Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Perasmian Silver Net Oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid

KAHERAH , 25 Mei – Unit Penyelenggaraan dan Kawalan Silver Net KPIPM yang dipantau di bawah Jabatan Yang Dipertua hari ini telah mencatat sejarah. Sejarah dicatat dengan perasmian yang telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid. Beliau yang dalam tempoh lawatan ke Mesir itu, sempat merasmikan Silver Net yang telah beroperasi di Wisma Darul Ridzuan B sebelum ini. “Kami sangat bersyukur dengan perasmian Silver Net ini, sekaligus dapat memberikan kemudahan kepada ahli KPIPM khususnya”. Ujar Timbalan Yang Dipertua, saudara Mohammad Omar bin Adam ketika mengulas majlis perasmian tersebut. “Kita berharap agar dengan kemudahan yang disediakan ini, dapat dimanfaatkan oleh penghuni dengan sebaiknya”. Ucapan akhir beliau.

Tarbiah Cycle - BDT

TARBIAH CYCLE Firman Allah SWT :- “ Ingatlah ketika Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka berkata : Apakah patut Engkau menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikankan Engkau? Allah berfirman : Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui . ” Surah Al-Baqarah : 30 Manusia adalah khalifah bumi. Seluruh makhluk tahu akan hakikat ini. Memimpin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.Seorang pemimpin harus berpandangan jauh bagi menggerakkan sesebuah wawasan. Tugas utama pemimpin membantu proses pentarbiahan. Tetapi bukanlah tanggungjawab golongan ini sepenuhnya dalam menjana modal insan berkualiti. Pengikut itu sendiri harus bersedia untuk dipimpin. Dalam erti kata lain menerima sistem pentarbiahan syarie yang dianjurka

Ehya' al-Jum'ah : "Jangan Lupa Kepada Imtihan Akhirat"

KAHERAH ,26 Mei - Ehya al-Jum’ah kali ini diteruskan seperti biasa. Pentazkirah kali ini adalah saudara Mohamad Hafiz bin Ahmad Ali, penuntut tahun dua, kuliah Syariah Islamiah, Kaherah. Kalam beliau banyak menyentuh soal akhlak sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi sebagai seorang penuntut ilmu agama. Nasihat beliau pada hadirin yang hadir, empat perkara penyebab kita lupa pada Allah. “Kita sebagai manusia yang menumpang di bumi Allah S.W.T ini selalu lupa kepadaNya melalui dunia, makhluk, syaitan, nafsu”. Nasihat beliau di dalam tazkirah beliau. Majlis tersebut disambung dengan solat sunat Hifzi secara berjemaah. Imam solat sunat Hifzi kali ini diimamkan oleh saudara Muhamad Ainuddin bin Mohd Ishak dan saudara Mohd Nor Hafiz bin Hasyim. Dan kedua-duanya merupakan penuntut kuliah Syariah Islamiah, Kaherah. Di sebelah pagi pula, tazkirah Subuh telah disampaikan oleh saudari Akmal Hafizah binti Mohamad Fuad, penuntut tahun dua, kuliah usuluddin, Iskandariah. Pesanan beliau

Permohonan Peruntukan Pendidikan Diluluskan Oleh Kerajaan Negeri

KAHERAH , 26 Mei – Pihak pimpinan KPIPM yang diketuai oleh Yang Dipertua, saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir telah mengatur satu perbincangan tertutup bersama Y.B Dato’ Mohammad Zahir. Di dalam perbincangan yang diadakan di bilik mesyuarat Wisma Nusantara tersebut, terdapat beberapa isu-isu yang dibincangkan bagi bersama-sama mencari jalan keluar demi masa depan bersama. Perbincangan utama adalah lebih tertumpu kepada soal pendidikan. Saudara Mohamad bin Dollah, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah telah membentangkan 2 proposal kepada Y.B dato’. Di antara proposal yang dibentangkan ialah berkenaan permohonan peruntukan kewangan aktiviti tahunan, beberapa alatan dan bahan bacaan pengajian perubatan. Dan satu lagi proposal berkenaan permohonan fasiliti Perpustakaan Syeikh Ismail Adawi. Kedua-dua proposal tersebut telah diluluskan oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Negeri Perak. Isu Imtihan Qabul juga turut dibincangkan ber

