Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Apa Yang Ada Pada Musyrif ? Ada Advantage Ke?

Musyrif telah diterjemahkan sebagai pengawas yang dapat menjaga keselamatan serta kebajikan seseorang.Keselamatan ataupun dikenali juga sebagai safety, merupakan isu yang seringkali di pandang enteng oleh mahasiswa dan mahasisiwi pengajian islam mahupun perubatan.Jangan kita jadikan faktor kesibukan kita untuk bergerak secara berseorangan tanpa mengunakan perkhidmatan musyrif.Jika kita melakukan perbuatan sedemikian tahukah kita bahaya yang bakal mendatang tanpa pernah kita mendugainya.Jangan sesekali kita menjadikan pepatah sudah terhantuk baru terngadah sebagai garis panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian.   Agama Islam yang  telah diturunkan oleh Allah S.W.T ini amat lengkap lagi sempurna,kerana di sana Allah S.W.T  telah mengajar hambanya dari sekecil-kecil perkara sehingga ke perkara-perkara yang lebih besar yang telah termaktub di dalam Al-quran dan hadis. Agama Islam juga,menjaga hambanya dari pelbagai aspek sama ada dari aspek keselamatan,akidah, sosial,

Tazkirah Subuh Esok

Tazkirah Subuh bersama Saudara Muhammad Nur Iman Bin Hj Ir Mohammad Fadzil, Bachelor Accounting and Finance, University Of Warwick, United Kingdom. Sabtu (Esok) 31 Mac 2012 selepas solat Subuh Berjemaah Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A Semua dijemput hadir.

Ehya' al-Jum'ah : Marahilud Dakwah Menjadi Peringatan Bagi Pendakwah

KAHERAH , 29 Mac - Dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berketerampilan, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali telah mengadakan program Ehya’ al-Jum’ah yang merupakan program mingguan dan melibatkan seluruh mahasiswa anak Perak yang menuntut di bumi Anbiya’ samada pengajian Islam mahupun pengajian sains kesihatan. Selesai Solat Maghrib berjemaah bertempat di Wisma Darul Ridzuan A program, Ehya’ Jum’ah telah dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil merangkap Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Mohd Anas Bin Ridzuan mahasiswa  pengajian cawangan Zaqaziq bagi mengkhalifah bacaan yasin secara beramai-ramai. Selesai bacaan yaasin, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Muhammad Sayuti Bin Ahmad Zawahib sebagai santapan rohani kepada semua hadirin. Beliau telah mengingatkan kepada semua hadirin mengenai tahap kerja-ke

Selesaikan Segala Urusan Dermasiswa MAIPk Sebelum 16 April

Makluman kepada seluruh anak Perak yang memohon Dermasiswa MAIPk untuk menyelesaikan segala urusan  berhubung dengannya sebelum tarikh 16 April. kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan untuk melicinkan lagi proses seterusnya. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Saudara Ahmad Shazwan Bin Khalid, Setiausaha Agung KPIPM di talian +20114-5241856 dan Saudari Nurhafsah Binti Awalluddin, Setiausaha HEWI KPIPM di talian +20111-0560554.

Takziah Di atas Kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak

Raja Dato' Seri Ashman Shah Mangkat Ucapan Takziah daripada Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) kepada keluarga Tuanku Sultan Perak di atas kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  kerana serangan Asma di kedimannya di Kuala   Lumpur lebih kurang jam 1.30 pagi(waktu malaysia) Yang amat mulia Sheikh Raja telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London. Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Sheikh Raja melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London. Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai ch

Warga Zionis, Tentera Penjajah Ceroboh Ke Al-Aqsa

BAITULMAQDIS - Berpuluh-puluh individu yang terdiri dari tentera penjajah dan warga zionis menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi Rabu, 28/03/2012 melalui Bab Al-Magharibah. Berhubung kejadian, Yayasan Waqaf dan Peninggalan Al-Aqsa dalam kenyataan rasminya berkata, sewaktu laporan ini diterbitkan, mereka yang menceroboh masuk ke perkarangan Al-Aqsa meninjau keseluruhan kawasan dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa, kelihatan sebilangan dari warga zionis turut cuba mengadakan ritual keagamaan Yahudi dalam Masjid Al-Aqsa. Kejadian ini ketikamana sepasukan tentera penjajah bertebaran di setiap sudut berasingan dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa. Namun, pada waktu yang sama puluhan dari penduduk Palestin terdiri dari jemaah dan penuntut program ilmuan di Masjid Al-Aqsa sedang berkawal di pertengahan keadaan yang diselubungi ketegangan. Hampir 100 orang yang merempuh masuk ke perkarangan Al-Aqsa. Mengulas kejadian ini, Yayasan Al-Aqsa berkata, rempuhan Israel ke Masjid Al

