Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

AKTIVITI MUZAKARAH BERKELOMPOK HEWI KPIPM | BOWLING STRIKE

Kaherah, 27 Jun- Seramai 49 ahli HEWI KPIPM telah melibatkan diri dalam aktiviti permainan bowling yang dianjurkan oleh Biro Tabung Kebajikan, Kesenian, dan Riadah HEWI KPIPM dengan kerjasama Jabatan Fasilitator KPIPM Sesi 2014 . Aktiviti ini bermula jam 9.00 pagi di dewan Wisma Darul Ridzuan B dengan mengumpulkan ahli dan melakukan aktiviti ringan dalam usrah masing-masing. Semua ahli mula bergerak ke pusat Bowling yang terletak di Solah Salim pada jam 10.40 pagi dan permainan berakhir pada jam 2.00 petang. Semua yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan. Pihak KPIPM mengharapkan seluruh ahli KPIPM akan lebih menitikberatkan perihal kesihatan tubuh badan seterusnya lebih memberi komitmen untuk istiqamah menghadirkan diri dalam usrah masing-masing. Berilmu, Beramal, Ikhlas Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan #satufikrahsatuama l Disediakan oleh : Setiausaha  Biro Kebajikan, Kesenian dan Riadah  Keluarga p

TALKSHOW AKU KHALIFAH HARI INI (A.K.H.I) - PEMANDU (SIRI 1)

KAHERAH 25 jun 2014M bersamaan 27 Syaaban 1435H  jam 9 malam bertempat di Dewan Wisma Darul Ridzuan B, Program Pemantapan Du'at (PEMANDU) KPIPM di bawah Biro Dakwah Dan Tarbiah  (BDT) dengan kerjasama Biro Tabung Kebajikan,Kesenian Dan Riadhah  (BTKKR) telah mengadakan satu program talkshow bertajuk AKU KHALIFAH HARI INI (AKHI)” yang telah disampaikan oleh 2 orang panel yang hebat dan disegani iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hanif bin Abdullah dan Dr.Nihal binti Termizi  bersama moderator  Mohd Nor Zafri bin Mohd Ayob . Rancangan talkshow ini berjalan selama 3 pusingan. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak Ustaz Munawir bin Mohamed Noh. Majlis juga di serikan lagi kehadiran Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Perak Ustaz Muhammad Syazwan bin Hamzah.       Pr ogram ini di anjurkan buat para penuntut anak Perak yang berada di Mesir yang bertujuan untuk mengubah paradigma para hadirin tentang kewajipan berdakwah berlandaskan fikrah yang

TAFAQQUH AN-NISA' KEMBALI LAGI...

KELAS TAFAQQUH ANN-NISA' KPIPM KEMBALI LAGI!! KAHERAH, 25 JUN 2014 - Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2014 telah menyambung kembali Kelas Tafaqquh An-Nisa' setelah dihentikan seketika kerana memberi laluan kepada imtihan fasa 2. Pada kali ini, Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi KPIPM 2014 telah meneruskan pembentangan kitab " Kaifa Nastaqbil Ramadan" yang telah dibentangkan oleh Ustazah Syariza Binti Ayub, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi KPIPM sesi 2014 . Kitab ini dipilih adalah  kerana bulan yang mulia bulan Ramadan yang bakal menjelma dan sebagai persediaan kepada mahasiswi mesir supaya lebih memahami serba sedikit erti sebenar Ramadan. قال النبي صلى الله عليه وسلم : من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنب- رواه البخاري ومسلم Nabi Muhammad saw telah bersabda :  Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab ( mengharapkan reda dan ganjaran Allah ) akan diampunk

REHLAH AIN SUKHNAH - Wasilah Ribatan Ukhuwah

Kaherah,  21 Jun 2014 -Biro PerhubunganSambutan Dan Rehlah telah menganjurkan sebuah program iaitu Jaulah Ke Ain Sukhnah. Rombongan ini disertai seramai 61 orang dan turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah selaku Timbalan Setiausaha Agung PMRAM sesi 2014 merangkap Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Perak. Juga turut hadir Ustaz Munawir Bin Mohd Noh, Atase Pendidikan Negeri Perak, beserta keluarga.                 Rombongan bertolak pada jam 6.30 pagi dan tiba di Pantai Ain Sukhnah pada jam 8.30 pagi. Program dimulakan dengan upacara majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah, Timbalan Setiausaha Antara aktiviti yang dijalankan di AinSukhnah termasuklah mandi-manda di laut, acara sukaneka beserta BBQ. Pada jam 6.00 petang, acara penyampaian hadiah dan sesi ber gambar dilangsungkan. Pada jam 6.30 petang, rombongan berangkat pulang ke Wisma Darul Ridzuan,  Kaherah. Semoga program jaulah ini dapat meningkatkan ikatan ukhuwah dalam