Ramah Mesra : USD10,000 Peruntukan Kebajikan Disalurkan

KAHERAH , 25 Mei – Satu majlis ramah mesra bersama delegasi kerajaan Negeri Perak telah diadakan bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi. Rombongan tersebut diketuai oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi. Turut hadir di dalam majlis tersebut 3 orang Badan Pengurus PMRAM iaitu saudara Firdauz bin Noh, Setiausaha Agung, saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan dan saudara Nur Ahmad Wafiy bin Nor Azri, Ketua Badan Sambutan & Rehlah. Pengarah Education Malaysia, Prof. Madya Dr. Haji Suaidi bin Dato' Haji Safei turut hadir bersama dan memberikan ucapan sebelum Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid di dalam majlis tersebut. “Kami dari kerajaan negeri Perak juga telah membawa USD10,000 dan ianya diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar, En. Muhaimin bin Abdul Majid demi keperluan kebajikan anak-anak Perak khususnya di

Makluman : Majlis Ramah Mesra Bersama Y.B Dato’ Mohammad Zahir Bin Dato’ Abdul Khalid

Assalamualaikum, makluman kepada semua ahli KPIPM, KPIPM akan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Y.B Dato’ Mohammad Zahir Bin Dato’ Abdul Khalid. Majlis akan diadakan pada 25 Mei 2011 (Rabu) bertempat di dewan Syeikh Sya'rawi (Wisma Darul Ridzuan A). Anda semua dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.

Ehya al-Jum'ah : Pelajari Sejarah Islam

KAHERAH, 19 Mei - Ehya’ Jum’ah diteruskan seperti biasa. Ianya dimulakan dengan bacaan Yaasin dan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh saudara Arif Shah bin Abdullah Sani. Beliau merupakan pelajar tahun akhir kuliah Usuluddin syu’bah dakwah. Di dalam tazkirah beliau, turut disentuh mengenai sejarah yang kian dilupai oleh masyarakat sekarang iaitu sejarah awal Islam. Beliau menegaskan terutamanya kepada pengajian Islam yang mana lebih-lebih lagi perlu cakna dalam hal ini. Majlis diteruskan dengan solat Hifzi yang diimami oleh saudara Kamarulzaman Bin fakrulrazi pelajar tahun satu, kuliah Syariah Islamiah, Kaherah. Majlis bersambung pada sebelah paginya dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh saudari Siti Salamah binti Hamzah. Nasihat beliau pada hadirin yang hadir bagi memperkasakan lagi solat Subuh berjemaah. “Antara punca kejayaan seseorang itu adalah melihat kepada penjagaan solatnya. Maka bagi semua mahasiswa perlu tidak memandang enteng dengan perkara yang b

Solat Sunat Hifzi (19, 26 Mei dan 2 jun 2011) - BDT

Assalamualaikum, makluman kepada semua ahli KPIPM, KPIPM akan mengadakan Solat Sunat Hifzi bermula pada Khamis ini dan berterusan selam 3 minggu (19, 26 Mei dan 2 jun 2011). Solat akan ditunaikan selepas Solat Isya' bertempat di dewan Syeikh Sya'rawi (Wisma Darul Ridzuan A). Marilah sama-sama kita menunaikan Solat Sunat Hifzi ini bagi menjaga hafalan kita dan bagi memudahkan kita menghadapi peperiksaan bersama.