Harga Barangan Malaysia Terkini Dari Biro Ekonomi KPIPM

Persatuan Ulama Antarabangsa Kecam Penafian Perancis Terhadap Syeikh Qaradhawi

Perancis mendapat kecaman sengit dari badan antarabangsa ulama Muslim kerana menolak ulama terkemuka Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi masuk ke negara Eropah itu untuk menghadiri persidangan Islam. "Kami terkejut, dan kami menegur Perancis kerana menolak visa kedatangan Syeikh Yusuf Qaradhawi," kata Syaikh Ali al-Qaradaghi, setiausaha agung Persatuan ulama muslim Antarabangsa (IUMS), mengatakan kepada Agence Perancis Presse (AFP) pada Selasa lepas (27/3) . "Beliau adalah seorang ulama moden yang memberikan sumbangan untuk memerangi ekstremisme dalam fikiran umat Islam." Syeikh Qaradhawi, presiden IUMS, telah menerima undangan dari Kesatuan Organisasi Islam Perancis (UOIF) untuk melawat Perancis menghadiri persidangan Islam bulan depan. Tetapi Presiden Perancis Nicolas Sarkozy mengatakan bahawa DrYusuf Al- Qaradhawi, yang berpusat di Qatar, tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu. Langkah itu muncul beberapa hari selepas pemimpin Perancis, yang berusaha

Bekas Ketua Perisikan Mubarak Akan Calonkan Diri Jadi Calon Presiden Mesir

Mantan Ketua perisikan Mesir Omar Suleiman, seorang pendukung rejim terguling presiden Hosni Mubarak, akan mencalonkan diri sebagai presiden dalam pilihan raya akan datang, media tempatan melaporkan Isnin lalu (26/3). "Omar Suleiman mendekati pertempuran untuk maju menjadi presiden," tulis surat khabar harian al-Ahram, menambah bahawa para penyokong akan mengadakan perarakan ke rumahnya untuk meminta dia menyatakan pencalonannya secara rasmi. "Saya tidak boleh menolak panggilan dari masyarakat, saya tidak mahu kekuasaan, tetapi akan membuktikan maksud saya untuk melayani negera ini selama sisa hidup saya," kata Suleiman sebagaimana dipetik oleh harian Al-Akhbar. Mantan ketua perisikan - yang bertanggung jawab atas masalah Israel-Palestin - dilantik menjadi wakil presiden oleh Mubarak beberapa hari sebelum presiden veteran itu dipaksa keluar dari kekuasaannya oleh pemberontakan rakyat. Setelah menjadi musuh setia Ikhwanul Muslimin, Suleiman mem

RIBAT PMRAM Esok Di Dataran Hayyu Asyir

RIBAT PMRAM  29 Mac 2012  Dataran Hayyu Asyir  Solat Subuh Berjemaah & Tazkirah Jemputan  Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree

Wacana Ummat Islam malam ini

WACANA UMMAT ISLAM  "Gerakan Kebangkitan Pasca Arab Spring" Menampilkan ahli Panel Hebat : 1. Saudara Abdul Malek Abdul Karim  Penasihat PMRAM 2012 2. Saudara Mohd Fadhli Ghani Pakar Sejarah Pensyarah Nyanyang Technological  University (NTU), Singapore  3. Saudara Mohd Nur Iman Ir Fadzil Tahun Akhir,  Bachelor Accounting & Finance University Of Worwick, United Kingdom 28 Mac 2012  6.00 malam Rabu Musalla Rumah Selangor Semua Dijemput Hadir

"Sinergi Cinta" Bakal Menemui Anda

  Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan TALKSHOW UBM yang bertajuk "Sinergi Cinta" sempena Majlis Wada' bersama 2 pasangan mutazawwijin yang tidak asing di bumi Mesir. Ahli panel adalah Shahrizan Mohd Hazime & Huriyyah Abdul Mokti dan Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil & Syahidatul Akmal Mohd Dahalan Program akan berlangsung di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A, 31 Mac 2012 (Sabtu) selepas Solat Maghrib Berjemaah. Jom beramai-ramai datang bagi mengutip mutiara kata sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Doktor Rusia Peluk Islam Di Gaza