AZHARI ACUAN AKHLAK MUHAMMADIAH

Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang dihiasi oleh nilai-nilai akhlak yang menjadi asas kepada apa jua aktiviti dalam kehidupan. Islam sebagai agama dan cara hidup yang syumul menekankan umatnya agar menjalani kehidupan berasaskan akhlak dan perilaku yang baik dan mulia seperti junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Ia juga merupakan misi terpenting dalam risalah para Nabi . Sabda Nabi SAW mafhumnya : Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw : Ya Rasulullah, bagaimana kami hendak mengenal pasti seseorang itu penghuni syurga? Maka Nabi saw menjawab : Kamu lihatlah seseorang yang lebih condong kepada kebaikan daripada condong ke arah kejahatan. Apabila kita lihat pada hadis tersebut, betapa bernilainya akhlak sehingga Nabi Muhammad saw menyebut dalam sebuah hadis yang bersabda : إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق " Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ." Akhlak yang dimulakan oleh Nabi Allah Adam as sehingga berakhir dengan

MERUNGKAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

Kaherah – 29 Mei 2014 : Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sekali lagi  telah mengadakan  Ribat Perdana KPIPM yang saban kali dilakukan pada setiap bulan.Ribat Perdana KPIPM ini dikelolai penuh di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah sesi Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir Sesi 2014.Ribat Perdana  ini di adakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anak-anak di seluruh Mesir.Selain itu juga Ribat Perdana ini di adakan adalah untuk membentuk rohani dan memupuk nilai ketaqwaan dalam diri mahasiswa Islam khususnya. Ustaz    Arif bin Hamzah selaku Timbalan Setiausaha Agung PMRAM sesi 2014 Seperti biasa Ribat Perdana kali ini di mulai dengan Alunan Qosidah dan seterusnya bacaan Yassin yang di ketuai oleh Saudara Abdul Rahman Bin Mohd Azli Mahasiswa Pengajian Islam Universiti Al-Azhar,Kaherah.Selepas itu program diteruskan lagi dengan pengisian rohani oleh saudari Nor Atiqah Binti Hamdan Mahasiswi Kuliah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar,Kahera

‘IBRAH DI SEBALIK SYA’BAN

               ‘IBRAH DI SEBALIK SYA’BAN             Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada dua peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Sya’ban,iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat dan terbelahnya bulan kepada dua.      Dalam peristiwa pertukaran arah kiblat, kita dapat lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat menunjukkan sikap bagaimana perintah Allah SWT itu hendaklah dilaksanakan serta-merta tanpa bertangguh. Tidak perlu menghabiskan solat yang sedang dilakukan dan menunggu solat yang berikut bagi menghadap ke arah qiblat yang baru. Berbeza sekali dengan sikap kebanyakan umat Islam hari ini yang suka bertangguh dan melakukan sesuatu perkara tanpa landasan Al-Quran dan As-Sunnah. Sungguh jauh ketinggalan akhlak kita berbanding akhlak yang ditunjukkan oleh baginda Nabi S.A.W serta para sahabat.    Nabi Muhammad SAW seperti mana yang ketahui,baginda sering disakiti dan diingkari oleh puak kafir kerana membawa kebenaran iaitu mentauhidka

"USRAH WASILAH PERJUANGAN"

Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam kitabnya yang membawa maksud : "Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka,dan kami tambahkan pertunjuk kepada mereka.Dan  kami teguhkan hatimereka ketika mereka berdiri(Bangun dan menghadap Raja Dikyanus yang zalin dan sombong) lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi,kami tidakmenyeru Tuhan selain dia.Sesungguhnya,kalau kami berbuat demikian,tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."                                                                                                                                                                                                                     (Surah Al-Kahfi:13-14)       Berdasarkan ayat di atas  jelaslah kepentingan ruh golongan syabab (pemuda) dalam memastikan kesinambungan gerak kerja Islam. Ayat ini juga