Tahniah Kepada Pengarah Education Malaysia

KAHERAH, 15 Mei - Kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2010/2011 mengucapkan selamat datang kepada Prof. Madya Dr. Haji Suaidi bin Dato' Haji Safei ke perlembahan Nil ini. Kami juga mengalu-alukan kedatangan Prof. sebagai Pengarah Education Malaysia yang baru bagi menggantikan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) sebelum ini iaitu Prof. Madya Dr. Jamil B. Hashim . “Kami mengharapkan agar dengan kehadiran beliau ini dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah sekian lama terjalin”. Ujar Yang Dipertua KPIPM apabila ditanya. Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya sekaligus dapat merealisasikan gagasan 1 Malaysia dengan pembawakkan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .

Muhadharah Terakhir al-Allamah Habib Omar al-Allamah Habib Zein

KAHERAH , 14 Mei – Satu Muhadharah ‘Ammah telah diadakan bersama al-Allamah Habib Omar bin al-Allamah Habib Zein . Program bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan majlis dipengerusikan oleh saudara Firdaus bin Aznan. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh saudara Nur Hafiz Shamsudin dan alunan qasidah yang diketuai oleh saudara Muhammad Adil bin Mohd Fadzil. Seterusnya ucapan al-Allamah Habib Omar kepada hadirin-hadirat dan beliau juga memberikan banyak pesanan kepada yang hadir. Antara pesanan beliau : · Tuntutlah ilmu kerana Allah sedalam-dalamnya bukan kerana syahadah. · Tuntutlah ilmu untuk beramal. · Hidupkan sunnah nabi yang semakin lama dilupakan. · Ramai kalangan kita yang jahil dengan sirah nabi S.A.W. · Wajib bagi seorang penuntut ilmu sentiasa berdoa kepada Allah. · Beliau juga menekankan pada pelajar al-Azhar yang menuntut ilmu di Mesir pandai menjaga masa. · Hadir kuliah-kuliah bersama masyaeikh. Sebelum akhir majlis, al-Al

Jangan Libatkan Diri Dengan Sebarang Demonstrasi

KAHERAH , 14 Mei - Perhatian kepada semua mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan atau demonstrasi yang berbaur politik . Sepertimana pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM dan KBMK yang melarang sama sekali untuk sebarang penglibatan mahasiswa/wi Malaysia. " Diatas faktor keselamatan ,pihak PMRAM berharap agar tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang berunsurkan politik " ujar Saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011. Sumber : hewipmram55

Isu Palestin : Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Nur

KAHERAH , 14 Mei - Sempena Intifadah Palestin esok yang akan disambut secara besar-besaran bagi memperingati Nakhbah Palestin, PMRAM menggalakkan ahli-ahli untuk turun menyertai solat Subuh berjemaah di Masjid Nur esok pagi. Solat Subuh berjemaah esok sebagai lambang bukti kekuatan umat Islam dalam isu membebaskan Baitulmaqdis serta melumpuhkan kekuatan Israel dalam campur tangan urusan Palestin. Naib Presiden I PMRAM merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM Mohd Faizzudin Ghazali, ketika ditemui mengulas, "Isu Palestin adalah isu sejagat umat Islam dan ia bukannya isu politik. Oleh itu, di peringkat PMRAM Pusat kita menggalakkan ahli-ahli PMRAM untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Nur, Abbasiah esok sebagai salah satu sokongan kita terhadap isu pembebasan Palestin" katanya. Solat subuh berjemaah adalah lambang kekuatan umat Islam, kelebihan solat Subuh adalah lambang seseorang muslim itu sejati dan selamat dari sifat munafiq. PMRAM juga t

