Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

SELAMATKAN SAUDARA KITA DI ROHINGYA

SELAMATKAN SAUDARA KITA DI ROHINGYA           Dunia sekali lagi dikejutkan dengan isu pembantaian Muslim di Rohingya, ia bukanlah isu baru bahkan polemik ini telah lama bertali arus menerpa ke telinga kita dan entah bila pengakhirannya. Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak tahun 1982 undang-undang kewarganegaraan Burma tidak mengakui Muslim di Rohingya sebagai warganegara. Sasaran serangan kali ini lebih tertumpu kepada satu wilayah yang terletak di bahagian Utara Arakan atau Rakhine. Wilayah Arakan ini berdekatan dengan sempadan negara Bangladesh dan dihuni oleh minoriti umat Islam. Mereka dianugerahkan dengan kekayaan pelbagai sumber alam yang mencurah-curah tetapi tersenarai dalam kawasan termiskin dek kerana tangan si bedebah yang rakus dan gila kuasa dalam memerintah.           Secara umum kita telah mengetahui, Proses Genocide (Pembersihan) Etnik Muslim di Myanmar yang merupakan negara tuan rumah bagi Piala AFF Suzuki Cup 2016 telah bermula sejak sekian lama. Jika

PROSEDUR BAHARU MEMPERBAHARUI VISA PELAJAR MALAYSIA UNIVERSITI AL AZHAR

TAKLIMAT PROSEDUR BAHARU MEMPERBAHARUI VISA PELAJAR MALAYSIA UNIVERSITI AL AZHAR Selasa , 1 Nov 2016 di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) Panel penyampai : Mr Ahmad Zakariyya ( Mudir Qism al Jawazat Maktab Ri'ayah at Tullab al Waafideen ) Rabitah al Khirrijin al Azhar ● PENGENALAN KEPADA "MAKTAB RI'AYAH AT TULLAB AL WAFIDEEN" Merupakan inisiatif daripada pihak Rabitah melalui pekeliling yang disebut oleh al Imam al Akbar Syeikhul Azhar untuk membantu pelajar asing daripada beberapa buah negara yang ditakrifkan sebagai "دول استطلاع الأمن" bagi melancarkan urusan yang berkaitan dengan permit/iqamah (visa) pengajian di Mesir. ● PELAJAR YANG TERLIBAT TERBAHAGI KEPADA 3 KATEGORI 1) Marhalah Jami'iyyah (Kuliah & Perubatan) 2) Ma'ahid al Azhar (Bu'uth, Qiraat Shoubra) 3) Markaz Bahasa Arab Sheikh Zayed ● KEDUDUKAN "MAKTAB RI'AYAH AT TULLAB AL WAFIDEEN" 1) Bagi urusan pelajar LELAKI KULIAH, PERUBATAN & M

"MB GABUNGAN MENYATUKAN KITA"

MB GABUNGAN MENYATUKAN KITA KAHERAH, 4 November 2016 Keluaga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir di bawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadah telah mengadakan Muzakarah Berkelompok Gabungan  ikhwah. Ahli yang hadir seramai 80 orang, program ini bertemakan ‘We Are One Family’ Muzakarah berkelompok gabungan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara ketua dan ahli muzakarah berkelompok di peringkat KPIPM. Selain itu, medium ini digunakan sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli dengan kepimpinan sesi kali ini. Sebelum memulakan program ini, pihak pimpinan telah bertungkus lumus dalam merancang aktiviti dan menyediakan peralatan aktiviti  untuk melancarkan lagi program yang akan dijalankan. Program yang mengambil masa tidak begitu lama namun kesan dan objektifnya sangat memberangsangkan, disamping dapat mengukuhkan ukhwah dalam kalangan ahli, program seperti ini juga dapat mencerdaskan minda dan menyihatkan tubuh

STRUKTUR ORGANISASI KPIPM SESI 2016/2017

STRUKTUR ORGANISASI KPIPM SESI 2016/2017  BERILMU BERAMAL IKHLAS  "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"