berada dalam persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehubungan itu, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022 dengan ini memaklumkan bahawa bermula 17 Disember 2021 sebagai tarikh penangguhan program mega dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah sahaja. Ia bertujuan memberi persediaan dan semangat yang jitu kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, KPIPM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Peringkat KPIPM juga mendoakan agar semua mahasiswa/wi meraih kejayaan dalam peperiksaan seterusnya dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat.

Semoga kejayaan yang diperoleh menjadikan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah SWT.

Siiru 'Ala Barakatillah.

Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar

Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022

"Keluarga kita, kitalah yang jaga"

#KPIPMkeluargakita 
#Keluargakitakitajaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...