Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

MSP'17 - Refleksi Bersama Ahli

LAPORAN PROGRAM MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP ‘17) KAHERAH – Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan program yang dinamakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP ‘17). MSP’17 kali ini telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 16 Mac 2017 bertempat di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang bertemakan “ Refleksi Memacu Resolusi ” ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu meribat ukhuwah antara pimpinan dan ahli, melahirkan ahli yang memahami dan menghayati konsep amal islam serta menilai dan memperbaiki perjalanan pentadbiran KPIPM bagi tempoh separuh penggal.      MSP’17 bermula jam 7.30 malam pada hari Khamis, 16 Mac 2017 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1438H di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi. Program ini dipengerusikan oleh saudara Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri selaku Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017. Majlis di

KENYATAAN YDP BKAN | KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI 22 Mac 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan pelajar Malaysia di Mesir yang menyediakan platform dalam membincangkan perihal permasalahan-permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Antaranya adalah berkenaan pendidikan, kebajikan, dan keselamatan. Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lalu, telah diadakan pertemuan berkala barisan Yang di-Pertua BKAN yang bertempat di perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Ustaz Abdul Wafi Bin Alias. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kesatuan mahasiswa di Mesir. Oleh itu, seluruh Yang di-Pertua BKAN sebulat suara bersepakat untuk menganjurkan sebuah perhimpunan mega mahasiswa Malaysia di Mesir dengan nama Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Kongres ini dianjurkan bagi mendapatkan suara ahli berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAN masi

LANJUTAN PERMOHONAN ITHAR SEHINGGA 31 MAC 2017

LANJUTAN PERMOHONAN SUMBANGAN WANG ITHAR Untuk makluman, pihak Lembaga Tabung Ithar KPIPM telah memutuskan untuk membuat lanjutan permohonan ithar selepas penyerahan wang ithar kali pertama tempoh hari. Permohonan ini dibuka semula bermula hari ini SEHINGGA 31 MAC 2017 (JUMAAT). Sehubungan itu, kepada para pemohon yang ingin memohon anda dikehendaki : 1. Mendapatkan borang melalui : - Bendahari Kehormat KPIPM (Bendahari LTI) - Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM (Timbalan Bendahari LTI) - Ahli Majlis Perwakilan (Mandub/Mandubah) cawangan masing-masing. ATAU - Memuat turun borang di pautan ini : https://drive.google.com/file/d/0B2uAUDDc2GcnYUxqLXROVVZNbGM/view?usp=drivesdk 2. Dinasihatkan kepada pemohon agar mengisi borang ini dengan LENGKAP tanpa meninggalkan mana-mana bahagian kosong untuk memudahkan proses permohonan. 3. Borang yang telah lengkap dikumpulkan kepada Ahli Majlis Perwakilan cawangan masing-masing untuk diserahkan kepada Ahli Lembaga. Berikut adalah m

PERMOHONAN ITHAR TELAH DIBUKA

PEMBUKAAN PERMOHONAN SUMBANGAN WANG ITHAR Berikutan pembawaan usul saudara Khairul Naim bin Abd Razak (YDP KPIPM) yang telah disepakati bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke- 50, yang berbunyi : "Memperkukuhkan peranan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir dengan : 1) Memperkasakan peranan Lembaga Tabung Ithar dan Unit Kebajikan.  2) Memantapkan Muzakarah Berkelompok dan Unit Biah Solehah bagi membangunkan modal insan. " Oleh itu, KPIPM komited untuk meneruskan agenda Lembaga Tabung Ithar ini bagi menjaga anak-anak Perak khususnya. Permohonan telah dibuka bermula hari ini sehingga 14 Mac 2017 (Selasa). Sehubungan itu, para pemohon dikehendaki : 1. Mendapatkan borang melalui : - Bendahari Kehormat KPIPM (Bendahari LTI)  - Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM (Timbalan Bendahari LTI)  - Ahli Majlis Perwakilan (Mandub/Mandubah) cawangan masing-masing. ATAU - Memuat turun borang di pautan ini : http