Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

BAHAYA KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.;" Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat di manjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, “ Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “ Wah

Al-Fatihah

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sekalung takziah diucapkan kepada Ust Abdullah Ariff bin Ahmad Damanhuri serta keluarga atas kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka. Bapa beliau, Ahmad Damanhuri bin Din menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ipoh pada jam 4.45 petang tadi( waktu Malaysia ). Bapanya terlibat dengan satu kemalangan selepas Isya’ pada 24 Mei apabila motosikal yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan. Beliau dikejarkan ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh pagi tadi. Ust Abdullah Ariff dikatakan akan pulang ke Malaysia pada malam ini. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas bapa beliau dan menempatkan rohnya bersama roh orang-orang yang soleh, al Fatihah...

Kenyataan Rasmi Berhubung Isu BKAN Perak

BISMILLAH ARRAHMAN ARRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan nikmat Islam dan Iman kepada kita semua. Moga-moga nikmat yang diberikan ini kekal ke akhir hayat.. Amin Ya Rabbal A’lamin… Dan bersyukur dipanjatkan sekali lagi kerana diberi peluang oleh Pencipta Rabbul ‘izzati untuk saya bertemu dengan sahabat semua melalui kecanggihan dunia moden. Tidak dinafikan dalam kekangan masa yang sempit untuk membuat persediaan peperiksaan yang bakal menjelma, kita tidak terlepas untuk sama-sama mengikuti isu yang berlaku di sekeliling kita terutamanya dalam persatuan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) yang kita dokongi dan sayangi ini. Sejak akhir-akhir ini, kita kerap menerima kejutan berkaitan dengan masalah KPIPM yang melibatkan ahli, pimpinan dan sebagainnya. Isu ini telah menarik perhatian ramai blogger luar juga termasuk dikalangan ahli KPIPM sendiri. Saya yakin dan percaya sahabat semua sudah membaca, mendengar

Majlis Khatam Al-Quran

KAHERAH 20 MEI : Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan dibawah kendalian Biro Dakwah dan Tarbiah bertempat di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan. Majlis bermula selepas solat Maghrib dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ust Ibnu Abbas bin Azizuddin. Majlis kemudiaannya diteruskan lagi dengan tazkirah mingguan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Mohd Tajul Urus bin Mohd Khariry. Antara pengisian yang disampailan oleh beliau adalah menjadi lumrah manusia ini diuji dan setiap ujian mempunyai nilaian tertentu disisi ALLAH SWT. Beliau juga memberi saranan agar dapat sentiasa sabar dalam menghadapai pelbagai variasi ujian yang datang menjengah. Selepas solat Isya' majlis Khatam Al-Quran dimulakan, Alhamdulilah kehadiran anak-anak Perak dalam menjayakan program tersebut boleh dibanggakan. Ini sebagai satu bukti bahawa anak-anak Perak Mesir masih lagi mampu memberi komitmen yang sepenuhnya biarpun masing-masing sibuk dengan peperiksaan. Majlis tersebut tam

Majlis Dialog Bersama YDP

KAHERAH, 13 Mei – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dibawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan satu majlis dialog bersama YDP KPIPM Al-Fadhil Ustaz Khairul Ashraf dan Setiausaha Badan Penasihat Al-Fadhil Ustaz Shamsul Arif Bin Mad Daud. Majlis yang bermula selepas bacaan Yaasin serta tahlil dan solat isya’ secara berjamaah telah dihadiri oleh ramai ahli daripada Kaherah mahupun muhafazah. Turut serta didalam majlis tersebut ialah wakil PMRAM Al-Fadhil Ustaz Ahmad Taufiq (BP angkat Perak) dan Ustaz Mohd Zahid berserta wakil HEWI PMRAM. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin itu sepatutnya dihadiri oleh Ustaz Abdul Muhaimin bin Abdul Majid,namun disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, beliau tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Di dalam ucapan sesi dialog, lebih kurang sebanyak 20 soalan telah dikemukan oleh ahli dan telah dijawab satu persatu oleh YDP dan penasihat. Majlis telah menyaksikan kesatuan ahli yang

