Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

LAPORAN | SUMBANGAN TABUNG ANAK MELAKA

SUMBANGAN TABUNG ANAK MELAKA : SIMBOL KEBERSAMAAN BKAN SABTU, 15 April 2017 - Penyerahan hasil kutipan sumbangan Tabung Anak Melaka di dalam program Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri pada baru-baru ini telah diserahkan kepada pihak Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).      Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh wakil Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Negeri, Ustaz Muhammad Syazwan Faiz bin Shahrom, Yang DiPertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) kepada Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, Yang DiPertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). Penyerahan telah diadakan pada 8 April 2017 yang lalu bertempat di Rumah Melaka Sementara, Hayyu Sabie dengan hasil kutipan sebanyak LE 14,700.      Sehubungan dengan itu, seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Moga-moga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM). “Muafakat Asas Kejayaan”

MINDA PIMPINAN | KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN

UKHUWAH : KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.      Segala puji bagi Allah S.W.T kita ucapkan atas limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-bersama menghirup udara dan menikmati pemadangan serta panorama yang indah dan cantik atas kurniaan daripada Allah S.W.T, maka bersyukurlah kita semua wahai manusia yang beriman.      Syukur merupakan sifat yang mana pada hari ini manusia kian alpa, kian lupa akan nikmat-nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita semua. Tanpa kita sedar hayat dan umur kita kian berlalu pergi tanpa kita sedari bahawasanya telah banyak nikmat yang kita kecapi setelah sekian lama kita berada di bumi Allah S.W.T ini. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud ; (( Wahai orang-orang yang beriman, makan lah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah S.W.T, jika benar-benar kepadanya kamu menyembah)) Maka jelas bahawa setiap manu

YDP BKAN | RESOLUSI KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : RESOLUSI KONGRES BKAN      Berikutan telah berlangsungnya Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri, peringkat kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran yang melebihi seribu orang menunjukkan bahawa semangat persaudaraan dan kesatuan yang telah dibina sekian lama masih kukuh terpasak dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir.      Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri ini diadakan bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa. Pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan secara bersama.       Hasil dari pembentangan wakil-wakil Yang Dipertua BKAN dan perbahasan daripada wakil-wakil BKAN berkaitan isu yang telah dibentangkan. Peringkat Majlis Yang Dipertua BKAN telah bersepakat untuk mengeluarkan beberapa resolusi untuk digerakkan secara bersama.      Justeru, kami