Revolusi Imtihan : Mendapat Sambutan Hebat

KAHERAH , 12 Mei - Dewan Syeikh Sya’rawi telah digegarkan dengan lagi satu revolusi selepas solat maghrib dan bacaan Yaasin malam tadi. Program Motivasi Kecemerlangan Imtihan dan Malam Munajat Hamba yang bertemakan “Menuju Keunggulan Cita” anjuran Biro Pelajaran dan Ilmiah dan Biro Dakwah dan Tarbiah menampilkan dua motivator daripada mahasiswa perubatan, Dr Muhammad Yazid bin Hanzir dan pengajian Islam, Ustazah Nikmah Mawadati. Dr Muhammad Yazid ketika memberikan motivasi Keunikan program kali ini adalah gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dan pertama kali dipengerusikan di dalam bahasa Inggeris. Motivasi pertama daripada Dr Muhammad Yazid b. Hanzir dengan perkongsian teknik belajar berkesan, teknik hafalan al-Quran yang betul dan motivasi diri. Saudari Nikmah Mawadati sedang menjawab beberapa soalan yang diajukan Turut hadir bersama Badan Pengurus PMRAM angkat Perak, saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman dan ditemani oleh saudara Ahmad Daniel bin Mohmad Hassan .

Jaulah Ke Saidah Zainab : Pengajian Bukan Penghalang Untuk Berukhuwah

SAIDAH ZAINAB , 11 Mei – Beberapa orang AJKT KPIPM telah mengadakan jaulah ke Saidah Zainab malam tadi. Jaulah yang diketuai oleh Yang Dipertua KPIPM, saudara Khairul Ashraf Mohd Khir itu bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Majlis bersambung dengan sesi ramah mesra yang berlangsung pada kira-kira jam 8.00 malam. Agenda dimulakan dengan ucapan tuan rumah iaitu Dr. Ammar selaku duta KPIPM di Saidah Zainab Sesi taaruf dan perbincangan sedang dijalankan Majlis tersebut dipengerusikan oleh saudara Mohamad bin Dollah juga selaku mentor kepada pelajar Perubatan Saidah Zainab. Majlis diteruskan dengan sesi taaruf. Dan disusuli dengan sesi perbincangan dan penyampaian beberapa maklumat. Penyampaian cenderahati kepada Perubatan Pusat Justeru itu, banyak persoalan dan cadangan diajukan kepada pihak persatuan dalam merungkai beberapa masalah yang dihadapi. “Kami berharap bidang pengajian bukan menjadi penghalang dari kita sentiasa bersama dan berukhuwah”. Harapan Yang Dipertua KPIP

KPIPM Mengucapkan Selamat Hari Ibu

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh pembaca dan para ibu di seluruh dunia. Sebagai seorang anak hendaklah sentiasa mencintai dan berbuat baik kepada ibu termasuk bapa. Pengorbanan seorang ibu tidak dapat dikira dan dinilai akan kepenatan dan rintihan keluh kesah serta tungkus lumus. Kami barisan kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2010/2011 mengucapkan selamat hari ibu kepada warga ibu di tanah air. Pohon doakan kesejateraan dan kebahagian di dunia dan di akhirat semoga kami di bumi anbiya’ ini menjadi anak yang berbakti dan soleh. Siapalah kami untuk membalas jasa ibu yang membesarkan kami. Hanya doa sebagai membalas jasamu walaupun sudah pasti tidak sehebat pengorbananmu kepada kami.

Dermasiswa Online : Semak Sebelum 12/5/2011

Perhatian kepada seluruh ahli KPIPM. Kepada seluruh anak-anak Perak Mesir yang memohon dermasiswa MAIPk, sila semak kembali permohonan anda di Dermasiswa Online http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa mahupun yang sudah lengkap atau belum lengkap dengan teliti dan lengkap. Mohon teliti terutamanya pada bahagian F. Sila selesaikan selewat-lewatnya pada 12/5/2011 . Segala kerjasama, keprihatinan dan ketelitian pihak anda adalah kami hargai.

