Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

LAPORAN DISKUSI KITAB SIRI II

DISKUSI KITAB SIRI 2 : KITAB AHDAFUNA AKHTAR QADAYA AL-MUSLIMIN KAHERAH,12 Jun 2015 –Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 di bawah Jabatan Fasilitator telah mengadakan Diskusi Kitab Siri 2 khusus buat mahasiswa dan mahasiswi Tahun 1. Diskusi Kitab Ahdafuna Akhtar Qadaya Al-Muslimin telah diadakan di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program ini bermula selepas solat fardhu Maghrib. Diskusi kitab ini telah disampaikan oleh Saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad. Kitab Ahdafuna Akhtar Qadaya AL-Muslimin ini membincangkan tentang tujuan utama manusia diciptakan di muka bumi Allah ini. Setiap muslim mestilah mengetahui peranan mereka iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta menjadi penerus dalam membawa risalah Nabi Muhammad SAW. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2014/2015, Saudara Mohamad Asri bin Mohd Salim. Pihak penganjur mengharapkan supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat men

SUNNAH SPORT SWIMMING ACTIVITY

ISNIN, 15 JUN 2015 - Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan  aktiviti sukan sunnah  yang diberi nama  "Sunnah Sport Swimming Activity"  untuk ahli akhawat sahaja bagi menjayakan salah satu kempen di bawah BTKKR KPIPM sesi 2014/2015 iaitu Kempen Take 5. Peserta bertolak dari Wisma Perak ( Baitu Rahman ) pada  jam 8.15 pagi dan tiba di Markaz Syabab Bab As-Sya'riyyah  di Abbasiah pada jam 8.30 pagi. Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 36 orang  termasuk beberapa orang ahli dari BKAN Taakhi, iaitu Perlis.          Sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli HEWI KPIPM dan menambahkan kecergasan fizikal dan mental  sekaligus merehatkan minda  setelah berakhirnya fasa imtihan bagi ahli Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.          Sukan ini juga adalah satu sukan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk dipelajari selain berkuda dan memanah. J

KELAS TAFAQQUH AN-NISA'

14 JUN, KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM Sesi 2014/2015 telah menyambung kembali kelas pengajian Tafaqquh An-Nisa’ di peringkat akhawat setelah ditawaqufkan sebentar  demi memberi laluan kepada imtihan fasa 2 yang lalu.  Tafaqquh An-Nisa' kali ini membawakan pembentangan Kitab Al-'Aqidah Al-Islamiyah yang dibentangkan oleh Ustazah NorHamiza Binti Majid , mahasiswi Usuluddin Akidah Falsafah tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah.      Kelas yang dijalankan di Dewan Sheikh Sya'rawi, Baitul Rahman ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan ahli HEWI KPIPM. Kelas ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada kira-kira jam 6.15 petang.    Semoga kelas tafaqquh yang dijalankan ini menjadi medium efektif bagi melahirkan mahasiswi-mahasiswi yang berkebolehan dalam membentangkan kitab sekaligus dapat menambah thaqafah dalam kalangan ahli HEWI KPIPM bertepatan dengan Kempen Ilmuwan Muda yang dibawakan oleh Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2014/2015.

KEBERSAMAAN ADALAH WASILAH KEKUATAN ORGANISASI

Manusia adalah makhluk sosial yang tidak boleh hidup bersendiri dan manusia juga perlu berada di dalam satu kelompok ataupun dikatakan satu jemaah bagi melengkapi kehidupannya. Allah S.W.T menciptakan manusia beraneka ragam dan berbeza-beza tingkat sosialnya. Ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang kaya dan ada yang miskin dan sebagainya. Demikian pula Allah S.W.T menciptakan manusia ini dengan keahlian  dan kepandaian yang berbeza-beza pula. Semua itu adalah dalam rangka saling memberi dan saling mengambil manfaat ataupun saling melengkapi antara satu sama lain. Orang kaya tidak dapat hidup tanpa orang  miskin yang menjadi pembantunya manakala orang miskin tidak dapat hidup tanpa orang kaya yang memperkerjakan dan mengupahkannya. Jadi di sini jelas yang mana perlunya seseorang itu duduk di dalam satu jemaah dan tidak tinggal bersendirian. Allah S.W.T telah berfirman: “Apakah mereka  yang membahagi-bahagi rahmat tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan me

MAKLUMAN : MUHASABAH DAN CADANGAN KPIPM SESI 2014/2015

MAKLUMAN : MUHASABAH DAN CADANGAN KPIPM SESI 2014/2015 Kalam saidina Umar r.a yang bermaksud : “ Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitungkan ” Dikesempatan ini barisan pimpinan KPIPM sesi 2014/2015 berhasrat untuk menyediakan medium muhasabah dan cadangan sepanjang perjalanan aktiviti KPIPM sesi 2014/22015 kepada seluruh ahli sekalian. Hal ini bertujuan untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada kalian untuk melontarkan sebarang muhasabah mahupun cadangan sepanjang perjalanan aktiviti KPIPM sesi 2014/2015 yang telah lalu sekaligus ia dapat melancarkan dan melicinkan lagi gerak kerja di peringkat KPIPM bagi tempoh yang berbaki bagi sesi kali ini. Borang muhasabah dan cadangan akan dibuka dari 16 sehingga 20 Jun 2015. Sebarang muhasabah dan cadangan boleh dibuat pada pautan berikut : Google Form (Culaan Mahabbah KPIPM) : http://goo.gl/forms/jg2QddEMeY Sebarang permasalahan atau pertayaan sila hubungi : Setiausaha Agung KPIPM Muhamad Akmal Bin