Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

PEMANDU Siri Ke-3: Melahirkan Dai'e Yang Mahir Dalam Perubatan Islam

Kaherah, 28 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) bagi siri ketiga dengan tajuk “ Medic Dan Shifa’ ”. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Turut berlangsung, Majlis Pelancaran “KPIPM CREW” sesi 2012/2013 dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Abdullah selaku Yang Dipertua KPIPM dengan upacara menandatangani gimik perasmian. KPIPM Crew merupakan sebuah krew multimedia yang akan melancarkan gerak kerja program KPIPM disamping mencungkil kemahiran ahli di dalam bidang teknikal dan multimedia. Pada siri kali ini, PEMANDU telah mengadakan sebuah wacana yang bertajuk Medic Dan Syifa’. Wacana ini bertujuan, memberi pencerahan kepada ahli tentang perubatan sains dan ruqyah. Selain itu, ahli juga didedahkan tentang kepentingan perubatan islam kepada individu khususnya dan kepada masyarakat amnya. Antara ahli panel yang mewarnai program tersebut adalah Dr. Muhammad Izzuddun Bin Nadzif, Kuliah Perubatan Tahun 6, Kasr el-Ainy

Majalah The Fikr kini di pasaran

Majalah terbaru keluaran KPIPM. The Fikr edisi pertama, Edisi Kita Mahasiswa. Pelbagai pengisian dan artikel yang menarik. Sila dapatkannya segera! Kumpulkan keratan muka hadapan dan nantikan hadiah menarik. Anda boleh dapatkannya daripada mandub/mandubah setiap cawangan atau daripada : Pengarah Urusan - Saudara Amar Arif bin Ahmad Poáad (+201122909385) Timbalan Pengarah Urusan - Saudari Nasibah binti Abu Bakar (+201146799131)

PEMANDU’13: Melatih Hero Yang Berkeyakinan Tinggi

Kaherah,7 Mac 2013 – KPIPM dengan jayanya mengadakan Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri kedua dengan tajuk “FROM ZERO TO HERO”. Program ini telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi. Pada siri kali ini “FROM ZERO TO HERO” merupakan bengkel pengacaraan untuk memberi pendedahan kepada ahli, teknik-teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang pengacara. Pada siri kali ini, PEMANDU telah menampilkan gandingan dua orang pengisi yang cukup hebat iaitu Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman dan Ustazah Siti Iziatul Hawa Binti Mohd Yusof. Selain itu, peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan telah dibahagikan tugasan masing-masing untuk mempraktikkan teknik yang telah didedahkan kepada mereka. Seterusnya, memberi mereka peluang ke hadapan untuk menguji tahap keyakinan diri yang ada pada diri masing-masing. Program kali ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dabus oleh Usrah Al-Muhazirun di bawah kelolaan Biro TabungKebajikan, Kesenian Dan Riadah

KPIPM Cakna Isu Kebajikan

KAHERAH, 7 Mac 2013 – Pihak KPIPM meneruskan agenda kebajikan kepada seluruh anak-anak Perak di Mesir. Sehubungan dengan itu, saudara Muhammad Kamal Bin Faudzi selaku Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian & Riadah  KPIPM bagi sesi ini telah bertemu dengan saudara Muhammad Alif Bin Ahmad Maher, mahasiswa pengajian Islam cawangan Zaqazig bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau di atas pemergian ayahanda tercinta pada baru-baru ini. Pihak KPIPM mengucapkan ucapan takziah kepada beliau dan mendoakan semoga tabah dalam menghadapi dugaan dan ketentuanNya. “MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN” “BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”

Program Pemantapan Duat 2013 (Pemandu '13)

PROGRAM PEMANTAPAN DUAT 2013 (PEMANDU '13) From Zero To Hero Bengkel Pengacaraan 7 Mac 2013  Wisma Darul Ridzuan A 7.30 Malam Pengisi: Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman &  Ustazah Siti Iziatul Hawa Binti Mohd Yusof Antara yang menarik: Persembahan Tarian Dabus (Usrah Al-Muhazzirun) Mari kita sama-sama memeriahkannya!  “MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN” “BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”