GAZA - Seorang doktor warganegara Rusia telah mengistiharkan dirinya memeluk Islam dalam Masjid At-Taqwa di pertengahan bandar Gaza sebaik sahaja solat Isyak, pada Sabtu malam, 24/03/2012. Pengistiharan itu berlangsung di hadapan para jemaah dan pendakwah-pendakwah muslim. Berikutan pengistiharan, para jemaah di masjid menyambutnya dengan takbir dan tahlil menandakan rasa terlalu gembira dengan pengislaman doktor Rusia. Sumber : map2street

Agenda Pertemuan Sulit Di Amman Mahu Bunuh Semenanjung Gaza

Paksa HAMAS supaya menyerah dan jalankan agenda Abbas Sebuah laporan berita yang dinukil dari web berita   PALTIMES   menyebut agensi berita tempatan Palestin petang ini, 25/03/2012, Ahad telah menerbitkan satu ringkasan agenda pertemuan yang disertai perisikan Mesir, Jordan, Amerika, Israel dan Palestin di Amman(ibunegara Jordan)   pada 27/02/2012. Agenda tersebut diutuskan dari Ketua Badan Perisikan Palestin, Majid Faraj kepada pemimpin gerakan FATAH, Mahmoud Abbas. Dokumen yang disifatkan sulit itu menerangkan persetujuan dari pihak-pihak yang hadir dalam perjumpaan berhubung siri pembalasan dendam ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang telah diuji dengan kesengsaraan dan perang. Tambahan lagi, tujuan pembalasan dendam ke atas gerakan HAMAS bagi memaksanya tunduk dan menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak-pihak luar. Antara perkara utama yang diperbincangkan dan dipersetujui, iaitu mengetatkan lagi sekatan dan mengenakan tekanan ke atas HAMAS sert

HAMAS : Al-Ahram Mesir Terbitkan Dakwaan Bohong

Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri telah menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh suratkhabar   AL-AHRAM  Mesir berhubung wujudnya perancangan dari kerajaan Palestin di Gaza menentang Mesir. Dalam kenyataan rasmi HAMAS hari ini, 24/03/2012, Sabtu, kata beliau,   "dakwaan-dakwaan yang dinyatakan di dalam suratkhabar AL-AHRAM mengenai perancangan kerajaan Haniyeh menentang Mesir adalah dakwaan bohong dari pendokong bekas pemerintahan Mesir yang berada dalam editorial suratkhabar AL-AHRAM, terutamanya Ashraf Abul Hul." Tambah beliau, mana-mana penduduk Mesir mahupun Palestin tidak akan terpedaya dengan dakwaan-dakwaan ini, dan tulisan-tulisan ini merupakan racun yang bersekongkol dengan penjajah menyasarkan gerakan HAMAS serta memberikan gambaran buruk kepada HAMAS. Tidak seharusnya, pena yang dibayar seperti ini masih nikmat melakukan kerjanya selepas berlakunya revolusi, kata Abu Zuhri. Sumber : map2street

Ringkasan Sejarah dan Fahaman Syiah

  Menurut   etimologi  (lughah)  Bahasa   Arab, Syiah  ( شيعة )   bermaksud   : Pengikut   dan   pembela   seseorang . [1] Adapun   mengikut   terminologi   (istilah)   syariat  Islam :  Mereka  yang  berpendapat   bahawa   Saidina Ali bin  Abi   Thalib   lebih   berhak   untuk   memegang   tampuk   pemerintahan   dan   lebih   utama   daripadasahabat-sahabat  lain. [2] Asalnya ,  Syiah   terpecah   daripada  Islam  disebabkan   persoalan   Siasah  ( Politik ).  Begitulah   jugadengan   firqah   Khawarij [3] ,  namun   ketika   peristiwa   kematian   Sayyidina   Hussin  bin Ali  diKarbala [4] ,  pengaruh   Syiah   makin   meluas   lalu   dikenali   sebagai   satu   fahaman   dan   mazhabaqidah . Oleh   itu ,  pelbagai   fahaman   dan   fatwa   ganjil   daripada   Syiah  yang  dikeluarkan   sehinggamembawa   kepada   percanggahan   dalam   masalah   aqidah  ( pegangan )  dan   pelbagai   masalah fiqh.Asalnya  mereka   ingin   mempertahankan   Ahli  Bait  Rasulullah