Makluman : Perubahan Panel Majlis Dialog

MAKLUMAN Makluman kepada semua ahli KPIPM, Majlis Dialog yang akan diadakan pada Hari Khamis ini (13 Mei) bersama Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Ashraf bin Mohd Khir sahaja. Manakala Ustaz Abdul Muhaimin bin Abdul Majid tidak dapat menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Majlis Dialog ini akan tetap diteruskan seperti biasa. Semua ahli KPIPM dijemput hadir untuk bersama-sama mengikuti dialog bersama Yang Dipertua KPIPM. Sekian Disediakan oleh Timbalan Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, 2009/2010

Pimpinan KPIPM Menziarahi Ahli Di ARMA

Abbasiah, KAHERAH – Demi memastikan kebajikan ahli Perak terjaga, AJKT dan AJK HEWI telah mengadakan ziarah mahabbah ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) untuk melawat dan bertanya khabar ahli Perak yang menetap disana. Kunjungan AJKT telah diwakili sendiri oleh YDP KPIPM Us. Khairul Ashraf bin Mohd Khir pada hari Rabu 5 Mei 2010.Kunjungan YDP telah disambut oleh pengerusi ARMA us. Ahmad Faisal b. Mat Shah. Perjumpaan tersebut telah dihadiri seramai 5 orang ahli Perak yang tinggal disana. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai zakat, pendidikan, kebajikan ahli dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan persatuan. Di dalam pertemuan itu juga, YDP membuka ruangan muhasabah dari ahli untuk pimpinan dan persatuan. Perjumpaan itu berakhir pada pukul 4.30 petang. Kunjungan AJK HEWI pula telah diadakan pada hari Ahad 9 Mei 2010. AJK HEWI telah diwakili oleh Ketua HEWI Ustazah Siti Salamah bt Hamzah, Timbalan Ketua HEWI, Ustazah Dzulyalyna bt Ahmad Zahidi, BTKKR HEWI Ust

SOLAT SUNAT HIFZI DAN KENDURI ARWAH

Wisma Darul Ridzuan A, 6 MEI – Bersempena musim peperiksaan yang akan menjelang tiba, pihak KPIPM mengambil kesempatan mengadakan majlis solat Sunat Hifzi untuk meguatkan rohani ahli KPIPM. Majlis tersebut juga dilengkapkan dengan kenduri arwah khusus untuk Allahyarham Us Mohammad Hafizul Husna b Mohamad Salehuddin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Majlis bermula selepas solat Maghrib diikuti dengan bacaan Yassin dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Us Ahmad Syamsul Arif b Mad Daud. Beliau dalam tazkirahnya mengingatkan ahli agar memelihara amal ibadat supaya hubungan dengan Allah bertambah erat. Selain itu, beliau turut berpesan agar ilmu yang diperolehi di sini dapat menjadi darah daging dan mampu diterjemahkan melalui perbuatan dan kelakuan. Majlis diakhiri dengan jamuan pada jam 11 malam.

KUNJUNGAN HORMAT KE KEDUTAAN

Kaherah, 4 MEI - Kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia diketuai oleh Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime dan turut disertai oleh semua Yang Dipertua BKAN. Pihak KBMK yang diwakili oleh En. Shaiful Anuar bin Mohammad, Kuasa Usaha Sementara bersama En. Samsul Kahar bin Kamarudin, Setiausaha Kedua. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pihak kedutaan dengan PMRAM dan persatuan anak negeri disamping mendengar penjelasan terhadap beberapa isu. Ustaz Khairul Ashraf bin Mohd Khir dalam perjumpaan tersebut telah mengetengahkan beberapa masalah dan isu diperingat KPIPM termasuk masalah pendidikan, keselamatan dan sebagainya. En. Shaiful dalam jawapannya menyatakan bahawa masalah yang berlaku akan dibuat tindakan susulan. Pihak KBMK amat berbesar hati dengan kunjungan tersebut serta berharap agar perjumpaan seumpama itu dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.