Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

LAPORAN AKADEMI PUSAT SUMBER TENAGA (PESAT) SIRI 2

LAPORAN AKADEMI PUSAT SUMBER TENAGA (PESAT) SIRI 2 KAHERAH - Pusat Sumber Tenaga [PESAT] dibawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/ 2018 telah berjaya melaksanakan program PESAT Siri 2 pada 20 Mac 2018 di Dewan Syeikh Sya'rawi, Baitul Rahman. Akademi PESAT pada kali ini membawakan kepada peserta pengisian yang bertajuk “Perisian Microsoft Word dan Pengendalian Mesyuarat” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muaaz bin Ramli (Fasilitator KPIPM sesi 2017/2018). Pembentangan dan gerak kerja berkumpulan ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula pada jam 9.00 malam sehingga 11.30 malam. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi. Akhir kalam, bersyukur kehadrat Ilahi kerana program PESAT siri kedua ini berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Semoga akademi ini dapat menatijahkan aktivis KPIPM yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan penguasaan dalam pelbagai bidang. In Shaa Allah. “Membina Generasi Beraspirasi” BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018 Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018 Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut : 🔰 Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak (Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2017/2018) DIPANGKU OLEH: 📍 Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Salleh 🔰 Ustaz Muhammad Hanif bin Abdullah (Ahli Jawatankuasa Penasihat KPIPM sesi 2017/2018) DIPANGKU OLEH : 📍 Ustaz Muhammad Ainuddin bin Mohd Ishak 🔰 Ustazah Noor Atiqah binti Noor Hisham (Ketua Biro Perumahan HEWI KPIPM sesi 2017/2018) DIPANGKU OLEH : 📍 Ustazah Nur Amni binti Abdl Hamid ( Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2017/2018) #BersamaBersatuJayakanUsulYDP BERILMU, BERAMAL, IKHLAS "MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

LAPORAN SIMPOSIUM ILMUAN MUDA 2018 (SOLUSI'18)

LAPORAN SIMPOSIUM ILMUAN MUDA 2018 (SOLUSI'18) KAHERAH – Simposium Ilmuwan Muda 2018 (SOLUSI'18) anjuran Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2017/2018 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bermula pada 24 Februari dan 25 Februari 2018. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan Ilmuwan muda yang memahami keperluan masyarakat di tanah air, mengukuhkan kefahaman tentang kepentingan kesatuan umat Islam  serta memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan ilmu thurathi dan pengetahuan kontemporari dengan  bertemakan "Generasi Ilmuwan Pewaris Nubuwwah". Program ini telah disertai seramai 41 orang mahasiswi  dan 42 mahasiswa Perak dan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak Perak sendiri dan juga dari BKAN-BKAN yang lain.        SOLUSI'18 membuka tirainya dengan Slot pertama iaitu "Eskatologi Menurut Hadis Akhir Zaman", yang disampaikan oleh Syeikh Ali Abdul Basit bin Muzid, Pensyarah Jabatan Hadis dan Ilmu Hadis, Kul

LAPORAN PROGRAM PEMANTAPAN DU'AT (PEMANDU) SIRI 1

LAPORAN PROGRAM PEMANTAPAN DU'AT (PEMANDU) SIRI 1 KAHERAH - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) dibawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2017/2018 dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2017/2018 telah berjaya menganjurkan Malam Perasmian dan program PEMANDU siri pertama pada 22 Februari 2018 di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. PEMANDU sesi kali ini yang bertemakan “Memperkasa Dakwah, Menyatu Ummah” melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digaris pada program kali ini iaitu untuk membentuk pemikiran Islam yang syumul dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir. Program siri pertama bertajuk “Musuh Islam dan Ideologi Mereka” ini diadakan bagi memperkenalkan PEMANDU, memberikan pendedahan berkenaan kepentingan dakwah dan bahayanya serangan pemikiran di zaman sekarang serta memberi penerangan tentang tiga aspek yang perlu dititikberatkan iaitu Fikrah, Sahsiah dan Thaqafah. Program ini diadakan pada 22 Februari 2018 bersamaan 7 Jamadilakh