Pendaftaran Zikrayat 5 Dilanjutkan Sehingga 13 Mei 2011

Perhatian kepada seluruh ahli KPIPM. Pendaftaran untuk Zikrayat 5 dilanjutkan sehingga 13 Mei 2011 . Bagi yang belum mendaftar, sila hantarkan maklumat mengikut item yang tertera pada borang Zikrayat 5 ke emel rasmi KPIPM kpipm64@yahoo.com. Sebarang permasalahan sila rujuk Pengarah Penerbitan Zikrayat 5. Mohd Ridhwan b. Othman 011-0370698

Ehya al-Jum'ah Minggu Ini - Fahami Ilmu Agama Dengan Jelas

KAHERAH , 5 Mei - Ehya’ al–Jum’ah diteruskan seperti biasa. Bermula dengan alunan burdah , diiringi bacaan Yaasin dan tazkirah mingguan yang disampaikan oleh saudara Ismail bin Nardin, penuntut tahun 4 usuluddin, syu’bah tafsir Kaherah. Pesan beliau pada yang hadir agar perlu memahami ilmu agama dengan jelas supaya tidak tersesat atau tersalah tafsir dalam membuat apa-apa keputusan. “Kita tidak perlu takut sangat dengan ancaman atau propaganda pihak tertentu yang hanya untuk menakutkan pelajar–pelajar azhari, tapi perlulah bersikap tegas sekalipun diugut dan sebagainya”. Sambung beliau. Disebelah pagi pula, majlis bersambung pada tazkirah Subuh yang disampaikan oleh saudari Nihal binti Mohd Tarmizi, pelajar tahun 2 perubatan Kaherah. “Pergerakan manusia dari segi pertuturan ataupun perbuatan telah diprogramkan bermula daripada otak. Contohnya, sebelum kita bercakap otak kita sudah berfungsi secara kita tidak sedar yang sebenarnya otak kita telah simpan apa yang akan kita c

Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-78 Berlangsung Dengan Jayanya

Kaherah,4 Mei – Pada tahun ini, sekali lagi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah berjaya mengadakan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78. Majlis tersebut juga melihatkan komitmen yang tinggi dengan penglibatan seluruh PMRAM cawangan seramai 301 orang ikhwah dan 200 orang akhawat. Majlis yang bertempat di Dewan Abdullah Kamil itu dihadiri seramai 25 orang perwakilan dari Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Perwakilan dari Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir Di dalam Muktamar Sanawi ini juga telah menggambarkan ahli PMRAM prihatin dan cakna di dalam aspek pendidikan ahli mahupun aspek kokurikulum. Ramai yang tampil memberikan pandangan dan cadangan di dalam memastikan pentadbiran PMRAM sentiasa tepat mengikut keperluan ahli. 2 usul telah dibahaskan dan dipersetujui oleh sidang perwakilan. Usul tersebut berbunyi : 1. Bersatu mempertahankan kesatuan BKKIMM dengan tindakan : · seluruh cawangan bersama-sama dengan menghulurkan sumbangan material

Hiburan Menurut Pandangan Syarak

Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi apabila isu ini sudah menular di sekeliling mahasiswa/wi Islam di timur tengah ini. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini. Secara umumnya, Islam tidaklah mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, namun hiburan tersebut mestilah mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam dan tidak melalaikan. Ini kerana hiburan juga merupakan suatu perkara yang fitrah yang rata-rata manusia menjadikan muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inov

Revolusi Imtihan Akan Menemui Anda

Assalamualaikum kepada semua warga KPIPM, untuk makluman ahli KPIPM, pada 12 dan 13 Mei (Khamis & Jumaat) ini,KPIPM akan mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan dan Qiamullail 2011. Motivasi tersebut akan disampaikan oleh : 1. Ustazah Nikmah Mawadati 2. Dr. Muhammad Yazid Hanzir Program akan diadakan di Dewan Syeikh Sya'rawi,Wisma Darul Ridzuan (A). Pastikan anda tidak terlepas bagi sama-sama meningkat semangat dalam menuntut ilmu di bumi Mesir ini.

PENGUMUMAN RASMI : Lokasi Telah Diumumkan

PENGUMUMAN RASMI : Muktamar HEWI kali -24 akan diadakan pada 3 Mei 2011 (SELASA) dan Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-78 pada 4hb Mei 2011 (Rabu) bertempat di Dewan Solah Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar Hayyu Sadis bermula pada jam 7 pagi.