Friday, January 6, 2012

Hari Jumaat Dan Surah Al-Kahfi



1.Membaca surah Al-Kahfi Setiap Hari Jumaat

Hazrat Abu Darda (RA) menyatakan bhw Rasulullah SAW bersabda:

"Jika sesiapa belajar dengan MATA HATI dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi dari Dajjal" (HR Muslim)
...
2. Membaca surah Al-Kahfi Pada Siangnya

Dari Ibnu Umar r.a katanya bhw Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat” (HR. Ibnu Katsir)

3. Membaca surah Al-Kahfi Pada Malamnya

Dari Abu Said Al-Khudri menyatakan; bhw Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah” (HR. Ad Darimi)

4. Membaca surah Al-Kahfi Pada Malamnya

Sabda Rasulullah:
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat" (HR. al-Baihaqi & al-Hakim)

sumber : ubs-pmram

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...